Duta Perpaduan Batu Pahat

Duta Perpaduan Batu Pahat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Duta Perpaduan Batu Pahat, Community Center, Batu Pahat.

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023Duta Perpaduan Johor Daerah Batu Pahat hadir dalam memeriahkan program Kembara Mahkota Johor D...
08/08/2023

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023

Duta Perpaduan Johor Daerah Batu Pahat hadir dalam memeriahkan program Kembara Mahkota Johor Daerah Batu Pahat di Pusat Pertanian Parit Botak, Senggarang. Menjunjung Kasih DYMM Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Johor serta Seluruh Keluarga Diraja Johor bersama rakyat di Batu Pahat.




PERTANDINGAN TARIAN SILANG BUDAYA PERINGKAT NEGERI JOHOR15 Julai 2023 | Sabtu | RTM JohorDuta Perpaduan Johor bersama Ja...
19/07/2023

PERTANDINGAN TARIAN SILANG BUDAYA PERINGKAT NEGERI JOHOR
15 Julai 2023 | Sabtu | RTM Johor

Duta Perpaduan Johor bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor bersama-sama membantu dalam menjayakan Pertandingan Silang Budaya Peringkat Negeri Johor.

Program dirasmikan oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor YB Raven Kumar, Pegawai Kewangan Negeri Johor YB Dato’ Hj Salehuddin bin Hj Hassan dan ADUN Kota Iskandar YB Pandak bin Ahmad.

Tahniah daerah Kulai Juara Pertandingan Tarian Silang Budaya dengan membawa pulang hadiah wang tunai dan piala pertandingan. Tahniah kepada semua daerah atas persembahan dan komitmen yang sangat baik.

Semoga program seperti ini mampu mengangkat dan menyemai nilai-nilai budaya yang ada di Johor khususnya dalam kalangan generasi muda pada masa kini. Ini penting bagi memastikan seni dan budaya kita tidak hilang ditelan zaman.




Program belia dan rukun negara: Rejuvinasi Bahasa Melayu 2023 (21 Jun 2023)Duta Perpaduan Johor hadir dalam Program beli...
10/07/2023

Program belia dan rukun negara: Rejuvinasi Bahasa Melayu 2023 (21 Jun 2023)

Duta Perpaduan Johor hadir dalam Program belia dan rukun negara: Rejuvinasi Bahasa Melayu 2023. Program ini juga turut dihadiri oleh Exco Kesihatan dan Perpaduan YB AH SOON, Seketariat Rukun Negara IPTA/IPTS dan Mahasiswa UTHM.

Program ini telah memberikan satu pendedahan tentang kehebatan bahasa melayu. program ini juga mampu meningkatkan kesedaran anak muda tentang penggunaan bahasa melayu yang betul.



Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Johor 2023 dan Pengenalan Johor Iltizam Hapus Ancaman Dadah (JIHAD)T...
10/07/2023

Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Johor 2023 dan Pengenalan Johor Iltizam Hapus Ancaman Dadah (JIHAD)

Tarikh : 9 Julai 2023
Masa : 8 Pagi - 1 Tengahari
Tempat : Dewan SJKC Jagoh, Segamat

Duta Perpaduan Johor (DPJ) hadir dalam program Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Johor dan Pengenalan Johor Iltizam Hapus Ancaman Dadah (JIHAD) telah dilaksanakan di Dewan SJKC Jagoh pada 9 Julai 2023.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Senamrobik, Fun Ride JIHAD, Pertandingan Sepak Penalti, Sukaneka, Mewarna dan Gubahan Coklat.

Turut disediakan juga pameran dari pelbagai agensi seperti AADK, Jabatan Penerangan, Persatuan Kanser Payudara Segamat, SWCORP, Pejabat Parol Daerah Segamat, Jabatan Bomba Daerah Segamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Digital Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), KEMAS, Kolej Kominiti Segamat dan Jabatan Perangkaan dan Penguatkuasaan Al-Quran Negeri Johor.

Selain itu, taklimat MRT oleh Team MRT Johor dan Sesi Table Talk oleh En. Rahziz Bin Lokman, Pengerusi SKUAD Antidadah, En. Nor Sofian Bin Abdul Manan, Ikon Antidadah, dan En. Norjam Bin Selamat, ahli JKPD.

Hadir merasmikan YB Tuan Liang Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor.

Turut hadir, Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni Bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat, Tuan Azli Bin Ubin, Pengarah AADK Negeri Johor dan En. Mohamed Izuan Bin Abdul Rahman Penolong Pengarah Pencegahan AADK Negeri Johor, YB ADUN serta jabatan - jabatan yang lain.

Majlis dimeriahkan dengan gimik perasmian robotik dari Kolej Komuniti Daerah Segamat dan persembahan pentomen dari AADK Negeri Johor serta persembahan kebudayaan dari pelbagai sekolah.



TEROKAI DUNIA MAKANAN MALAYSIASekretariat Rukun Negara UTM bersama Duta Perpaduan Johor melaksanakan program terokai dun...
27/06/2023

TEROKAI DUNIA MAKANAN MALAYSIA

Sekretariat Rukun Negara UTM bersama Duta Perpaduan Johor melaksanakan program terokai dunia makanan Malaysia di KRT Taman Mewah, Yong Peng. Semoga program seperti ini mampu melonjakkan makanan Malaysia sebagai identiti yang mampu menyatukan kita semua sebagai rakyat Malaysia khususnya Bangsa Johor




PERASMIAN PROGRAM RAMAH TAMAH UNITI KAAMATAN & GAWAI 10 Jun 2023 | Sabtu | Pasir Gudang, JohorMenteri Perpaduan Negara, ...
21/06/2023

PERASMIAN PROGRAM RAMAH TAMAH UNITI KAAMATAN & GAWAI
10 Jun 2023 | Sabtu | Pasir Gudang, Johor

Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Program Ramah Tamah UNITI Kaamatan & Gawai Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.

Program yang dilaksanakan bermula 9 Jun ini adalah untuk memperkenalkan etnik, budaya dan kepelbagaian adat resam serta keunikan Sabah dan Sarawak sekaligus bagi membangkitkan semangat muhibbah dan setiakawan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Dengan pelaksanaan Program ini, orang ramai turut sama-sama dapat menikmati kemeriahan yang disambut oleh masyarakat Sabah dan Sarawak pada setiap tahun.

Program Ramah Tamah UNITI Kaamatan dan Gawai yang diraikan ini merupakan simbolik kepada semangat perpaduan dan muhibbah yang amat penting dipupuk dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang terutama di Negeri Johor yang kini mempunyai seramai lebih kurang 30,000 orang penduduk dari Sabah dan Sarawak.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YB Tuan Ling Tian Aoon, Exco Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor.






SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2023 PERINGKAT NEGERI JOHOR27 May 2023 | 8.00 Pagi | Dataran Tasik, KluangDuta Perpaduan Johor...
30/05/2023

SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2023 PERINGKAT NEGERI JOHOR
27 May 2023 | 8.00 Pagi | Dataran Tasik, Kluang

Duta Perpaduan Johor hadir bagi memeriahkan lagi program Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Kluang, Johor.

Pelbagai program telah diadakan antaranya aktiviti Fun Run, Bual Bicara Duta Perpaduan Johor, pertandingan mewarna kanak-kanak, kaunter pembayaran saman, pameran budaya, explorace dan banyak lagi.

Program dirasmikan oleh YB Tuan Ling Tian Soon Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor. Turut bersama En Mohd Saufi bin Mohd Isa wakil Kementerian Perpaduan Negara, Puan Suraya binti Wen Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor.



SESI TOWN HALL KERTAS PUTIH KESIHATAN PERINGKAT ZON SELATAN7 May 2023 | Ahad | 9.00 PagiMewakili Duta Perpaduan Johor sa...
10/05/2023

SESI TOWN HALL KERTAS PUTIH KESIHATAN PERINGKAT ZON SELATAN
7 May 2023 | Ahad | 9.00 Pagi

Mewakili Duta Perpaduan Johor saya berpeluang bersama-sama warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan di Hub Pendidikan Tinggi Pagoh, Muar.

Program ini turut bersama YB Dr Zaliha binti Mustafa Menteri Kesihatan, YB Tuan Ling Tian Soon Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, YBhg Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan Ketua Pengarah Kesihatan YB Puan Siti Faizah binti Datuk Abd Azis Timbalan EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka, YBrs. Dr Mothar Pungut Pengarah Kesihatan Negeri Johor dan YBhg Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan Pengerusi Majlis Penasihat Kertas Putih Kesihatan.

Sesi town hall yang amat baik untuk semua pihak terutama KKM Zon Selatan yang terdiri daripada Johor, Melaka dan Negeri Sembilan memberikan pandangan dan idea untuk bagi mereformasikan sistem kesihatan dengan lebih efisyen dan berkesan demi kebaikan rakyat Malaysia.



YOK GODAK DODOL17 April 2023 | Ahad | Joydec, Batu PahatDuta Perpaduan Johor Daerah Batu Pahat bersama-sama Majlis Belia...
30/04/2023

YOK GODAK DODOL
17 April 2023 | Ahad | Joydec, Batu Pahat

Duta Perpaduan Johor Daerah Batu Pahat bersama-sama Majlis Belia Daerah Batu Pahat, Skuad AADK Batu Pahat, SWCorp, Southern Volunteers Batu Pahat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat, Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Majlis Daerah Yong Peng terlibat untuk membantu program Orang Muda Johor (OMJ) Yok Kacau Dodol Daerah Batu Pahat. Terima kasih Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor Daerah Batu Pahat menjemput Duta Perpaduan Johor Batu Pahat untuk terlibat sama dalam program ini.

Turut bersama dalam program ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor YB Ah Soon, Ahli Parlimen Batu Pahat YB Onn bin Abu Bakar, Adun Senggarang Tuan Hj Yusla bin Ismail dan wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor merangkap ADUN Semerah En Hamiludin bin Deman dan YDP Majlis Perbandaran Batu Pahat Tuan Ezahar bin Abu Sairin dan Ketua Daerah AADK Batu Pahat Tuan Hj Zul.



Address

Batu Pahat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Duta Perpaduan Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share