PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA (KEBANGSAAN & ANTARABANGSA)

  • Home
  • Malaysia
  • Bentong
  • PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA (KEBANGSAAN & ANTARABANGSA)

PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA (KEBANGSAAN & ANTARABANGSA) MENJUNJUNG DAULAT RAJA - RAJA MELAYU

🌏 SENARAI GELANGGANG PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT YANG AKTIF 2026 SELURUH MALAYSIA Dibuka penyertaan kepada yan...
08/05/2026

🌏 SENARAI GELANGGANG PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT YANG AKTIF 2026 SELURUH MALAYSIA

Dibuka penyertaan kepada yang berminat untuk menyertai latihan silat.

Tak semua lahir sebagai pesilat, bukan sekadar belajar mempertahankan diri,tetapi membentuk disiplin, adab dan semangat perjuangan.

Tuan/Puan, boleh rujuk lokasi dan nombor telefon wakil jurulatih untuk dihubungi berdekatan anda.

Gelanggang bukan sekadar tempat berlatih,
tetapi tempat membina adab, disiplin dan jatidiri.
Setiap langkah ada ilmu, setiap peluh ada makna.

1 SYAHADAH
1 GERAK
1 HATI

'arifat

SEDARLAH KITA INI MURID‎‎Setinggi manapun kita belajar,‎Setebal manapun kitab yang kita khatam, Gelaran apapun yang kita...
03/05/2026

SEDARLAH KITA INI MURID

‎Setinggi manapun kita belajar,
‎Setebal manapun kitab yang kita khatam, Gelaran apapun yang kita terima, Besar manapun pangkat kita;

‎Kita tetap perlu menjadi KOSONG dihadapan mana-mana GURU kita.
‎Terutama GURU yang BUKA JALAN untuk kita berjalan ke akhirat.

‎Banyak yang terjadi hari ini, dulunya MURID dihadapan GURU, tetapi setelah menempuh SEDIKIT pengalaman, tiba-tiba berlagak menjadi GURU dihadapan GURU.

‎Dahulunya mencium tangan, kini tidak lagi. Dahulunya berkhidmat, kini tidak lagi. Bahkan mengharap dirinya p**a DIKHIDMATI. Dulu memanggil GURU dengan penuh hormat, kini hanya menyebut nama. Kini dirinya p**a minta DIHORMATI.

‎Semua GURU mengharap MURIDNYA lebih darinya.

‎Tetapi MURID tidak akan mampu melebihi dari GURUNYA.

‎Duhai MURID, jangan mudah engkau LUPA DIRI. Jika tidak kerana GURU engkau, tidak engkau kenal jalan ini.

‎Jangan hilang ADAB dengan GURU !Tiada ADAB maka hilanglah KEBERKATAN.

‎Kalau murid itu umpama bulu mata,
‎Maka guru Umpama kening
‎Walau tinggi mana bulu mata naik
‎Tak akan sampai setara dengan guru.

‎Semoga Allah ﷻ mengurniakan kita adab bersama GURU kita sepertimana yg diingini Guru kita bahkan lebih dari itu InshaAllah.

‎(Kredit: Ustaz Iqbal Zain)

Alfatihah buat Almarhum TPA1
Shamsulazam Bin Zulkifli.

Ketua Biro Kebajikan & Dakwah PSSGMM
DPS Wan Muhammad Farid Bin Shamsulazam.

Pagi hari menanam padi,Petang p**a menuai bakti,Keringat jatuh bukan sia-sia,Jasamu tetap di hati.Selamat Hari Pekerja b...
01/05/2026

Pagi hari menanam padi,
Petang p**a menuai bakti,
Keringat jatuh bukan sia-sia,
Jasamu tetap di hati.

Selamat Hari Pekerja buat semua yang gigih berusaha.
Semoga setiap penat lelah dibalas dengan kejayaan, keberkatan dan rezeki yang melimpah.

Teruskan berbakti, kerana setiap usaha pasti bernilai. 💪✨

'arifat

26/04/2026

PERMAKLUMAN RASMI

Berhubung dengan dakwaan yang sedang tular di media sosial berkaitan kes rumahtangga seorang murid/ahli dari Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia [PSSGMM] Cawangan W.P. Kuala Lumpur, pihak tertinggi Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM mengarahkan ahli berkenaan untuk hadir ke perbicaraan dalaman dan tertutup dalam Mahkamah Adat Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM yang akan diadakan seperti butiran dalam utusan Surat Rasmi yang telah dihantar kepada individu tersebut.

Semoga dengan tindakan ini dapat menjernihkan keadaan demi menjaga nama baik dan keutuhan PSSGMM khususnya.

“1 SYAHADAH, 1 GERAK, 1 HATI”
“IKHLAS, AMANAH, BERANI”

Yang menurut perintah,
DBS SRI GEMILANG
Setiausaha Sulit Kepada Guru Utama;
merangkap Setiausaha Kehormat Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM

TARIKH: 26 APRIL 2026

PERHATIAN !!!Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia ingin menegaskan bahawa pihak persatuan tidak mempunyai seba...
24/04/2026

PERHATIAN !!!

Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia ingin menegaskan bahawa pihak persatuan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana isu semasa yang melibatkan ahli secara peribadi, termasuk hal-hal berkaitan rumahtangga.

Sebarang perkara yang berlaku adalah bersifat individu dan melibatkan personaliti serta urusan peribadi ahli tersebut, dan tidak mencerminkan pendirian, ajaran, mahupun dasar persatuan.

Pihak persatuan juga sentiasa berpegang kepada prinsip disiplin, adab dan akhlak yang baik dalam setiap aspek pembelajaran dan pengamalan ilmu Gayong Ma’arifat.

Harap dengan penjelasan ini, dapat membuka mata dan kekeliruan sesetengah pihak terhadap persatuan.

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,
Bonda Paduka Gemala Sari,
Setiausaha Agung,
Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia.
24 April 2026

20/04/2026

ADAT PERPATIH & ADAT TEMENGGUNG

Mengambil iktibar dari desas-desus peristiwa pemberhentian jawatan dan gelaran Undang Luak Sungei Ujong Dato' Klana Petra iaitu salah seorang dari Undang Nan Ompet @ Pembesar Berempat, seterusnya pengisytiharaan pemecatan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan oleh kuasa Adat Perpatih dari Undang Nan Ompet. Semoga semuanya berlaku dalam rahmat dan kasihsayangNYA Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Negeri Sembilan yang terkenal dengan gabungan 9 Wilayah/Negeri Kecil yg dikepalai oleh Penghulu Wilayah yang dipanggil Undang Luak atau boleh digelar Raja @ Yang DiPertuan Kecil bagi kekuasaan Negeri masing-masing. Dari kesepakatan 9 Wilayah ingin bertuankan Anak Raja Pagaruyung dari Alam Minangkabau yang diangkat sebagai Yang DiPertuan Besar bagi memayungi 9 Wilayah/Negeri yang ada lantas diberi nama Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

Istiadat Kesultanan Melayu Panji Alam Nusantara Melayu juga memakai gelaran Yang DiPertuan Besar selaku Khalifah/Ketua Istiadat dalam organisasinya yang tersendiri dimana Yang DiPertuan Besar Panji Alam juga bernasab dari anak Raja Pagaruyung Alam Minangkabau.

Namun yang istimewanya segala adat-istiadat institusi Kesultanan Melayu Panji Alam yang diamalkan dalam perguruan Gayong Ma'arifat ini adalah memakai kedua-dua sistem Adat Perpatih dan Adat Temenggung, dimana Guru Utama Gayong Ma'arifat selaku Khalifah/Ketua Istiadat memakai gelaran Yang DiPertuan Besar Panji Alam dan adanya Orang-Orang Besar Beradat yang terdiri dari Orang Besar Bergelar Beradat Berempat (Datuk Bendahara, Datuk Temenggung, Datuk Laksamana, Datuk Syahbandar), Orang Besar Beradat Berlapan dan Orang Besar Beradat Enam Belas.

Yang DiPertuan Besar Panji Alam dari Kerabat Bergelar & Waris Beradat Kesultanan Melayu Panji Alam Nusantara Melayu diangkat Daulahnya oleh Orang Besar Bergelar Beradat Berempat dengan penuh istiadat disiram tabal dengan campuran 9 Air Kuala Sungai Besar dari setiap 9 Negeri Beraja di atas Persada 9 Tingkat Anak Tangga. Prosedur perlantikan ini sepertimana pengamalan dalam sistem Adat Perpatih.

Namun begitu, selaku Yang DiPertuan Besar Panji Alam juga berhak atas kuasa mutlaknya mengangkat mana-mana dari nasabnya yang difikirkan layak menjadi pewaris atau penggantinya dan dengan kuasa mutlak YDPB juga berhak memecat jawatan dan gelaran mana-mana Orang Besar Beradat sepertimana pengamalan dalam sistem Adat Temenggung.

Walaupun begitu, pendiri Kerabat Bergelar & Waris Beradat Kesultanan Melayu Panji Alam Nusantara Melayu adalah dari bernasab Raja 3 Selo Pagaruyung Alam Minangkabau yakni Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat yang dihapuskan kesan Perang Paderi dan dibawa lari Anak Raja Pagaruyung ke Pahang bernaung di bawah Maharaja Perba Jelai. Dari segi biologinya boleh dikatakan Yang DiPertuan Besar Panji Alam dan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan adalah sepupu-sepapat dari Anak-Anak Raja Pagaruyung nan jua..

Sumber ihsan dari,
Datuk Bentara Setia Sri Gemilang
Setiausaha Sulit Kepada YTM YDPBPA;
Setiausaha Kehormat Dewan Perguruan & Adat Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia
20 April 2026 @ 13:13

✨UNDANGAN ✨*MAJLIS TAZKIRAH , ZIKIR BULANAN & SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI 2026 PERINGKAT PUSAT PSSGMM*TARIKH: 17 APRIL 2026...
13/04/2026

✨UNDANGAN ✨

*MAJLIS TAZKIRAH , ZIKIR BULANAN & SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI 2026 PERINGKAT PUSAT PSSGMM*

TARIKH: 17 APRIL 2026 BERSAMAAN 28 SYAWAL 1447H
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT: PUSAT LATIHAN TERTINGGI PSSGMM BUKIT TINGGI, BENTONG

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah Ar-Ra'd: 28)

YANG MENJALANKAN TUGAS,
BONDA PADUKA PANGLIMA PERANG GEMALA SARI,
SETIAUSAHA AGUNG,
PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA.

🌙 JEMPUTAN UMUM MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA 🌙Bunga seri berkembang mewang...
09/04/2026

🌙 JEMPUTAN UMUM MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA 🌙

Bunga seri berkembang mewangi,
Disiram embun di pagi hari,
Dengan penuh hormat kami menjemput semua hadirin,
Ke Majlis Raya Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia, tanda ukhwah sejati.

Dengan segala hormat dan sukacitanya, kami menjemput tuan/puan, ahli serta orang ramai untuk hadir memeriahkan Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Gayong Ma'arifat Malaysia.

Semoga kehadiran anda dapat menyerikan lagi majlis serta mengeratkan silaturrahim sesama kita.

📅 Tarikh: 17 April 2026 (28 Syawal 1447H)
🕘 Masa: 9.00 malam
📍 Tempat: Pusat Latihan Tertinggi PSSGMM Bukit Tinggi, Bentong

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

✨ *Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin* ✨

Pesanan :- Dialu-alukan untuk membawa juadah/potluck.

1 SYAHADAH
1 GERAK
1 HATI

🏆PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA AHLI JAWATANKUASA MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA 2023-...
09/04/2026

🏆PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA AHLI JAWATANKUASA MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA 2023-2025🏆

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam sejahtera & Salam 1 Syahadah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua bekas Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi 2023/2025 yang telah menabur bakti, tenaga dan komitmen sepanjang tempoh perkhidmatan.

Segala usaha, pengorbanan dan sumbangan yang dicurahkan amatlah bermakna dalam memperkukuh serta memajukan persatuan Gayong Ma'arifat Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Jasa dan dedikasi kalian akan sentiasa dikenang dan dihargai. Semoga segala kebaikan yang telah dilakukan dibalas dengan ganjaran , doa yang berlipat ganda serta terus diberkati dalam setiap langkah kehidupan..

Terima kasih atas segalanya.

Semoga ukhwah yang terjalin ini akan terus kekal erat walau di mana jua kita berada.

Sekian, terima kasih dari saya selaku wakil AJK MT PSSGMM A.K.A Setiausaha Agung PSSGMM.

Yang Menjalankan Tugas,
Bonda Paduka Gemala Sari,
Setiausaha Agung,
Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia.

'arifat

DIRGAHAYU TUANKU,DAULAT TUANKU.MERAFAK SEMBAH SERTA UCAPAN SETINGGI - TINGGI TAHNIAH.AHLI PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA...
22/03/2026

DIRGAHAYU TUANKU,
DAULAT TUANKU.

MERAFAK SEMBAH SERTA UCAPAN SETINGGI - TINGGI TAHNIAH.

AHLI PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA MERAFAK SEMBAH SERTA UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA
YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALAM II
@ YTM TUANKU PANJI ALAM II WAN MUHAMMAD FIKRI.

SEMOGA DENGAN LANJUT USIA INI, SEMOGA ALLAH SELALU MEMBERKATI ,MEMBERIKAN UMUR YANG PANJANG,& SENTIASA DI BAWAH LINDUNGA. RAHMATNYA, DIKURNIAKAN KEBERKATAN ALLAH S.W.T SERTA DILUASKAN PINTU-PINTU REZEKI SEMPENA HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN.

UCAPAN DARI,
PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA.

'arifat

✨SALAM AIDILFITRI ✨SALAM 1 SYAHADAH,SALAM LEBARAN !!!SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRIPergi ke p...
20/03/2026

✨SALAM AIDILFITRI ✨

SALAM 1 SYAHADAH,
SALAM LEBARAN !!!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Pergi ke pekan membeli ketupat,
Singgah sebentar membeli lemang,
Hari Raya penuh berkat,
Salah dan silap mohon dimaafkan.

Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli jemaah Gayong Ma’arifat di seluruh dunia serta semua umat Islam.

Kami juga memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan, kekurangan, dan kelemahan daripada pihak persatuan sepanjang perjalanan persatuan buat aktiviti.

Semoga segala kebaikan yang telah dilakukan diterima dan diberkati oleh-Nya, serta tahun ini membawa lebih banyak keberkatan, perpaduan, dan kejayaan buat kita semua.

Taqabbalallahu Minna wa Minkum, Minal ‘Aidin wal Faizin
(تقبل الله منا ومنكم من العائدين والفائزين)

“Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu, serta menjadikan kita dalam kalangan orang yang kembali suci dan memperoleh kemenangan.”

📌 **Makluman:**
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri akan diadakan pada:
🗓 17 April 2026 (Jumaat)

Semoga ukhuwah terus terjalin dan silaturrahim semakin erat.

Salam Aidilfitri!! 🌙

'arifat

Address

PUSAT LATIHAN TERTINGGI PSSGMM, BATU 18, Jalan LAMA BENTONG-KL, BUKIT TINGGI
Bentong
28750

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA (KEBANGSAAN & ANTARABANGSA) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA (KEBANGSAAN & ANTARABANGSA):

Share