VJSP Van Jenazah Percuma Sg Petani

VJSP Van Jenazah Percuma Sg Petani Beroperasi 24jam, hubungi:
En Rashid 0134671222
En Amran 0124410019
Hj Ismail 0195408226

🌿 Jumaat Berkat, Jom Berinfak 🌿Sempena penghulu segala hari, marilah kita bersama-sama menghulurkan infak ke Tabung Peng...
31/07/2026

🌿 Jumaat Berkat, Jom Berinfak 🌿

Sempena penghulu segala hari, marilah kita bersama-sama menghulurkan infak ke Tabung Pengurusan Jenazah & Penyelenggaraan Kenderaan VJSP.

Insya-Allah, menjelang bulan Ogos, Bas Surau Bergerak VJSP akan menjalani pemeriksaan berkala PUSPAKOM dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan terlebih dahulu. Selain itu, MPV Jenazah VJSP juga perlu diselenggara secara berkala di samping pembaharuan cukai jalan serta insurans.

Setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, amat bermakna bagi memastikan segala urusan kebajikan dan khidmat kepada masyarakat dapat diteruskan tanpa henti.

Ayuh bersama-sama membantu VJSP.
Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi amal jariah yang berterusan dan diberkati Allah SWT.

"Mati itu pasti, Hidup Biar Bermanfaat."

LAPORAN PERGERAKAN TEAM VJSP24 Julai 2026Alhamdulillah, urusan pada hari ini telah berjaya dilaksanakan dengan izin Alla...
24/07/2026

LAPORAN PERGERAKAN TEAM VJSP
24 Julai 2026

Alhamdulillah, urusan pada hari ini telah berjaya dilaksanakan dengan izin Allah SWT. Antara tugasan yang disempurnakan oleh Team Pertubuhan Amal Van Jenazah Sungai Petani (VJSP) ialah:
🚐 HSAH ➜ Pengkalan Lebai Man
🚐🚿 HSAH ➜ Pantai Remis, Perak
🚐🚿 HSAH ➜ Taman Kelisa
🚐🚿 HSAH ➜ Tanjung Dawai
🚿 Pengurusan Anggota Kaki
🚐 HSB ➜ Masjid Bedong

Terima kasih kepada seluruh sukarelawan VJSP yang sentiasa bersedia menghulurkan khidmat dengan penuh amanah dan keikhlasan.

"Mati Itu Pasti, Hidup Biar Bermanfaat."

Semoga setiap perjalanan, setiap keringat dan setiap khidmat yang diberikan menjadi amal soleh yang diterima di sisi Allah SWT. Aamiin.

πŸ•ŠοΈ BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH VJSP (TEORI & AMALI)Ilmu pengurusan jenazah adalah fardu kifayah yang wajar dipelajari ole...
24/07/2026

πŸ•ŠοΈ BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH VJSP (TEORI & AMALI)

Ilmu pengurusan jenazah adalah fardu kifayah yang wajar dipelajari oleh setiap Muslim. Jangan tunggu saat musibah datang, barulah kita tercari-cari cara untuk menguruskan insan yang kita sayangi.

Melalui Bengkel Pengurusan Jenazah VJSP, peserta akan didedahkan dengan:
βœ… Asas memandikan jenazah
βœ… Tatacara mengkafankan jenazah
βœ… Teori dan amali pengurusan jenazah mengikut syariat Islam
βœ… Persediaan menghadapi saat kematian ahli keluarga dengan ilmu dan keyakinan

Ilmu ini bukan sekadar untuk diri sendiri, malah menjadi bekalan untuk berkhidmat kepada keluarga, jiran dan masyarakat apabila diperlukan.

"Mati itu pasti, hidup biar bermanfaat."

πŸ“Œ Hubungi talian Hotline VJSP 0194462876 bagi keterangan lanjut.
Jadilah antara mereka yang bersedia menggalas amanah terakhir buat seorang Muslim.

Gambar : Bengkel Pengurusan Jenazah di Masjid Al Salamah Kg Barokhas Kuala Nerang, dan di Surau Nurul Hidayah Kg Kurnia Jaya, Bedong

Mati itu pasti, hidup biar bermanfaat.Hulurkan sumbangan ikhlas kepada Pertubuhan Amal Van Jenazah Sg Petani (VJSP) bagi...
17/07/2026

Mati itu pasti, hidup biar bermanfaat.

Hulurkan sumbangan ikhlas kepada Pertubuhan Amal Van Jenazah Sg Petani (VJSP) bagi membantu meringankan urusan pengurusan jenazah mereka yang memerlukan.
Semoga setiap ringgit menjadi saham amal yang berpanjangan.

04/07/2026

MAKLUMAN RASMI PERTUBUHAN AMAL VAN JENAZAH SG PETANI ( VJSP )

Sehingga tarikh ini, VJSP telah menyantuni 3,330 jenazah, tidak termasuk pengurusan jenazah yang dikendalikan oleh cawangan Langkawi.

VJSP tidak dinaungi oleh mana-mana pihak dan tidak bernaung di bawah mana-mana badan atau parti politik. VJSP merupakan sebuah pertubuhan yang bersifat umum, ditubuhkan bagi membantu masyarakat, khususnya golongan yang kurang berkemampuan.

Perkhidmatan pengurusan jenazah oleh VJSP adalah percuma. Tiada sebarang bayaran dikenakan sepanjang proses pengurusan jenazah, kecuali kos penggunaan keranda, yang diperoleh daripada pembekal luar.

Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mengaku sebagai wakil VJSP dan menetapkan atau meminta sebarang bentuk bayaran semasa pengurusan jenazah, mohon segera laporkan perkara tersebut kepada pihak pentadbiran melalui Hotline VJSP: 019-446 2876.

Kerjasama dan keprihatinan semua amat kami hargai.

SOKONGAN DAN SUMBANGAN KEPADA VJSP
VJSP amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada pihak waris serta orang ramai bagi membantu meneruskan operasi dan perkhidmatan kami. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi VJSP.

Setiap sumbangan yang diterima akan digunakan bagi menampung kos operasi, antaranya:
β€’ Kos penyelenggaraan kenderaan.
β€’ Kos petrol dan diesel.
β€’ Pembelian alatan serta kelengkapan pengurusan jenazah.
β€’ Keperluan operasi lain yang berkaitan.

Untuk makluman, semua pemandu dan jurumandi VJSP bertugas secara sukarela dan TIDAK MENERIMA SEBARANG BENTUK GAJI ATAU ELAUN. Mereka berkhidmat semata-mata kerana amanah dan tanggungjawab untuk membantu masyarakat.

Semoga setiap sumbangan dan sokongan yang diberikan menjadi amal jariah serta mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda kepada VJSP.

*πŸ“’ PENGUMUMAN*Bagi semua urusan berkaitan Pengurusan Jenazah, sama ada:🟒 Penggunaan Van Jenazah🟒 Urusan Mandi Kafan Jena...
02/07/2026

*πŸ“’ PENGUMUMAN*
Bagi semua urusan berkaitan Pengurusan Jenazah, sama ada:

🟒 Penggunaan Van Jenazah
🟒 Urusan Mandi Kafan Jenazah
🟒 Kursus Pengurusan Jenazah

Sila hubungi nombor rasmi VJSP:

πŸ“ž 019-446 2876

🀝 Mohon kerjasama semua agar setiap urusan dibuat melalui nombor rasmi ini bagi memastikan ia mematuhi terma dan perlembagaan VJSP, serta dapat diuruskan dengan cepat, teratur dan lancar.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.

PERTUBUHAN AMAL VAN JENAZAH SG. PETANI (VJSP)

🚐 INFAK PENYELENGGARAAN KENDERAAN VJSPPastikan roda kebajikan terus berputar.Sumbangan anda membantu menampung kos servi...
25/06/2026

🚐 INFAK PENYELENGGARAAN KENDERAAN VJSP
Pastikan roda kebajikan terus berputar.

Sumbangan anda membantu menampung kos servis, pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan bagi meneruskan misi khidmat masyarakat

🀲 Satu infak, seribu manfaat. Bantu tampung kos penyelenggaraan kenderaan VJSP agar perjalanan kebajikan tidak terhenti di tengah jalan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada RONA AUTO SERVICE & TYRE cawangan Sg Lalang atas su...
24/06/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada RONA AUTO SERVICE & TYRE cawangan Sg Lalang atas sumbangan dan tajaan 4 biji tayar kepada van jenazah Pertubuhan Amal Van Jenazah Sg Petani (VJSP).
Sumbangan yang amat bermakna ini bukan sahaja membantu mengurangkan kos penyelenggaraan van jenazah, malah memastikan perkhidmatan kebajikan kepada masyarakat dapat diteruskan dengan lebih selamat dan lancar.
Semoga segala kebaikan, keprihatinan dan kemurahan hati pihak RONA AUTO SERVICE & TYRE ini dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT serta menjadi amal jariah yang berterusan.

β€œBukan sekadar menaja tayar, tetapi membantu melancarkan perjalanan khidmat terakhir buat insan yang telah kembali kepada-Nya.”

Terima kasih daripada seluruh warga VJSP. πŸ€πŸšπŸ›ž

MATI ITU PASTI, HIDUP BIAR BERMANFAAT

Salam Maal Hijrah 1448H. Semoga kedatangan tahun baru Islam ini menjadi titik muhasabah buat kita semua, untuk memperbai...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H. Semoga kedatangan tahun baru Islam ini menjadi titik muhasabah buat kita semua, untuk memperbaiki diri, memperbanyak amal kebajikan dan mengukuhkan ukhuwah. Hijrah bukan sekadar perpindahan, tetapi perubahan ke arah kehidupan yang lebih diredai Allah. Semoga setiap langkah kita dipenuhi keberkatan dan manfaat untuk insan sekeliling.

27/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H πŸŒ™

Semoga segala pengorbanan, keikhlasan dan amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.
Aidiladha mengajar kita erti sabar, reda dan kasih sayang sesama insan.
Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan silaturahim bersama keluarga dan sahabat tercinta.

β€œBerkorban bukan sekadar pada harta dan tenaga, tetapi juga pada hati yang ikhlas kerana Allah.”

Salam Aidiladha daripada keluarga besar Pertubuhan Amal Van Jenazah Sg Petani.

Address

A124 Lorong A6, Jalan Sinar Mentari
Bedong
08100

Telephone

+60134671222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when VJSP Van Jenazah Percuma Sg Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to VJSP Van Jenazah Percuma Sg Petani:

Shortcuts

Share