Jabatan Amal Bentong

Jabatan Amal Bentong Berminat sertai anggota atau sukarelawan Amal? Boleh hubungi kami!

27/11/2025
Daulat Tuanku!
25/11/2025

Daulat Tuanku!

25/11/2025
09/06/2025

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐋𝐀𝐔𝐓𝐀𝐍 π’π„πƒπ”ππˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ“

Selamat Hari Lautan Sedunia! Tahun ini, tema β€œπ‘Šπ‘œπ‘›π‘‘π‘’π‘Ÿ: π‘†π‘’π‘ π‘‘π‘Žπ‘–π‘›π‘–π‘›π‘” π‘Šβ„Žπ‘Žπ‘‘ π‘†π‘’π‘ π‘‘π‘Žπ‘–π‘›π‘  π‘ˆπ‘ β€ menyeru kita semua untuk menghayati keajaiban laut serta pentingnya peranan lautan.

Jadilah manusia Yang sentiasa berfikir kebesaran Allah. Jangan dirosakkan dengan kehendak nafsu serakah. Semoga lautan sentiasa damai menjadi nikmat kepada Yang sentiasa bersyukur.









[KURSUS KAKA 2024 JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PAHANG]https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc6vwYnIAh3R1fKyju-8aAr5U...
18/07/2024

[KURSUS KAKA 2024 JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PAHANG]

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc6vwYnIAh3R1fKyju-8aAr5UuCXatkRuOjAoBPgPOBG9CeKA/viewform?usp=sf_link

Borang untuk kursus KAKA 2024

Tarikh : 19 (7.00 petang) hingga 21 JULAI 2024.
Hari ; Jumaat, Sabtu, Ahad.
Tempat : DARUSSALAM, PERMATANG BADAK, KUANTAN.
Yuran : RM15.00
Peserta : Anggota JAMNP
Kawasan : 10 Anggota setiap kawasan.
Sasaran : Anggota baru dan lama. Latihan kemahiran Dan bencana.
Umur : 18 Tahun ke atas Sahaja (Anggota bertugas).

AYUH HADIR SEMUA ANGGOTA JAM BENTONG & PAHANG

29/06/2024
19/03/2024
31/12/2023

*RANGKUMAN SETAHUN NARATIF BERARACUN DAP*

2023 mungkin menjadi tahun yang akan sentiasa dikenang dalam sejarah DAP.

Pada tahun 2023, DAP berjaya memegang portfolio penting; Menteri Pengangkutan, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Digital dan Menteri Sumber Manusia.

DAP turut dilibatkan dalam 6 lagi kementerian sebagai Timbalan Menteri iaitu, Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Komunikasi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian di JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Berikut disenaraikan sebahagian β€˜perjuangan’ DAP bagi tahun 2023;

1. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy mempersoalkan penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam. (Februari 2023)

2. Exco DAP, Teng Chang Kim bersikap biadab dengan mengaitkan isu arak dengan solat. (Januari 2023)

3. Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengecam kostum ala pejuang HAMAS yang dipakai murid-murid sempena Minggu Solidariti Palestin dan mengugut pihak berkaitan untuk diambil tindakan. (Oktober 2023)

4. Pengerusi DAP, Lim Guan Eng membuat ucapan fitnah berunsur 3R dengan mendakwa 'gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan orang bukan Islam akan berdepan pelbagai sekatan sekiranya PAS memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN). (Julai 2023)

5. DAP cuba mencucuk jarum perkauman dengan mempolitikkan isu kompaun PBT terhadap pakaian peniaga di Kelantan. (Jun 2023)

6. Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa Malaysia tidak lagi memerlukan parti Melayu. (Jun 2023)

7. Ahli Parlimen DAP, Howard Lee menggunakan ayat al-Quran dengan memberi tafsiran yang salah untuk menggesa umat Islam menyokong kerajaan campuran. (September 2023)

8. Ahli veteran DAP, Lim Kit Siang menunjukkan sikap chauvinisnya dengan membangkitkan mengenai orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. (November 2023)

9. Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai desak agar kerajaan mengadakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuala Lumpur. (Disember 2023)

10. Ahli Parlimen DAP, Ngeh Koo Ham cadang untuk Kerajaan melantik orang bukan Islam ke dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam. (Disember 2023)

Bayangkan, dalam setahun ini sahaja pelbagai ucapan dan tindakan yang menzahirkan wajah sebenar mereka telah dibuat tanpa berselindung. DAP bahkan dibela dan disucikan oleh parti sekutunya

Benarlah kata Tuan Guru Presiden PAS, β€œDAP tidak perlu bersuara kuat lagi, hanya sekali-sekala sudah cukup. Hal ini demikian kerana, mereka berjaya melantik jurubicara daripada kalangan Melayu yang lupa akan kemelayuannya dan lalai akan keislamannya, malah menganggap Melayu sangat rasis apabila bersuara membela Melayunya atau Islamnya fanatik jika bercakap mengenai Islam.”

Titah KDYMM Sultan Selangor yang mengharapkan agar orang-orang politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak terus-menerus mencampuri urusan hal ehwal Agama Islam adalah isyarat jelas bahawa DAP biadap, melampau, dan telah melanggar garis sempadan politik kepartian dalam negara kita.

Setahun yang duka dengan naratif beracun DAP. Semoga 2024 yang mendatang ini Islam dan Melayu kuat menghadapi naratif beracun ini.

Sekian

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan & Media Baharu PAS Pusat

31 Disember 2023

Facebook
https://bit.ly/48yzTqC

Terima kasih kerana like, komen dan share. ☺️

10 Disember 2023( SUKAN Pasti Iqra Karak  2023 )Alhamdulillah Jabatan Amal Bentong telah dipanggil bertugas di Sukan Pas...
11/12/2023

10 Disember 2023

( SUKAN Pasti Iqra Karak 2023 )

Alhamdulillah Jabatan Amal Bentong telah dipanggil bertugas di Sukan Pasti al-Iqra Karak

Pada awal pagi, dengan kekuatan 4 orang anggota telah memulakan tugasan dengan kawalan trafik & lalu lintas bagi memudahkan kehadiran & parking tetamu, ibu bapa dan yang diraikan anak-anak murid Pasti.

Selesai acara perasmian tugasan diteruskan dengan kawalan keselamatan & persediaan rawatan awal kecederaan. Akhir sekali, selesai majlis penutupan kami telah menyambung kawalan trafik pergerakan pulang para hadirin semampu mungkin & sehabis baik.

BERAMAL KERANA ALLAH





9 Disember 2023( SUKANEKA Pasti Al-Falah Bentong 2023 )Alhamdulillah Jabatan Amal Bentong telah dipanggil bertugas di Su...
09/12/2023

9 Disember 2023

( SUKANEKA Pasti Al-Falah Bentong 2023 )

Alhamdulillah Jabatan Amal Bentong telah dipanggil bertugas di Sukaneka Pasti al-Falah Bentong.

Pada awal pagi, dengan kekuatan 3 orang anggota telah memulakan tugasan dengan kawalan trafik & lalu lintas bagi memudahkan kehadiran & parking tetamu, ibu bapa dan yang diraikan anak-anak murid Pasti.

Selesai acara perasmian tugasan diteruskan dengan kawalan keselamatan & persediaan rawatan awal kecederaan. Akhir sekali, selesai majlis penutupan kami telah menyambung kawalan trafik pergerakan pulang para hadirin semampu mungkin & sehabis baik.

BERAMAL KERANA ALLAH





Address

Bentong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share