Penghulu Mukim Bentong 1

Call Directions Contact the organization

Penghulu Mukim Bentong 1 Menyampaikan maklumat dan memaparkan aktiviti komuniti di Mukim Bentong 1.

31/12/2025
20/12/2025

WARGA MKP UCAP TAHNIAH BUAT YAM TENGKU ARIF BENDAHARA DAN PASUKAN POLO MALAYSIA RAIH EMAS

KUANTAN, 20 Disember 2025 - Kejayaan skuad ekuestrian polo negara yang turut dibarisi YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meraih emas dalam Sukan SEA 2025 amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Ucapan penuh hormat dan setinggi-tinggi tahniah turut disampaikan seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) yang turut berkongsi rasa bangga dengan kejayaan tersebut.

Patik-patik sekalian warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) dengan penuh takzim mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara atas pencapaian cemerlang yang dipamerkan di sepanjang kejohanan.

Kejayaan merangkul pingat emas ini bukan sekadar satu kemenangan, malah merupakan manifestasi kepimpinan berwibawa YAM Tengku Arif Bendahara yang menjadi sumber inspirasi buat generasi muda.

Sesungguhnya, penglibatan aktif YAM Tengku Arif Bendahara telah mengangkat martabat sukan polo ke tahap yang lebih tinggi.

Patik-patik sekalian mendoakan agar YAM Tengku Arif Bendahara serta pasukan sentiasa dilimpahi kekuatan untuk terus melakar kejayaan gemilang dalam setiap lapangan, demi mengharumkan nama negeri Pahang Darul Makmur dan nusa tercinta di persada dunia. -KESULTANAN PAHANG

-----------

MKP CONGRATULATE HH TENGKU ARIF BENDAHARA AND MALAYSIAN POLO TEAM ON GOLD MEDAL SUCCESS

KUANTAN, 20 December 2025 – The success of the national equestrian polo squad, featuring His Highness Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, in clinching the gold medal at the 2025 SEA Games has brought immense pride to all Malaysians.

The staff and members of the Pahang Sultanate Council (MKP) extend their humblest respects and heartiest congratulations, sharing in the collective pride of this historic achievement.

"We, the members of the Pahang Sultanate Council, with the utmost respect, offer our highest congratulations to His Highness Tengku Arif Bendahara for the stellar performance displayed throughout the tournament.

This gold medal triumph is not merely a victory, but a manifestation of His Highness’s distinguished leadership, which serves as a profound source of inspiration for the younger generation. Indeed, the active involvement of His Highness has elevated the prestige of polo to new heights.

We pray that His Highness Tengku Arif Bendahara and the national team be continuously blessed with the strength to achieve further excellence, continuing to bring glory to the State of Pahang Darul Makmur and our beloved nation on the world stage." -KESULTANAN PAHANG

10/12/2025

[Infografik] SEPULUH INISIATIF PENJAWAT AWAM




27/11/2025

𝐌𝐄𝐍𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐈𝐓𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐌𝐀𝐊𝐌𝐔𝐑 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐉𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐈𝐒𝐘𝐀’ (𝟐𝟕 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐅𝐄𝐍𝐎𝐌𝐄𝐍𝐀 𝐑𝐈𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐑𝐎𝐏𝐈𝐊𝐀 “𝐒𝐄𝐍𝐘𝐀𝐑”

26/11/2025

𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐑𝐢𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐫𝐨𝐩𝐢𝐤𝐚 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐭𝐞𝐨𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐌𝐄𝐓 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚)

Ribut tropika dikesan berada pada Latitud 3.6° Utara dan Longitud 99.9° Timur, dijangka bergerak ke arah Timur Tenggara dengan kelajuan 24 km/j dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 56 km/j. Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Semenanjung Malaysia.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat MTL dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.






26/11/2025

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Mat Daling, Jerantut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan wang bayaran kontrak pembalakan berjumlah RM40,000 yang dibayar sebuah syarikat kepada JPKK kampung itu antara 2022 hingga 2023 lalu.

26/11/2025

Address

Pejabat Penghulu Mukim Bentong 1
Bentong
28700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092222385

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghulu Mukim Bentong 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Penghulu Mukim Bentong 1:

Shortcuts

Share