NADI Bogag

Directions Website

NADI Bogag NADI menyediakan akses Internet dan program pembangunan digital komuniti merangkumi keusahawanan, e-pembelajaran, kesejahteraan kendiri & literasi digital.

Inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN & JEMPUTAN WEBINAR NADI X CYBERSECURITYAssalamualaikum dan salam sejahtera,Sukacita dimaklumkan bahawa NADI...
23/09/2026

๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN & JEMPUTAN WEBINAR NADI X CYBERSECURITY

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa NADI x Cybersecurity akan mengadakan sesi webinar bertajuk:

๐Ÿ” โ€œMACAM MANA HACKER AMBIL ALIH WHATSAPP, TELEGRAM & AKAUN MEDIA SOSIALโ€

๐Ÿ“… Tarikh: 24 September 2026 (Khamis)
โฐ Masa: 3.00 petang โ€“ 4.30 petang
๐Ÿ’ป Platform: LMS Cybersecurity
๐Ÿ‘ฅ Sasaran: Pelajar, ibu bapa dan dewasa

Sesi ini akan membincangkan bagaimana akaun WhatsApp, Telegram dan media sosial boleh diambil alih oleh pihak tidak bertanggungjawab serta langkah-langkah yang boleh diamalkan bagi melindungi akaun dan maklumat peribadi.

23/09/2026

USAH TERJERAT DENGAN LOVE SCAM! CINTA PALSU, SIMPANAN LEBUR!

Taktik penipuan di mana pelaku membina hubungan emosi atau 'cinta' secara dalam talian dengan menyamar menggunakan identiti palsu. Setelah berjaya meraih kepercayaan dan kasih sayang, mangsa akan dimanipulasi untuk memindahkan wang atau menyerahkan akses perbankan.

Antara taktik dan ciri-ciri yang digunapakai:
โ€ข Berkenalan di media sosial/aplikasi janji temu dan terus berpindah ke aplikasi mesej peribadi tanpa pernah bertemu secara bersemuka.
โ€ขMenggunakan pujian, cerita sedih atau kecemasan untuk meminta bantuan kewangan.
โ€ขMengirim pautan atau aplikasi tidak sah yang mengandungi perisian tegar untuk mencuri maklumat perbankan tanpa syak.
โ€ขMenggunakan ancaman atau ugutan untuk menyebarkan maklumat/gambar peribadi sekiranya bayaran tidak dibuat.

Saling mengingatiโ€”jangan mudah terpedaya dengan janji manis individu yang tidak pernah anda temui secara fizikal!

Laporkan segera kepada NSRC di talian 997 yang kini beroperasi 24 jam, jika anda telah membuat pemindahan wang!

PENAFIAN: NFCC tidak menerima sebarang aduan berkaitan penipuan (scam). Laporkan segera ke talian 997 atau balai polis berdekatan.




#997

๐Ÿš€ eKELAS USAHAWAN: SESI BERSAMA KOMUNITI ZON BORNEOUsahawan Zon Borneo, ini peluang anda untuk meningkatkan kemahiran di...
23/09/2026

๐Ÿš€ eKELAS USAHAWAN: SESI BERSAMA KOMUNITI ZON BORNEO

Usahawan Zon Borneo, ini peluang anda untuk meningkatkan kemahiran digital dan mengembangkan potensi perniagaan!

Sertai Sesi Bersama Komuniti eKelas Usahawan dan dapatkan penerangan lengkap tentang program latihan yang menggabungkan strategi pemasaran, pemahaman pelanggan dan penggunaan AI.

Antara yang akan dikongsikan:

โœ… Pengenalan program eKelas Usahawan
โœ… Modul dan aktiviti pembelajaran
โœ… Jadual kelas dalam talian dan bootcamp fizikal
โœ… Manfaat yang bakal diterima peserta
โœ… Sesi soal jawab bersama pasukan program

๐Ÿ“… Tarikh: 25 September 2026, Jumaat
๐Ÿ•’ Masa: 3.00 petang โ€“ 3.45 petang
๐Ÿ’ป Platform: Secara dalam talian

๐ŸŽ Hadiah menarik menanti anda dalam sesi ini!

Penyertaan adalah PERCUMA. Terbuka kepada 18 tahun ke atas. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat lengkap sebelum menyertai eKelas Usahawan!

22/09/2026

โฐ TARIKH AKHIR PERMOHONAN: 30 SEPTEMBER 2026

Masih belum buat permohonan atau kemas kini maklumat STR?

๐Ÿ“Œ Jangan tunggu saat akhir!
๐Ÿ“Œ Pastikan maklumat anda lengkap dan tepat.
๐Ÿ“Œ Hantar permohonan sebelum 30 September 2026.

๐Ÿ‘‰ Simpan posting ini & kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan!

22/09/2026

AWAS! MAKLUMAT PALSU

Kementerian Kewangan (M*F) menafikan maklumat yang tular mendakwa bahawa Bayaran Penghargaan SARA 2026 sebanyak RM100 akan bermula pada 28 September 2026.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat tersebut dan sentiasa merujuk saluran rasmi M*F bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

Untuk makluman, SARA Untuk Semua 2026 sebanyak RM100 telah disalurkan secara sekali beri kepada lebih 22 juta rakyat Malaysia dewasa melalui MyKad mulai 9 Februari 2026.

Jangan mudah terpedaya. Semak sebelum sebar.




Fahmi Fadzil
Kementerian Komunikasi
Jabatan Penerangan Malaysia
Erwin Khairul Ahmad

22/09/2026

DAH LETIH REPLY PM DARI PROSPECT? JOM BUAT WEBSITE PULAK, GUNA AI JE. ๐Ÿ“ฑ

Ada produk nak jual, tapi gambar tak cantik, marketing pun masih cuba-cuba? Meh tambah skill dengan Perkhidmatan Pintar NADI | 21โ€“22 September 2026!

Korang pilih je mana yang menarik ๐Ÿ‘‡

๐Ÿค– Bina laman web menggunakan AI
๐Ÿ“ธ Fotografi produk & potret
๐Ÿ›’ Kursus Shopee untuk usahawan
๐Ÿฐ Kuih bakar & ikan kukus berlemak Nyonya
๐Ÿงต Jahitan kain lipat batik
๐Ÿ’ป Asas komputer & Tuisyen Rakyat

๐Ÿ’ฌ Kalau nak mula bisnes online, korang nak belajar apa dulu โ€” WEBSITE, FOTO atau SHOPEE?

Komen pilihan korang dan tag kawan yang dah lama berangan nak buka bisnes tu! ๐Ÿ˜†

๐Ÿ“ Daftar di Pusat NADI berhampiran. Petugas NADI akan bantu korang menyertai program yang diminati.

18/09/2026

KITA LAKAR REKOD BERSAMA!

NADI kini secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod โ€œLargest Simultaneous Participation in a Multi-Fitness Sessionโ€ menerusi Senam Sihat MADANI Merdeka 2026!

Apa yang bermula dengan sasaran 50,000 peserta akhirnya mencatat:
๐Ÿ† 60,379 PESERTA
๐Ÿ“ 1,099 NADI
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Seluruh negara, bergerak serentak

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 telah menyatukan komuniti di seluruh negara dalam satu gerakan yang menggalakkan gaya hidup sihat, di samping menyemarakkan semangat perpaduan.

Pengiktirafan ini menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat MCMC dan NADI, serta membuktikan apa yang mampu kita capai apabila seluruh rangkaian dan komuniti bergerak menuju matlamat yang sama.

Terima kasih kepada semua warga MCMC, NADI, komuniti dan setiap pihak yang menjayakannya. Kejayaan ini milik kita bersama!

60,379 peserta. 1,099 NADI. Satu gerakan nasional. Satu rekod Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“ข Jadual Event/Program NADI โ€“ Minggu 3 | September 2026Pelbagai aktiviti menarik menanti sepanjang minggu ini! ๐Ÿ’ป๐ŸŽฎ๐Ÿ“šJom se...
18/09/2026

๐Ÿ“ข Jadual Event/Program NADI โ€“ Minggu 3 | September 2026

Pelbagai aktiviti menarik menanti sepanjang minggu ini! ๐Ÿ’ป๐ŸŽฎ๐Ÿ“š
Jom sertai program NADI dan manfaatkan peluang untuk belajar, berkongsi ilmu serta meningkatkan kemahiran bersama komuniti. ๐Ÿคโœจ

๐Ÿ“… 18โ€“20 September 2026
๐Ÿ“ NADI Malaysia

SMART SERVICES PILLAR: NADI X LIFELONG LEARNING PROGRAM: NADI-SKILLFORGE | E-SUKANTajuk Program: Kelas Kesedaran - Menge...
13/09/2026

SMART SERVICES PILLAR: NADI X LIFELONG LEARNING
PROGRAM: NADI-SKILLFORGE | E-SUKAN

Tajuk Program: Kelas Kesedaran - Mengenali Scammer & Penipuan Digital
Tarikh: 12 September 2026, Sabtu
Masa : 3.00 petang
Platform: Online
Peserta: 3 orang

SMART SERVICES PILLAR: NADI X AWARENESSPROGRAM: KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)Tajuk Program: Taklimat Etika Perkongsian D...
13/09/2026

SMART SERVICES PILLAR: NADI X AWARENESS
PROGRAM: KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)

Tajuk Program: Taklimat Etika Perkongsian Digital
Tarikh: 12 September 2026, Sabtu
Masa : 2.00 petang
Platform: Online
Peserta: 6 orang

Address

NADI Bogag, Kampung Bogag, Jalan Serikin
Bau
94000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Bogag posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share