Pusat Inovasi dan Pengkomersialan UTHM - ICC

Call Directions Website Contact the organization

Pusat Inovasi dan Pengkomersialan UTHM - ICC Ke arah Global Technoprenuer University 2030

Selamat Ulang Tahun ke-33 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia!Semoga UTHM terus melakar kecemerlangan, memperkukuh inova...
16/09/2026

Selamat Ulang Tahun ke-33 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia!

Semoga UTHM terus melakar kecemerlangan, memperkukuh inovasi dan memberi impak yang bermakna di peringkat nasional serta antarabangsa.

Terus melangkah maju dan terbang lebih tinggi!

🎉 TIGA DEKAD LALU, SEMANGAT INI BERMULA! 🎉
Selamat Ulang Tahun ke-33 kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Hari ini, 16 September 2026, kita meraikan tiga dekad lebih perjalanan kecemerlangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dari sebuah kolej institut awal, UTHM telah berkembang menjadi menara gading yang melahirkan beribu-ribu graduan berwibawa di persada negara dan antarabangsa.

"Dengan Hikmah, Kita Meneroka". Kita telah meneroka dari darat ke udara, membina masa hadapan yang lebih cerah untuk semua. Pencapaian kita hari ini adalah bukti dedikasi seluruh warga UTHM.

Terus terbang tinggi, UTHM!

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! Kerjasama, kepelbagaian, dan semangat inovasi adalah nadi kekuatan tanah air kita....
15/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026!

Kerjasama, kepelbagaian, dan semangat inovasi adalah nadi kekuatan tanah air kita. Semoga keharmonian yang dibina terus menjadi pendorong kepada kemajuan sains, teknologi, dan pengkomersialan negara.

Tulus ikhlas daripada:
Pengarah & Warga Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

📸 SETULUS PENGHARGAAN BUAT AHLI JAWATANKUASA RISE 2026Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Universiti Tun Hussein On...
14/09/2026

📸 SETULUS PENGHARGAAN BUAT AHLI JAWATANKUASA RISE 2026

Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Ahli Jawatankuasa International Research and Innovation Symposium Competition (RISE) 2026 pada 10 September 2026 (Khamis), bertempat di Dewan Jamuan, Aras 5, PTTA, UTHM.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas segala komitmen, kerjasama, masa, tenaga dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh seluruh ahli jawatankuasa daripada pelbagai pusat dan fakulti dalam menjayakan RISE 2026.

Setiap sumbangan, sekecil mana sekalipun, menjadi sebahagian daripada kekuatan yang membawa kepada kejayaan RISE 2026. Terima kasih atas kesungguhan, kebersamaan dan semangat yang telah diberikan sepanjang pelaksanaan program.

Semoga segala usaha dan jasa yang dicurahkan menjadi kenangan yang bermakna serta terus menyemarakkan semangat untuk bersama-sama melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Setulus penghargaan daripada Pengarah dan seluruh warga Pusat Inovasi dan Pengkomersialan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

“Dengan Hikmah Kita Meneroka”
"Malaysia MADANI"

🔍 PROGRAM AUDIT KUALITI DALAMAN UTHM (KUMPULAN C 2026): AUDIT GGR & SKOP KUALITI DI PUSAT INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN (I...
10/09/2026

🔍 PROGRAM AUDIT KUALITI DALAMAN UTHM (KUMPULAN C 2026): AUDIT GGR & SKOP KUALITI DI PUSAT INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN (ICC) 🔍

Satu sesi Audit Kualiti Dalaman UTHM bagi Kumpulan C telah dijalankan di Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) UTHM.

Sesi penilaian yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang ini merangkumi pelbagai skop utama termasuk Audit Green Growth Rating (GGR), OFI, Objektif Kualiti, Daftar Risiko, Pengurusan Aset Alih, Perolehan, Latihan Staf, MyPortfolio, WeCare, Kepuasan Pelanggan, serta Persekitaran PTJ.

Sesi audit ini diketuai oleh Pengerusi Audit Dalam, Dr. Mohd Norihan Bin Ibrahim@Tamrin, bersama barisan juruaudit Ts. Ng Wee Fern dan Pn. Radin Dewistiawati Binti Radin Mohamed.

Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada barisan juruaudit serta warga kerja ICC atas komitmen dan kerjasama berterusan dalam memastikan pematuhan kualiti serta amalan kelestarian sentiasa berada pada tahap terbaik.

Moga ICC UTHM terus memacu inovasi dan pengkomersialan berteraskan kualiti serta kelestarian! 🌿✨

9 September 2026 | Perbincangan Strategik Ekosistem Pengkomersialan Bersama Leave a Nest SingaporeSatu sesi perbincangan...
09/09/2026

9 September 2026 | Perbincangan Strategik Ekosistem Pengkomersialan Bersama Leave a Nest Singapore

Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan bersama pihak Leave a Nest Singapore bagi meneroka peluang kerjasama dalam memperkasakan ekosistem penyelidikan dan pembangunan syarikat spin-off di UTHM.

Pertemuan maya ini menjadi medan pertukaran pandangan bagi memberi kefahaman lebih mendalam mengenai fungsi Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) UTHM, jaringan penyelidik, serta potensi teknologi tempatan untuk diketengahkan ke pasaran yang lebih luas. Antara fokus utama yang dibincangkan termasuklah penerokaan peluang kolaborasi menerusi TECH VENTURE Meetup akan datang bagi menghubungkan hasil penyelidikan UTHM dengan rakan industri peringkat serantau.

Diharapkan inisiatif ini dapat membuka lebih banyak ruang padanan perniagaan (business matching) serta mempercepatkan langkah pemindahan teknologi UTHM ke peringkat antarabangsa.

techventure spinoff innovation

4 September 2026 | Sesi Coaching Strategi Pengkomersialan Bersama Prof. Madya Dr. HalimiSatu sesi bimbingan (coaching) P...
09/09/2026

4 September 2026 | Sesi Coaching Strategi Pengkomersialan Bersama Prof. Madya Dr. Halimi

Satu sesi bimbingan (coaching) Pengkomersialan telah diadakan bersama Prof. Madya Dr. Halimi daripada Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUJ) bagi membincangkan panduan dan hala tuju perkhidmatan perundingan (consultancy) secara umum.

Sesi perbincangan ini memberi tumpuan kepada penjelasan mekanisme serta prosedur perundingan di UTHM, merangkumi aspek pengurusan projek, penyampaian kepakaran, dan penawaran perkhidmatan pakar universiti kepada pihak luar. Sesi ini menjadi platform bimbingan mesra bagi memberikan gambaran lebih jelas mengenai saluran rasmi perundingan yang boleh dimanfaatkan oleh para akademik.

Diharapkan sesi bimbingan (coaching) ini dapat memberi pendedahan yang bermanfaat dalam menggalakkan penglibatan pakar UTHM menerusi perkhidmatan perundingan industri secara lebih tersusun dan berimpak.

Setinggi-tinggi Tahniah Atas Pelantikan Semula Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM 🎓🎉Pengarah dan...
09/09/2026

Setinggi-tinggi Tahniah Atas Pelantikan Semula Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM 🎓🎉

Pengarah dan seluruh warga Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Profesor Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq atas pelantikan semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM.

Pelantikan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi ini berkuat kuasa bagi tempoh dua (2) tahun, bermula 15 September 2026 hingga 14 September 2028.

Semoga YBhg. Prof. terus diberikan ketabahan dan kejayaan dalam menerajui pembangunan agenda pelajar serta alumni, seterusnya membawa UTHM ke mercu kejayaan yang lebih tinggi demi merealisasikan visi dan misi universiti.

"Dengan Hikmah Kita Meneroka"
"Malaysia Madani"

Sesi Lawatan Rasmi Ahli Lembaga Pengarah Universiti ke Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) UTHMPusat Inovasi dan Pen...
03/09/2026

Sesi Lawatan Rasmi Ahli Lembaga Pengarah Universiti ke Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) UTHM

Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah menerima lawatan rasmi daripada YBhg. Datuk Md Jais bin Hj Sarday, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, ke Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Kluster Penyelidikan dan Inovasi.

Sesi lawatan ini merangkumi pembentangan pencapaian serta inisiatif KPI utama ICC termasuk pembudayaan technopreneur, pengkomersialan produk dan harta intelek (IP), penubuhan syarikat terbitan (spin-off), serta hala tuju program penyelidikan dan inovasi seperti RISE.

Pelbagai input strategik dan cadangan penambahbaikan telah dikongsikan oleh YBhg. Datuk bagi memperkukuh ekosistem inovasi berorientasikan pasaran serta memperluas impak penyelidikan UTHM ke peringkat industri dan negeri.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg. Datuk Md Jais bin Hj Sarday atas kesudian meluangkan masa, berkongsi pandangan, dan memberikan sokongan berterusan kepada usaha pengkomersialan inovasi universiti.

2 September 2026 | Lawatan Naib Canselor UTHM ke Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) | Pejabat ICCTelah berlangsung ...
03/09/2026

2 September 2026 | Lawatan Naib Canselor UTHM ke Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) | Pejabat ICC

Telah berlangsung sesi Lawatan Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), YBhg. Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali ke Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), bertempat di Pejabat ICC.

Sesi lawatan ini telah disantuni oleh Pengarah ICC, Prof. Eur Ing. Ir. Ts. Dr. Shahiron bin Shahidan, serta turut dihadiri oleh seluruh warga kerja ICC.

Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju serta perancangan strategik ICC dalam memperkukuh ekosistem inovasi, harta intelek dan pengkomersialan universiti, selaras dengan aspirasi UTHM dalam memperkasakan hasil penyelidikan dan inovasi agar dapat memberi nilai serta impak yang lebih besar kepada masyarakat dan industri.

Dalam sesi tersebut, YBhg. Naib Canselor turut berkongsikan pandangan, idea dan cadangan strategik bagi memperkukuh inisiatif ICC, khususnya dalam meningkatkan penghasilan harta intelek, memperluas jaringan kerjasama dengan industri serta memperkasa usaha pengkomersialan hasil inovasi dan penyelidikan universiti.

Semoga sesi lawatan dan perkongsian ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan ekosistem inovasi, harta intelek dan pengkomersialan UTHM yang lebih dinamik, berimpak dan mampan, seiring dengan aspirasi Global Technopreneur University 2030 (GTU 2030)

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾​​Kemerdekaan bukan sekadar lembaran sejarah, tetapi amanah untuk terus mem...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾
​
​Kemerdekaan bukan sekadar lembaran sejarah, tetapi amanah untuk terus memacu kemajuan bangsa dan negara melalui ilmu, integriti, serta inovasi yang berterusan.

​Tulus ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga Pusat Inovasi dan Pengkomersialan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

​Semoga Malaysia terus makmur, bersatu padu, dan maju ke hadapan! 🌺✨

​

Address

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja
Batu Pahat
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074564951

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Inovasi dan Pengkomersialan UTHM - ICC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Inovasi dan Pengkomersialan UTHM - ICC:

Shortcuts

Share