30/09/2023
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera & Kopivosian.
1. Tepat pukul 5.00 petang tadi bertarikh 30hb September 2023, dengan rasminya pendaftaran pemilih Dewan Belia Sabah telah ditutup sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Page Rasmi - Majlis Belia Sabah
2. Terima kasih kepada semua belia dan beliawanis Sabah yang telah mendaftar sebagai pemilih Dewan Belia Sabah.
3. Tanggal 2hb Oktober 2023 merupakan tarikh bermulanya proses pengundian. Oleh itu, saya Mohd Nazri Zikiri (33 Tahun) menawarkan diri untuk bertanding sebagai Calon Dewan Belia Sabah DUN N.48 Sugut.
4. Dari segi akademik, saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di UiTM Shah Alam dan Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Kota Kinabalu.
5. Kini, bertugas sebagai Peguambela dan Peguamcara di firma guaman yang beroperasi di Kota Kinabalu.
6. Dewan Belia Sabah merupakan platform untuk menyuarakan dan mengetengahkan isu dan permasalahan belia khususnya dari Pedalaman Sabah untuk diangkat di Dewan Belia Sabah.
7. Oleh itu, dengan berbekalkan pengetahuan dan pengalaman saya dalam pelbagai peringkat di Universiti mahupun penglibatan dalam NGO. Saya yakin dan percaya mampu membawa suara belia dan beliawanis di Dewan Belia Sabah.
8. Saya mohon sokongan dan doa Belia & Beliawanis Sabah.
Sekian, Terima Kasih.
(MOHD NAZRI ZIKIRI)
Calon Dewan Belia Sabah
DUN N.48 Sugut