04/06/2026
Aedes tak pilih tempat. Rumah kita juga boleh jadi sasaran.
Sama ada rumah teres, kuarters, pangsapuri, rumah kampung atau banglo, tempat pembiakan Aedes boleh wujud di mana-mana sahaja jika ada air bertakung.
Jadikan pemeriksaan rumah sebagai rutin mingguan. Luangkan 10 minit sahaja untuk periksa dan pastikan tiada air bertakung di dalam serta kawasan sekitar rumah.
✅ Periksa pasu bunga
✅ Tutup bekas air
✅ Buang air bertakung dalam tayar, longkang dan bekas terbiar
✅ Pastikan kawasan rumah bersih dan bebas tempat pembiakan Aedes
10 minit hari ini boleh lindungi keluarga daripada denggi.
Jom cari dan musnah tempat pembiakan Aedes! 💪