31/07/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah menyertai Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan dan Manikayu Peringkat 1 Pengakap Kelana anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kota Tinggi yang berlangsung pada 24 hingga 26 Julai 2026 di SK Laksamana (Integrasi), Kota Tinggi.
Seramai 114 orang peserta telah mengikuti kursus ini, melibatkan:
๐น Manikayu Pengenalan: 50 orang peserta
๐น Manikayu Peringkat 1: 64 orang peserta
Kursus ini telah dikendalikan oleh 7 orang jurulatih dan dibantu oleh 7 orang pembimbing, dengan penuh komitmen dalam melahirkan pemimpin Pengakap Kelana yang berilmu, berkemahiran dan berwibawa.
Ketua Kursus:
๐ค MK Pengenalan: Mohamad Rizal bin Mat Said
๐ค MK Peringkat 1: Rizal bin Abdullah
Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Nizam bin Abdul Rahman, Guru Besar SK Laksamana (Integrasi), manakala Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rodiisnansyah bin Julaihi, Pesuruhjaya Latihan Negeri Johor.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai kepimpinan yang diperoleh sepanjang kursus ini menjadi bekalan dalam membentuk pemimpin Pengakap Kelana yang berwawasan serta sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat, negeri dan negara.
Tahniah kepada semua peserta, jurulatih, pembimbing serta urus setia yang telah menjayakan kursus ini.
Kredit photo : PLD Persekutuan Pengakap Malaysia - Kota Tinggi
โ๏ธ Bina Diri โข Pimpin Pasukan โข Cemerlang Bersama Pengakap!