ISMA Batu Pahat

Directions Website Contact the organization

ISMA Batu Pahat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) adalah sebuah gerakan Islam yang komited dengan agenda dan perjuangan Islam pelbagai bidang dan lapisan masyarakat.

🇲🇾 FUN RUN MERDEKA ISMA BATU PAHAT SEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME KANAK-KANAKBATU PAHAT, 16 September 2026 – Ikatan Mus...
16/09/2026

🇲🇾 FUN RUN MERDEKA ISMA BATU PAHAT SEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME KANAK-KANAK

BATU PAHAT, 16 September 2026 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Batu Pahat telah menganjurkan Fun Run Merdeka bertempat di Surau As-Solihin, Kampung Parit Bengkok, pagi ini.

Program yang bermula pada jam 7.40 pagi itu disertai oleh 48 keluarga berdaftar dengan anggaran 37 orang kanak-kanak. Aktiviti larian berlangsung sehingga jam 8.30 pagi sebelum peserta meneruskan program dengan kuiz kemerdekaan kanak-kanak, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

Dalam ucapan penutup, Dr. Muhammad Rusydi, Yang Dipertua ISMA Batu Pahat, berkata penganjuran Fun Run Merdeka bukan sekadar bertujuan menggalakkan aktiviti fizikal, malah menjadi salah satu usaha untuk mengukuhkan ukhuwah dalam komuniti dan kekeluargaan.

“Merdekakan diri kita daripada sisa-sisa jahiliyah. Keluarga dan komuniti amat penting bagi menjaga individu daripada terjebak dengan anasir-anasir yang merosakkan seperti hedonisme dan amalan songsang. Amat penting pada hari ini, penerapan nilai Islam yang syumul diterapkan dalam keluarga.

"Kita juga ingin mewar-warkan permohonan bantuan dan sumbangan infak bagi Surau As-Solihin, Kampung Parit Bengkok yang sedang menjalani proses renovasi dan memerlukan kira-kira RM1.5 juta bagi menampung kos baik pulih dan pengubahsuaian", ujar beliau.

Program ini turut menjadi platform untuk ISMA Batu Pahat mendekati masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan setiap lapisan umur.

Antara program yang dianjurkan termasuk Program Huffaz Cilik untuk kanak-kanak sekolah rendah, Program Ihya Ramadan untuk golongan remaja dan belia, selain pelbagai program khusus untuk golongan wanita.

ISMA Batu Pahat mengalu-alukan masyarakat untuk bersama-sama menyertai program-program yang dianjurkan sebagai usaha membina komuniti yang aktif, berilmu dan dekat dengan nilai-nilai Islam.

🇲🇾 Merdeka dengan aktiviti, meriah dengan ukhuwah, subur dengan nilai Islam.

Sertai Fun Run Merdeka anjuran ISMA Batu Pahat bersama Surau Parit Bengkok! Ayuh luangkan masa berkualiti bersama keluar...
13/09/2026

Sertai Fun Run Merdeka anjuran ISMA Batu Pahat bersama Surau Parit Bengkok!

Ayuh luangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil menyemarakkan semangat patriotisme dan gaya hidup sihat.

*📆Tarikh: 16 Sept 2026*
*🕣Masa: 7.00 pagi - 9.00 pagi*
*🏡Lokasi Kumpul: Balai Sri Nilam, Parit Bengkok*
*🛣️Jarak Larian: 2.5 KM (Santai & Mesra Keluarga)*

Kami juga menyediakan :

✨Sarapan pagi
✨Sijil penyertaan bagi yang berdaftar
✨Hadiah berupa wang tunai kepada pemenang

❗Cara Mendaftar :

1️⃣Klik pautan : https://forms.gle/CL99cRWXMkEnm5Nr5

2️⃣Atau hubungi urusetia menerusi WhatsApp:
*Ain Syafiqah : 013-4695729*

🛑Tarikh tutup pendaftaran : *15 September 2026*

Ayuh daftar segera!

Merdekakan langkah kita, sihatkan jiwa dan raga.🇲🇾

ISMA terus memperkukuh usaha pembebasan Palestine.
07/09/2026

ISMA terus memperkukuh usaha pembebasan Palestine.

Sambutan Maulidurrasul menjadi medium penyatuan
02/09/2026

Sambutan Maulidurrasul menjadi medium penyatuan


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL JADI PLATFORM PENGUPAYAAN KOMUNITI RESIDENSI ADELIA 3

BANGI, 28 Ogos – Sambutan Maulidur Rasul Residensi Adelia 3 bukan sekadar program menghidupkan syiar Islam, malah menjadi platform pengupayaan komuniti apabila keseluruhan penganjuran digerakkan sendiri oleh penduduk setempat.

Program bertemakan “Menghidupkan Syiar, Memperkukuh Ukhuwah” yang berlangsung selama dua hari itu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan sekitar 200 hingga 250 orang penduduk.

Menurut Pengerusi Residensi Adelia 3, Wafiq Azman, penganjuran program berkenaan merupakan salah satu usaha untuk mengupayakan komuniti agar keluar daripada sikap individualistik dan terlibat secara aktif dalam aktiviti bersama.

“Lebih daripada sekadar sambutan tahunan, program ini membawa mesej bahawa komuniti yang kuat adalah komuniti yang bergerak bersama.

“Melalui penglibatan langsung penduduk, program ini menjadi ruang untuk membina shared vision, menggalakkan libat urus dan memobilisasi potensi penduduk demi kepentingan bersama,” katanya yang juga Ahli ISMA Bangi.

Penduduk sebagai penggerak program

Keistimewaan sambutan pada tahun ini adalah program tersebut 100 peratus digerakkan oleh komuniti penduduk Residensi Adelia 3 sendiri, tanpa kebergantungan kepada pihak luar.

Penglibatan penduduk dalam merancang dan melaksanakan program mencerminkan usaha pengupayaan komuniti yang sedang dibina secara sistematik.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah tayangan filem animasi Muhammad Utusan Terakhir, Perarakan Maulid yang diserikan dengan persembahan kompang oleh penduduk cilik, tazkirah bertajuk “Muhammad as a Role Model”, kuiz, penyampaian hadiah serta jamuan ringan.

Menurut Wafiq, penglibatan penduduk dalam menjayakan program berkenaan membuktikan bahawa komuniti mampu bergerak, merancang dan melaksanakan aktiviti apabila wujud kehendak serta visi yang dikongsi bersama.

“Elemen tayangan filem animasi sirah Nabi serta persembahan kompang oleh penduduk cilik turut memberikan kelainan pada program, sekali gus membuktikan bahawa komuniti mampu bergerak, merancang dan melaksanakan aktiviti apabila wujud kehendak serta visi yang dikongsi bersama,” katanya.

Maulidur Rasul sebagai titik mula

Pada masa yang sama, sambutan Maulidur Rasul dijadikan platform untuk menanam kecintaan kepada Rasulullah SAW serta sunnah Baginda dalam kehidupan bermasyarakat.

Program tersebut bukan sekadar memberi ruang kepada penduduk untuk bersama-sama menghidupkan syiar Islam, tetapi turut membuka ruang kepada penglibatan langsung komuniti dalam menjayakan aktiviti bersama.

Wafiq berkata, program itu merupakan manifestasi keinginan komuniti untuk berubah dan bergerak bersama.

“Program ini bukan sekadar sambutan Maulidur Rasul, tetapi manifestasi komuniti yang mahu berubah. Apabila penduduk sendiri yang merancang, melaksana, dan menyokong program ini, ia membuktikan bahawa kita mampu menyelesaikan isu kita sendiri apabila kita bergerak bersama dengan visi yang sama,” katanya.

Tambah Wafiq lagi, usaha pengupayaan komuniti melalui program tersebut diharapkan dapat menjadi sebahagian daripada usaha membina komuniti Residensi Adelia 3 yang lebih aktif dalam menggerakkan potensi penduduk serta menangani isu dan permasalahan setempat secara sistematik dan berterusan.

Secara keseluruhannya, sambutan Maulidur Rasul Residensi Adelia 3 memperlihatkan bagaimana sebuah program keagamaan boleh menjadi wadah untuk mengukuhkan ukhuwah, membina kebersamaan dan mengupayakan penduduk sebagai penggerak komuniti.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾“Kuala Lumpur Nadi Peradaban Ummah”Sempena Hari Kebangsaan ke-69, ISMA Batu...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾
“Kuala Lumpur Nadi Peradaban Ummah”

Sempena Hari Kebangsaan ke-69, ISMA Batu Pahat mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kemerdekaan bukan sekadar kebebasan, tetapi amanah untuk membina negara yang berdaulat, aman dan sejahtera, berteraskan nilai agama dan akhlak.

Marilah kita bersama-sama memperkasa ummah, memperkukuh perpaduan dan menyumbang kepada pembangunan negara demi membina peradaban yang lebih baik.

🇲🇾 Merdeka dengan jiwa, membina peradaban untuk ummah.




30/08/2026

Address

Taman Universiti
Batu Pahat
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ISMA Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ISMA Batu Pahat:

Shortcuts

Share