Kelab Staf I2E

Kelab Staf I2E Kelab Staf Institut Kejuruteraan Integrasi

MESYUARAT KELAB STAF I2E 2026 & PENYERAHAN TUGAS KEPADA KEPIMPINAN BARU KELAB STAF BAGI SESI 2026-2028Tahniah diucapkan ...
06/02/2026

MESYUARAT KELAB STAF I2E 2026 & PENYERAHAN TUGAS KEPADA KEPIMPINAN BARU KELAB STAF BAGI SESI 2026-2028

Tahniah diucapkan kepada
Pengerusi Kelab Staf I2E SESI 2026-2028 En. Anwar Arifin Bin Jopri Dan Bendahari Pn. Miskiah Binti Mohammad Ihsan

Dan setinggi-tinggi penghargaan Dan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Dan Bendahari Kelab Staf I2E yg lalu iaitu Prof. Ir. Dr. Erwan Bin Sulaiman dan Pn. Jalilah Binti Mohd Bajuri

PROGRAM BRISK WALK I2E 2026Institut Kejuruteraan Integrasi melalui Kelab Staf I2E telah mengadakan Program Brisk Walk ba...
06/02/2026

PROGRAM BRISK WALK I2E 2026

Institut Kejuruteraan Integrasi melalui Kelab Staf I2E telah mengadakan Program Brisk Walk bagi tahun 2026 di sekitar UTHM.

Program ini diketuai oleh Pengarah Institut Kejuruteraan Integrasi Prof. Ts. Dr. Mohd Khairul Bin Ahmad serta staf2 I2E dari pelbagai jawatan.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk staf I2E mengamalkan cara hidup sihat serta mengeratkan ukhuwah antara sesama staf

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ PERINGKAT INSTITUT KEJURUTERAAN INTEGRASI Institut Kejuruteraan INTEGRASI dengan kerjas...
20/01/2026

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ PERINGKAT INSTITUT KEJURUTERAAN INTEGRASI

Institut Kejuruteraan INTEGRASI dengan kerjasana kelab Staf IIE telah menganjurkan Majlis SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ bertempat di Surau Al-Hikmah, RECESS.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah IIE iaitu Prof. Ts. Dr. Mohd Khairul Bin Ahmad. Seterusnya ceramah berkaitan ISRA' DAN MIKRAJ telah disampaikan oleh Alfadhil Ustaz Mohammad Shahrir Bin Abdul Mutalib Dari Pusat Islam UTHM.

Majlis ini juga dihadiri oleh staf-staf dari Institut Kejuruteraan Integrasi dari pelbagai jawatan bagi mengimarahkan majlis ini serta merapatkan silaturrahim.

MAJLIS PENGHARGAAN & REFLEKSI CEMERLANG EKSA 2025 BERSAMA LEMBAGA PENGARAH (LPU) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UT...
28/11/2025

MAJLIS PENGHARGAAN & REFLEKSI CEMERLANG EKSA 2025 BERSAMA LEMBAGA PENGARAH (LPU) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

26 November 2025 : Majlis Penghargaan & Refleksi Cemerlang EKSA 2025 merupakan satu inisiatif yang bertujuan menghargai usaha serta komitmen para juruaudit integrasi EKSA dan penerima anugerah yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam merealisasikan objektif pelaksanaan EKSA di UTHM.

Majlis ini juga telah dihadiri oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mas Fawzi Bin Mohd Ali, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Pada Majlis tersebut, Team Integra X Five dibawah Team EKSA IIE, Institut Kejuruteraan Integrasi (IIE) yang dianggotai oleh En. Mohd Azwadi Bin Omar (Ketua), En. Amirzaki Bin Salikin, En. Mohd Azwan Bin Busu, Pn. Jalilah Binti Mohd Bajuri Serta Pn. Miskiah Binti Mohammad Ihsan memenangi tempat ke 2 bagi Pertandingan KIK peringkat UTHM 2025 dan tempat ke 3 bagi Pertandingan Quick Win 2025. Manakala En. Mohd Azwadi telah diiktiraf sebagai salah seorang Penyelaras PTJ EKSA Berwibawa 2023/2025.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Nik Hisyamudin Bin Muhd Nor, Prof. Madya. Dr. Shazarel Bin Shamsuddin, Ts. Ng Wee Fern serta barisan urusetia yang bertungkuslumus menjayakan majlis ini

Tahniah diucapkan kepada Team Integra X Five Dan Team EKSA IIE. Semoga terus cemerlang dimasa akan datang

Address

Institut Kejuruteraan Integrasi, Parit Raja
Batu Pahat
86400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Staf I2E posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share