Yayasan Makmur Batu Pahat

Yayasan Makmur Batu Pahat Yayasan Makmur Batu Pahat adalah sebuah NGO kebajikan dibawah Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP)

PROGRAM GERAK MESRA ZON 5 (SEMARANG) DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN YAYASAN MAKMUR BATU PAHAT14 Jun 2026 (Sabtu )Jalan...
14/06/2026

PROGRAM GERAK MESRA ZON 5 (SEMARANG) DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN YAYASAN MAKMUR BATU PAHAT

14 Jun 2026 (Sabtu )

Jalan 5, Taman Londang,Parit Raja

Sumbangan kepada 5 keluarga yang terlibat bencana kebakaran pada 29 Mei 2026 yang lalu telah diadakan bersempena Program Gerak Mesra zon 5 iaitu program gotong- royong pembersihan rumah yang terlibat dalam bencana tersebut.

Mewakili Yayasan Makmur Batu Pahat, Yang Berbahagia Datuk Haji Samsolbari bin Jamali telah menyampaikan sumbangan tersebut. Turut hadir sama ialah Encik Abdul Halid bin Saat, Ahli Majlis Zon 5 Semarang, Puan Saidatul Malaliza binti Saidali Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat MPBP merangkap Setiausaha Yayasan Makmur Batu Pahat, Ahli Jawatankuasa Taman serta penduduk setempat, NGO, serta Southern Volunteers Batu Pahat.

Semoga dengan sumbangan adanya program khidmat Masyarakat dan sedikit sumbangan ihsan ini ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat.

Ucapan terima kasih kepada pihak Bomba dan Penyelamat Kawasan Ayer Hitam yang telah sama-sama dalam operasi pembersihan tersebut.

30/05/2026
10 MAC 2026 | SELASADEWAN JUBLI INTAN SULTAN IBRAHIMMAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KASIH JOHOR WARGA SWM ENVIRONMENT DAN SUM...
10/03/2026

10 MAC 2026 | SELASA
DEWAN JUBLI INTAN SULTAN IBRAHIM

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KASIH JOHOR WARGA SWM ENVIRONMENT DAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026 YAYASAN MAKMUR BATU PAHAT

Seramai 300 orang penerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2026 Yayasan Makmur Batu Pahat dari peserta e-kasih di Daerah Batu Pahat dan dari 24 zon ahli majlis MPBP.

Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Zulkurnain Kamisan, Pengerusi Yayasan Makmur Batu Pahat merangkap ADUN Sri Medan.

Turut hadir sama Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman Timbalan Pengerusi Yayasan Makmur Batu Pahat merangkap Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Yang Berhormat Puan Hajah Rashidah Ramli, Ahli Lembaga Pemegang Amanah ( ALPA) merangkap ADUN Parit Raja, Encik Zaidi bin Japar, Ketua Whip Ahli Majlis MPBP, Ahli-ahli Majlis MPBP dan Southern Volunteers Batu Pahat.

Semoga dengan adanya sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program pada kali ini.

01/03/2026
13 FEBRUARI 2026 | JUMAAT | 3.30 PETANGDEWAN JUBLI INTAN SULTAN IBRAHIMMAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN TAHUN BARU CINA TAHU...
13/02/2026

13 FEBRUARI 2026 | JUMAAT | 3.30 PETANG
DEWAN JUBLI INTAN SULTAN IBRAHIM

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN
TAHUN BARU CINA TAHUN 2026
YAYASAN MAKMUR BATU PAHAT

Majlis penyerahan sumbangan Tahun Baru Cina Tahun 2026 Yayasan Makmur Batu Pahat telah diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Batu Pahat dengan 300 orang penerima. Turut di adakan sumbangan Tahun Baru Cina kepada Ahli-ahli Majlis MPBP.

Majlis tersebut telah dirasmikan Yang Berhormat Dato' Haji Zulkurnain Kamisan ;Pengerusi Yayasan Makmur Batu Pahat yang juga ADUN Sri Medan. Turut hadir sama YBhg. Datuk Haji Mohd Lassim bin Burhan, Ketua Bahagian UMNO Sri Gading merangkap Ahli Majlis MPBP, Puan Hajah Maslin Ruhaila binti Mohamad Rashid Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Makmur Batu Pahat, Dr. King Ban Siang Timbalan MCA Bahagian Batu Pahat merangkap Ahli Majlis MPBP, Ahli-ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat serta Southern Volunteers Batu Pahat serta penerima-penerima sumbangan.

Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima bagi membuat persiapan Tahun Baru Cina dan semoga sambutan kali ini diraikan dengan penuh kemakmuran dan kegembiraan kepada penerima.

Address

Menara MPBP, Jalan Rugayah
Batu Pahat
83000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Makmur Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share