Kelab Sahabat Memoribilia Naratif Batu Pahat

Kelab Sahabat Memoribilia Naratif Batu Pahat PADU BERSATU, BARAI BERCERAI

https://youtube.com/

Alhamdulillah sedang berlangsung pameran di Dataran Bandaraya Johor Bahru... Perkongsian koleksi daripada Tuan Penasihat...
13/12/2025

Alhamdulillah sedang berlangsung pameran di Dataran Bandaraya Johor Bahru... Perkongsian koleksi daripada Tuan Penasihat kami, Wak Mohd Khair

Innshaallah semoga bermanfaat

Sedikit perkongsian program Muharram tahun ini..."Maka kami, anak waris rumpun berdaulat, bersatu melestari pusaka bangs...
03/08/2025

Sedikit perkongsian program Muharram tahun ini...

"Maka kami, anak waris rumpun berdaulat, bersatu melestari pusaka bangsa; menangkis segala cemar kata dan menyanggah bayang nista yang cuba meruntuh maruah warisan. Demi menghormati luhur budi dan jasa para leluhur, kami tegak menjunjung seni sebagai titipan amanah zaman silam, takkan kami biar ia pupus ditelan arus dan dilupa zaman"

🌿 WARKAH UNDANGAN NAN MULIA 🌿Dengan takzim dan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi,Kelab Sahabat Memoribilia Naratif menza...
17/07/2025

🌿 WARKAH UNDANGAN NAN MULIA 🌿
Dengan takzim dan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi,
Kelab Sahabat Memoribilia Naratif menzahirkan sembah undangan kepada sekalian khalayak budiman, pencinta warisan, serta insan berjiwa halus, untuk bersama-sama mengimarahkan majlis penuh makna:

✨ MAJLIS TAZKIYAH AL-NAFS
&
JAMASAN PUSAKA ALAM MELAYU 1447H ✨

📜 Pada detik:
Hari Sabtu, 23 Muharam 1447 Hijrah
bersamaan 19 Julai 2025 Masihi

⏳ Waktu:
Jam 2.00 petang – 6.00 petang

🏛️ Tempat bersemayam acara:
Sanggar Budaya Kampung Parit Ju,
Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim

Maka dengan segala hormat, dipersembahkan panggilan nan tulus agar dapat tuan/puan sekalian khalayak ADIWANGSA SENI,MAHARSI BUDAYA,PUJANGGA NUSA,PRAWANA WARISAN untuk menjejakkan langkah, memuliakan pertemuan, mengikat silaturahim, sebagai tanda kasih dan penghargaan pada warisan seni budaya serta menyaksikan warisan yang terus bernafas dalam jiwa bangsa.

“Hadir tuan, memuliakan; berangkat tuan, memberkati.”

Dengan penuh takzim,
Kelab Sahabat Memoribilia Naratif

Address

Batu Pahat
83000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sahabat Memoribilia Naratif Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share