NADI Kg Lawa Kabajang

NADI Kg Lawa Kabajang Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg Lawa Kabajang
aktiviti, program komuniti, latihan ICT

Buka Setiap Hari kecuali cuti umum
08.00 am - 5.00 pm

PEDi Kampung Lawa Kabajang, Beaufort, Sabah diwujudkan selaras dengan kehendak dan dasar kerajaan untuk merapatkan jurang digital rakyat terutamanya di kawasan luar bandar atau pedalaman. PEDi bertindak merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia melalui pendedahan teknologi IT & pemberian perkhidmatan Jalur Lebar di kawasan luar bandar bagi membolehkan seluruh komuniti mengakses atau me

layari internet dengan kelajuan tinggi dalam usaha mendapatkan maklumat setempat mahupun global selaras dengan usaha kerajaan membangunkan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing meningkatkan taraf ekonomi & sosial, serta melahirkan masyarakat Malaysia Berilmu Pengetahuan.

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI NADI KG LAWA KABAJANGTarikh: *18 JUN 2026*Hari: KHAMIS Penutupan Bekalan ElektrikNA...
18/06/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI NADI KG LAWA KABAJANG

Tarikh: *18 JUN 2026*
Hari: KHAMIS
Penutupan Bekalan Elektrik
NADI Kg Lawa Kabajang akan kembali beroperasi pada *19 JUN 2026*

Sebarang pertanyaan & urusan :
Pengurus: +60 19-294 9880 (Rosinah binti Suin)
Penolong Pengurus: +6019 651 9880 (Intan Farihah)


Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali

17/06/2026

Tingkatkan kemahiran digital dan keusahawanan anda secara PERCUMA!

Sempena Hari Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Antarabangsa (MSME Day) 2026, NADI bersama ITU-DTC dan Cisco Networking Academy membawakan Kempen Keusahawanan Digital sepanjang bulan Jun.
 
📅 1 – 30 Jun 2026
Daftar sekarang untuk dua kursus dalam talian secara kendiri (self-paced):
 
💡Discovering Entrepreneurship
Pelajari asas keusahawanan, inovasi dan cara mengubah idea menjadi peluang perniagaan.
 
💻Using Computer and Mobile Devices

Tingkatkan kemahiran digital asas untuk menggunakan komputer, telefon pintar dan perkhidmatan dalam talian dengan lebih yakin.
✅ Percuma untuk disertai
✅ Sesuai untuk usahawan, bakal usahawan, pelajar dan komuniti setempat
✅ Belajar mengikut masa dan keselesaan anda
 
Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar.


🎓📚 GUIDANCE TUISYEN: NADI PINTAR Pelajar SPM 2026SPM bukan sekadar peperiksaan, tetapi langkah pertama menuju masa depan...
16/06/2026

🎓📚 GUIDANCE TUISYEN: NADI PINTAR
Pelajar SPM 2026

SPM bukan sekadar peperiksaan, tetapi langkah pertama menuju masa depan yang gemilang. Persiapkan diri dengan ilmu, strategi dan bimbingan yang tepat bersama NADI Pintar.

✨ Apa yang ditawarkan?
✅ Bimbingan akademik mengikut silibus terkini
✅ Teknik menjawab soalan peperiksaan
✅ Latihan pengukuhan dan ulang kaji berfokus
✅ Meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar

Jangan tunggu saat akhir untuk berjaya. Mulakan persediaan dari sekarang dan bina asas kecemerlangan untuk menghadapi SPM 2026 dengan yakin.

📈 Usaha hari ini menentukan kejayaan esok.

📍 Sertai NADI Pintar dan jadilah sebahagian daripada generasi pelajar yang cemerlang, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

“Belajar Dengan Bijak, Melakar Kejayaan.”

NADI AWARENESS Topik : Berita Palsu Di era digital, maklumat berada di hujung jari. Namun, tidak semua yang tular adalah...
16/06/2026

NADI AWARENESS
Topik : Berita Palsu
Di era digital, maklumat berada di hujung jari. Namun, tidak semua yang tular adalah benar.

❌ Jangan mudah percaya.
❌ Jangan terus kongsi.
✅ Semak dahulu kesahihannya.

Berita palsu boleh mencetuskan panik, perpecahan dan salah faham dalam masyarakat. Jadilah pengguna digital yang bijak dengan mengamalkan konsep “Semak Sebelum Sebar”.

Tips mengenal pasti berita palsu:
✔️ Semak sumber berita yang sahih
✔️ Bandingkan dengan media rasmi
✔️ Periksa tarikh dan fakta
✔️ Elakkan berkongsi maklumat yang meragukan

Bersama kita membina komuniti digital yang beretika, berinformasi dan bertanggungjawab.

Fikir dahulu sebelum berkongsi. Kebenaran itu tanggungjawab bersama.

NADI PINTAR – PUSAT TUISYEN RAKYAT ✨📚Membina Generasi Cemerlang, Berilmu dan Berdaya Saing.NADI Pintar menyediakan kelas...
16/06/2026

NADI PINTAR – PUSAT TUISYEN RAKYAT ✨📚

Membina Generasi Cemerlang, Berilmu dan Berdaya Saing.

NADI Pintar menyediakan kelas bimbingan dan tuisyen berkualiti bagi membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik dalam suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan.

✅ Bimbingan oleh tenaga pengajar berpengalaman
✅ Latihan dan pengukuhan mengikut silibus semasa
✅ Suasana pembelajaran yang selesa dan interaktif
✅ Membantu meningkatkan keyakinan serta pencapaian pelajar

💡 Pendidikan berkualiti untuk semua demi masa depan yang lebih gemilang.

📍 Sertai NADI Pintar hari ini dan bersama-sama melakar kejayaan!

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI NADI KG LAWA KABAJANGTarikh: 17 Jun 2026 (RABU)SEMPENA CUTI AWAL MUHARRAMNADI Kg La...
16/06/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI NADI KG LAWA KABAJANG

Tarikh:
17 Jun 2026 (RABU)
SEMPENA CUTI AWAL MUHARRAM
NADI Kg Lawa Kabajang akan kembali beroperasi pada
18 Jun 2026 (KHAMIS)

Sebarang pertanyaan & urusan :
Pengurus: 0192949880 (Rosinah)
Pen.Pengurus : 0196519880 (Intan)

Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali.

07/06/2026

Salam Takziah & Al Fatihah
إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un

Seluruh warga NADI MCMC berdukacita atas pemergian Allahyarhamah Sh Noraidah Binti Sh Mislin, Pengurus NADI Kampung Paris 3, Kinabatangan, Sabah.

Allahyarhamah telah berkhidmat bersama NADI sejak April 2015. Jawatan terakhir yang disandang ialah Pengurus NADI.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan para solihin dan orang-orang yang beriman.

Salam Takziah kepada keluarga Allahyarhamah..
07/06/2026

Salam Takziah kepada keluarga Allahyarhamah..

03/06/2026

Satu video. Satu mesej. Satu pengaruh.

Bagi kanak-kanak, setiap kandungan yang ditonton boleh meninggalkan kesan yang lebih besar daripada yang kita sangka. Kandungan yang tidak sesuai, buli siber, cabaran berbahaya dan tekanan untuk menjadi "sempurna" boleh membentuk pemikiran mereka secara perlahan tanpa disedari.

Apabila skrin menjadi guru, siapa yang mengawal apa yang diajar?

Sebagai ibu bapa dan penjaga, kita perlu menjadi benteng pertama keselamatan digital anak-anak. Kerana tidak semua yang viral selamat, dan tidak semua yang popular sesuai untuk perkembangan mereka.

03/06/2026

Saksikan “NADI: Dari Komuniti ke Pentas Dunia” dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 bersama Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Bahagian NADI MCMC.

🗓️ Rabu, 3 Jun 2026
🕥 10.30 pagi – 11.30 pagi
📺 Siaran: TV9

Kupasan ini akan mengetengahkan peranan NADI dalam memperkasa komuniti melalui akses digital, perkhidmatan pintar dan peluang pembangunan sosioekonomi daripada komuniti setempat hingga ke pentas dunia.



Address

NADI Kg Lawa Kabajang, Jalan Beaufort-Bintuka, Bangunan Urusetia, Kg Lawa Gadong
Beaufort
89808

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Lawa Kabajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI Kg Lawa Kabajang:

Share