17/04/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cikgu Liu Chun Hee atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) Tahun 2025 oleh Kementerian Pendidikan.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen, dedikasi, dan kecemerlangan Cikgu dalam melaksanakan amanah sebagai pendidik serta penglibatan aktif dalam kokurikulum terutamanya Pengakap.
Saya, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bayan Lepas bersama barisan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah, merakamkan penghargaan atas sumbangan dan sokongan padu Cikgu terhadap pembangunan sahsiah murid melalui aktiviti kokurikulum, khususnya dalam Pergerakan Pengakap.
Semoga Cikgu terus diberi kekuatan dan iltizam untuk meneruskan kecemerlangan dalam perkhidmatan, serta terus menjadi contoh teladan kepada semua warga guru.
Daripada,
Pengakap Bayan Lepas
๐๐๐๐๐๐