Yayasan UTHM

Directions Contact the organization

Yayasan UTHM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yayasan UTHM, Nonprofit Organization, Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

Yayasan UTHM adalah sebuah badan yang ditubuhkan tidak berasakan keuntungan yang menyediakan dan mengumpulkan dana bagi tujuan pelajaran dan kebajikan warga UTHM, komuniti setempat dan alam sekitar.

22 OGOS 2026 | YAYASAN UTHM SUMBANG CAT UNTUK AKTIVITI MENGECAT RUMAH ASNAFYayasan UTHM telah menyumbangkan bekalan cat ...
26/08/2026

22 OGOS 2026 | YAYASAN UTHM SUMBANG CAT UNTUK AKTIVITI MENGECAT RUMAH ASNAF

Yayasan UTHM telah menyumbangkan bekalan cat bagi menyokong aktiviti mengecat rumah asnaf sempena Program Jalinan Ukhwah Masjid dan Surau (JUMS) 2026 di sekitar Kampung Serkat Anjuran Pusat Islam UTHM.

Sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif Yayasan UTHM dalam menyokong usaha kebajikan dan membantu meningkatkan keselesaan serta keceriaan kediaman golongan yang memerlukan.

Kerjasama dan semangat gotong-royong yang dizahirkan melalui aktiviti ini turut mencerminkan keprihatinan Yayasan UTHM dalam menyantuni masyarakat serta menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat.

Yayasan UTHM | Bersama Menyantuni, Membina Harapan

π˜π€π˜π€π’π€π π”π“π‡πŒ ππ„π‘π’π€πŒπ€ π…π€πŠπ”π‹π“πˆ πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π π„π‹π„πŠπ“π‘πˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 π„π‹π„πŠπ“π‘πŽππˆπŠ (π…πŠπ„π„), π”π“π‡πŒππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’πŽπ‹π€π‘@πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ: ππ„π‘πŠπŽππ†π’πˆπ€π πˆπ‹πŒπ” 𝐒...
17/08/2026

π˜π€π˜π€π’π€π π”π“π‡πŒ ππ„π‘π’π€πŒπ€ π…π€πŠπ”π‹π“πˆ πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π π„π‹π„πŠπ“π‘πˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 π„π‹π„πŠπ“π‘πŽππˆπŠ (π…πŠπ„π„), π”π“π‡πŒ

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’πŽπ‹π€π‘@πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ: ππ„π‘πŠπŽππ†π’πˆπ€π πˆπ‹πŒπ” π’πŽπ‹π€π‘ 𝐏𝐕 𝐃𝐀𝐍 π’π”πŒππ€ππ†π€π π’πŒπ€π‘π“ 𝐓𝐕

Yayasan UTHM bersama FKEE, UTHM telah menjayakan Program Solar@Komuniti pada 14 Ogos 2026 bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Timbul dan Sekolah Agama Seri Timbul.

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas teknologi Solar PV serta turut disertai dengan sumbangan Smart TV daripada Yayasan UTHM dan FKEE bagi menyokong pembelajaran digital di sekolah.

Semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar serta memperkukuh pendidikan STEM dan teknologi hijau dalam kalangan komuniti setempat.

ZIARAH KASIH YAYASAN UTHMParit Raja - Yayasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Yayasan UTHM) berkesempatan menziarah...
12/08/2026

ZIARAH KASIH YAYASAN UTHM

Parit Raja - Yayasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Yayasan UTHM) berkesempatan menziarahi YBhg. En. Norzaimi bin Hamisan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan UTHM, yang sedang menjalani tempoh pemulihan selepas menjalani pembedahan sebelum ini.

Kunjungan ini merupakan tanda ingatan, keprihatinan dan sokongan daripada seluruh warga Yayasan UTHM buat beliau. Semoga kehadiran kami dapat memberikan sedikit semangat dan kekuatan dalam melalui tempoh pemulihan.

Yayasan UTHM mendoakan agar YBhg. En. Norzaimi dikurniakan kesembuhan yang segera, kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGAPEMBEKALAN PETI SEJUKYAYASAN JUTHMNo. Sebut Harga: YUTHM/2/2026Yayasan UTHM dengan ini memp...
11/08/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
PEMBEKALAN PETI SEJUK
YAYASAN JUTHM
No. Sebut Harga: YUTHM/2/2026
Yayasan UTHM dengan ini mempelawa syarikat atau individu yang berkelayakan dan berpengalaman untuk menyertai tawaran sebut harga bagi Pembekalan Peti Ais kepada Yayasan UTHM mengikut syarat dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Butiran Tawaran
Tarikh Iklan
11 Julai 2026 (Selasa)
Tarikh Tutup
21 Ogos 2026 (Jumaat), jam 4.00 petang
(Sebarang tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.)

Borang Sebut Harga Yayasan UTHM boleh diperoleh secara percuma melalui lampiran bersama iklan ini atau di Pejabat Yayasan UTHM bermula 11 Ogos 2026 sehingga 21 Julai 2026.
Alamat Penghantaran Sebut Harga
Pejabat Yayasan UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor

Pautan Borang Sebut Harga:
https://url-shortener.me/GQQ

πŸ“’ HEBAHAN PENGAMBILAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI (INTERN) DI YAYASAN UTHMYayasan UTHM kini membuka peluang kepada pelajar ...
11/08/2026

πŸ“’ HEBAHAN PENGAMBILAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI (INTERN) DI YAYASAN UTHM

Yayasan UTHM kini membuka peluang kepada pelajar yang berminat untuk menjalani Latihan Industri (Internship) bersama Yayasan UTHM.

Peluang ini terbuka kepada pelajar daripada bidang yang bersesuaian dan berminat untuk mendapatkan pengalaman kerja sebenar dalam persekitaran organisasi, khususnya dalam bidang pengurusan program, komputer & IT, pembangunan sistem dan komunikasi korporat. Pelajar dari bidang lain yang berkaitan juga boleh membuat permohonan dan akan melalui tapisan yang ditetapkan oleh pihak Yayasan UTHM.

πŸ“ Lokasi: Yayasan UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

πŸ“… Tempoh: Mengikut tempoh latihan industri yang ditetapkan oleh institusi pengajian

Pelajar yang berminat boleh mengemukakan resume/CV dan mengisi ruangan form :

https://forms.gle/hBz6MxZ6WEsKL48V7

✨ Jadikan latihan industri anda sebagai langkah pertama membina pengalaman dan kemahiran profesional bersama Yayasan UTHM.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila hubungi pihak Yayasan UTHM.

KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN UTHM KE PERTUBUHAN KEBAJIKAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PKPDK)Yayasan Universiti Tun Hussein Onn...
11/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN UTHM KE PERTUBUHAN KEBAJIKAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PKPDK)

Yayasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Yayasan UTHM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meninjau serta memahami dengan lebih dekat keperluan kemudahan dan prasarana yang disediakan untuk manfaat komuniti.

Kunjungan ini turut menjadi platform bagi pihak Yayasan UTHM mendapatkan gambaran sebenar berkaitan keperluan, kekangan serta aspek penambahbaikan kemudahan di pusat berkenaan, khususnya dalam menyokong keselesaan dan kebajikan para pengguna.

Melalui kunjungan ini, Yayasan UTHM berharap dapat meneroka ruang kerjasama serta bentuk sokongan yang bersesuaian bagi membantu memperkasa kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PKPDK.

Yayasan UTHM sentiasa komited dalam memperkukuh peranan tanggungjawab sosial serta menyokong inisiatif kebajikan yang memberi manfaat kepada masyarakat dan komuniti setempat.

Yayasan UTHM – Bersama Menyantuni, Memperkasa dan Membina Komuniti.







3 Ogos 2026 | Majlis Mahabbah Saudara Baharu πŸ’šYayasan UTHM dengan kerjasama Pusat Islam UTHM telah bersama-sama menjayak...
07/08/2026

3 Ogos 2026 | Majlis Mahabbah Saudara Baharu πŸ’š

Yayasan UTHM dengan kerjasama Pusat Islam UTHM telah bersama-sama menjayakan Majlis Mahabbah Saudara Baharu yang berlangsung di Masjid Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Tuan Haji Onn bin Abu Bakar, Ahli Parlimen Batu Pahat, Sahibul Fadhilah As Sheikh Tuan Haji Mohd Fauzi bin Bachok, Kadi Daerah Batu Pahat, serta Tuan Haji Shafry bin Salim, Pengarah Pusat Islam UTHM.

Program ini menyaksikan seramai 24 orang masyarakat Orang Asli dari Kampung Patah Pedang, Minyak Beku, Batu Pahat telah melafazkan syahadah dan memilih Islam sebagai cara hidup.

Sebagai tanda sokongan kepada saudara baharu, Yayasan UTHM telah menyumbangkan 50 beg cenderamata yang mengandungi kelengkapan solat bagi membantu mereka memulakan kehidupan sebagai seorang Muslim.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga setiap usaha dan sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berterusan serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

YAYASAN UTHM SALUR SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA PELAJAR UTHM YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYAJohor Bahru, Selasa,...
05/08/2026

YAYASAN UTHM SALUR SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA PELAJAR UTHM YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA

Johor Bahru, Selasa, 4 Ogos 2026 – Yayasan UTHM telah menziarahi dan menyampaikan Sumbangan Kebajikan Pelajar UTHM kepada Mohammad Haziq Danish bin Mohd Arshad, pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), yang kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan Yayasan UTHM terhadap kebajikan pelajar UTHM yang ditimpa musibah, di samping memberikan sokongan moral kepada pelajar dan ahli keluarga dalam menghadapi saat yang sukar.

Yayasan UTHM turut mendoakan agar Mohammad Haziq Danish bin Mohd Arshad segera diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan rawatan, serta dikurniakan kekuatan dan ketabahan buat beliau dan seluruh ahli keluarga.

Semoga beliau kembali pulih dan dapat meneruskan pengajian seperti sediakala.

Yayasan UTHM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yayasan Axiata atas kesudian memberik...
05/08/2026

Yayasan UTHM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yayasan Axiata atas kesudian memberikan peluang kepada mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk menyertai University Leadership Development Programme (ULDP) 2026.

Inisiatif ini merupakan satu platform yang amat bermakna dalam memperkasa pembangunan kepimpinan, meningkatkan kemahiran insaniah serta membentuk mahasiswa yang berdaya saing, berwawasan dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada enam mahasiswa UTHM yang telah berjaya menyertai program berprestij ini. Semoga pengalaman serta ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan seterusnya memberi impak positif kepada pembangunan diri, universiti dan masyarakat.

Semoga jalinan kerjasama strategik antara Yayasan Axiata dan UTHM akan terus diperkukuhkan demi melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang cemerlang, berintegriti dan berimpak tinggi.

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGAPEMBEKALAN PETI AISYAYASAN UTHMNo. Sebut Harga: YUTHM/1/2026Yayasan UTHM dengan ini mempela...
20/07/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
PEMBEKALAN PETI AIS
YAYASAN UTHM

No. Sebut Harga: YUTHM/1/2026

Yayasan UTHM dengan ini mempelawa syarikat atau individu yang berkelayakan dan berpengalaman untuk menyertai tawaran sebut harga bagi Pembekalan Peti Ais kepada Yayasan UTHM mengikut syarat dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Butiran Tawaran

Tarikh Iklan
20 Julai 2026 (Isnin)

Tarikh Tutup
31 Julai 2026 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari

(Sebarang tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.)

Borang Sebut Harga Yayasan UTHM boleh diperoleh secara percuma melalui lampiran bersama iklan ini atau di Pejabat Yayasan UTHM bermula 20 Julai 2026 sehingga 31 Julai 2026.

Alamat Penghantaran Sebut Harga
Pejabat Yayasan UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor

Pautan Borang Sebut Harga:
https://url-shortener.me/GQQ

Address

Universiti Tun Hussein Onn
Batu Pahat
83000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan UTHM:

Shortcuts

Share