04/11/2026
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillah, semalam telah berlangsung satu usaha ziarah yang disusuli dengan perkongsian dan penerangan tentang 𝗞𝗘𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗟.
Dalam perkongsian tersebut, Tuan Imam kita telah menyampaikan satu peringatan yang cukup mendalam, khususnya buat setiap lelaki Muslim yang telah baligh.
𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗.
Apabila azan berkumandang, itulah seruan Allah yang memanggil kita untuk datang ke rumah Nya. Janganlah kita terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga kita terlupa memenuhi panggilan Allah.
Cuba kita renungkan sejenak…
🏥 Hospital dan klinik dibuka untuk merawat tubuh badan yang sakit.
🚔 Balai polis dibuka untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman.
🚒 Balai bomba sentiasa bersedia untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda.
🧺 Kedai dobi dan pelbagai perkhidmatan lain juga ada yang beroperasi 24 jam demi memenuhi keperluan kehidupan kita.
𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜, 𝗔𝗣𝗔𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧, 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗡𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗛𝗘𝗡𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗜 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧𝗡𝗬𝗔?
Jawapannya, kembalilah ke rumah Allah. Datanglah ke surau dan masjid. Hidupkanlah suasana dengan solat berjemaah, majlis ilmu, zikir dan amal soleh.
Kerana di sinilah kita belajar mengenal Allah, memperbaiki diri, menguatkan iman dan mengingatkan sesama kita tentang kehidupan akhirat.
Jangan tunggu hati menjadi terlalu keras baru kita mahu mencari masjid. Jangan tunggu usia semakin senja baru kita mahu rapat dengan rumah Allah. Jangan tunggu sakit datang baru kita teringat untuk bersujud kepada Nya.
𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗠𝗨𝗡𝗚𝗞𝗜𝗡 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗖𝗔𝗥𝗔, 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗨𝗣𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗞𝗜𝗧𝗔.
Ingatlah, dunia ini hanya sementara. Rumah Allah sentiasa terbuka untuk kita. Selagi Allah masih memberikan kita kesempatan untuk melangkah, marilah kita gunakan kesempatan itu untuk datang ke surau dan masjid.
🤲 Ya Allah, lembutkanlah hati kami, kuatkanlah iman kami dan jadikanlah kami dalam kalangan hamba-Mu yang sentiasa mencintai solat berjemaah serta mengimarahkan rumah-rumah Mu.
✨ 𝗔𝗬𝗨𝗛 𝗞𝗔𝗨𝗠 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜, 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗔-𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗.
Jangan biarkan azan hanya kedengaran di telinga, tetapi tidak menggerakkan kaki kita untuk menyahut seruannya.
📍 Surau Ar-Raudhah, Taman Sri Bayan, Pulau Pinang