ABRAR CARE MALAYSIA

ABRAR CARE MALAYSIA "KEMANUSIAAN-KEBAJIKAN-DAKWAH-PENDIDIKAN" Abrar Care Malaysia adalah satu pertubuhan bukan kerajaan(NGO).

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kebajikan Al-Abrar Malaysia yang beroperasi di alamat No.50A, Lot 977 Bangunan Maahad Tahfiz Jalan Ketari,28700 Bentong,Pahang.

πŸŒŸπŸ„ ALHAMDULILLAH... MISI DAKWAH KORBAN & AQIQAH 1447H BERJAYA DILAKSANAKAN! 🐐🌟Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah S...
31/05/2026

πŸŒŸπŸ„ ALHAMDULILLAH... MISI DAKWAH KORBAN & AQIQAH 1447H BERJAYA DILAKSANAKAN! 🐐🌟

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Program Misi Dakwah Korban & Aqiqah Tahun Ke-13 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya hasil sokongan para peserta, penyumbang dan sukarelawan yang sentiasa bersama perjuangan ini.

❀️ Setiap titisan pengorbanan yang dilakukan bukan sekadar memenuhi tuntutan ibadah, bahkan membawa kegembiraan kepada mereka yang jarang menikmati nikmat daging korban. Senyuman anak-anak yatim, fakir miskin, pelajar tahfiz dan masyarakat yang menerima agihan menjadi bukti bahawa setiap sumbangan anda amat bermakna.

🀲 Terima kasih kepada semua peserta korban dan aqiqah yang telah meletakkan kepercayaan kepada kami untuk menguruskan amanah ini. Semoga Allah SWT menerima ibadah korban anda, mengampunkan dosa-dosa, melimpahkan keberkatan rezeki serta mengurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

"Bukanlah daging dan darah itu yang sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu."
(Surah Al-Hajj: 37)

✨ Dari hati kami yang tulus, Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada misi dakwah dan kebajikan ini.

πŸ„ Korban Anda, Senyuman Mereka 😊







πŸŒ™ MISI DAKWAH KORBAN & AQIQAH 1447H / 2026MTahun ke-13 kami menyantuni ummah…anda p**a bila lagi ingin menyumbang?✨ Sert...
17/05/2026

πŸŒ™ MISI DAKWAH KORBAN & AQIQAH 1447H / 2026M

Tahun ke-13 kami menyantuni ummah…
anda p**a bila lagi ingin menyumbang?

✨ Sertai program korban & aqiqah bersama Abrar Care Malaysia
➑️ Agihan kepada asnaf & kawasan memerlukan dalam dan luar negara

βΈ»

🌍 LOKASI LUAR NEGARA

πŸ‡°πŸ‡­ πŸ‡±πŸ‡° πŸ‡ΊπŸ‡¬ Kemboja | Sri Lanka | Uganda

πŸ„ Lembu (1 bahagian)
πŸ’° RM370 sahaja

βœ” Agihan kepada fakir miskin
βœ” Sokong misi dakwah
βœ” Bayaran boleh ansuran

βΈ»

πŸ‡²πŸ‡Ύ MALAYSIA (PONDOK)

🐐 Kambing / Biri-Biri
πŸ’° RM900 seekor

πŸ„ Lembu (1 bahagian)
πŸ’° RM700

βœ” Fokus kepada pelajar pondok & asnaf
βœ” Ibadah + kebajikan serentak

βΈ»

πŸ•‹ MEKAH

🐐 Kambing / Biri-Biri
πŸ’° RM700 seekor

βœ” Dilaksanakan di Tanah Haram
βœ” Ganjaran ibadah berganda insyaAllah

βΈ»

πŸ’³ CARA BAYAR

Bayaran boleh dibuat ke akaun:
Pertubuhan Kebajikan Al-Abrar Malaysia
(Abrar Care Malaysia)

🏦 Maybank
5561 3205 4586

βΈ»

πŸ“² UNTUK DAFTAR / PERTANYAAN

πŸ“ž 013-388 8286 (Ust Hj Roslan)
πŸ“ž 011-5505 3327 (Ust Hj Razuwi)
πŸ“ž 010-799 9730 (Ust Jauhari)
πŸ“ž 019-958 4855 (Ustazah Sanisah)

βΈ»

πŸ”₯ PESANAN HATI

Korban bukan sekadar sembelihan…
tetapi bukti cinta dan ketaatan kepada Allah.

Jangan tunggu kaya…
➑️ Rebut peluang pahala selagi masih ada.

βΈ»

πŸ“Œ SLOT TERHAD – DAFTAR SEGERA!
Klik / WhatsApp sekarang sebelum penuh πŸ‘

πŸ†βš½ ALHAMDULILLAH SELESAI SUDAH βš½πŸ†Kejohanan Futsal Piala Abrar Care Malaysia (ACM) 2026 bawah 17 dan bawah 12 tahun telah...
17/05/2026

πŸ†βš½ ALHAMDULILLAH SELESAI SUDAH βš½πŸ†

Kejohanan Futsal Piala Abrar Care Malaysia (ACM) 2026 bawah 17 dan bawah 12 tahun telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan, ukhuwwah dan disiplin. Tahniah kepada semua pasukan yang mengambil bahagian serta para penyokong yang hadir memeriahkan program ini. πŸ’ͺπŸ”₯

Terima kasih kepada semua urusetia, penaja, pengadil, guru-guru, ibu bapa serta para peserta yang telah memberikan komitmen terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

✨ Bukan sekadar bermain, tetapi membina disiplin, menguatkan silaturahim dan mencetuskan semangat juang dalam kalangan generasi muda.

Tahniah kepada para pemenang dan semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang hebat! πŸ…βš½

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi melahirkan anak muda yang cergas, berakhlak dan berdaya saing.

πŸ“ Kejohanan Futsal Piala Abrar Care Malaysia 2026
πŸ“… 16 & 17 Mei 2026
πŸ“Œ Padang Futsal Abrar, Bentong






ZIARAH PRIHATIN & PENYAMPAIAN SUMBANGANABRAR CARE MALAYSIABerat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Itulah ungk...
28/01/2026

ZIARAH PRIHATIN & PENYAMPAIAN SUMBANGAN
ABRAR CARE MALAYSIA

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Itulah ungkapan yang mampu dizahirkan apabila dua orang anak murid Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Abrar kini bergelar anak yatim selepas ibu bapa mereka terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang tragis, yang mengakibatkan ayah mereka, Allahyarham Mohd Fairus Bin Ab Rahman, telah kembali ke rahmatullah.

Susulan tragedi tersebut, Abrar Care Malaysia telah menziarahi isteri Allahyarham, Pn. Suraya Zurana Binti Abdul Malek, yang masih menerima rawatan dan sedang dirawat di Hospital Raub. Ziarah ini telah diwakili oleh Ust. Hj. Roslan, selaku Pengerusi Abrar Care Malaysia, bersama wakil-wakil guru Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Abrar.

Dalam ziarah tersebut, sumbangan telah disampaikan bagi pihak Abrar Care Malaysia dan para penyumbang sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral kepada keluarga Allahyarham. Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga yang sedang diuji,jumlah yang berjaya dikutip melalui sumbangan awam adalah RM3,020.00 sahaja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua para penyumbang atas keprihatinan, sokongan dan doa yang tidak putus. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan kalian dengan ganjaran yang berlipat ganda, melapangkan rezeki serta memudahkan segala urusan.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesabaran dan kekuatan kepada Pn. Suraya sekeluarga, serta menempatkan Allahyarham Mohd Fairus Bin Ab Rahman dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

🀲 Al-Fatihah buat Allahyarham.




Address

No. 50A, Lot 977 Bangunan Maahad Tahfiz Jalan Ketari
Bentung
28700

Telephone

+60182128286

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ABRAR CARE MALAYSIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share