Persatuan Orang Pekak Batu Pahat - SDBP

Directions Contact the organization

Persatuan Orang Pekak Batu Pahat - SDBP Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Orang Pekak Batu Pahat - SDBP, Non-Governmental Organization (NGO), 324-1 Jalan Kelab, Batu Pahat.

Persatuan Orang Pekak Batu Pahat atau Society Deaf Of Batu Pahat (SDBP) adalah sebuah organisasi bantu diri yang diberi mandat oleh komuniti pekak Batu Pahat untuk menjaga kebajikan ahli- ahli pekak dan menganjurkan pelbagai aktiviti di Batu Pahat, Johor.

PROGRAM KEM BESTARI SOLAT SIRI 2Alhamdulillah, Persatuan Orang Pekak Batu Pahat (POPBP) telah menganjurkan Program Kem B...
30/09/2026

PROGRAM KEM BESTARI SOLAT SIRI 2

Alhamdulillah, Persatuan Orang Pekak Batu Pahat (POPBP) telah menganjurkan Program Kem Bestari Solat Siri 2 pada 27 September 2026, bertempat di Dewan YB Aminolhuda, Parit Yaani.

Program ini memberi peluang kepada orang pekak untuk menambah ilmu pengetahuan tentang Islam, ibadah dan hukum-hakam dalam Islam. Semoga ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat serta meningkatkan kefahaman agama dalam kehidupan seharian.

Selain itu, turut diadakan kuiz soal jawab berkaitan ilmu Islam. Alhamdulillah, para peserta dapat menjawab soalan yang diberikan dan menerima hadiah sebagai penghargaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah, Ustaz Mohd Azhar bin Ismail, atas ilmu, tunjuk ajar dan perkongsian yang telah diberikan kepada para peserta.

Persatuan Orang Pekak Batu Pahat juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan yang diwakili oleh Tuan Ahmad Rashidi (selaku Pengarah Program DUN Parit Yaani, B.Pahat) atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang, In Syaa Allah.

Alhamdulillah.
Semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat untuk semua serta dapat terus diamalkan sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Aamiinn 🤲🏼.

PROGRAM CIPTA BAHASA ISYARAT MUKIM SEGAMATPersatuan Orang Pekak Johor (SDJO) telah berjaya menganjurkan Program Cipta Ba...
19/08/2026

PROGRAM CIPTA BAHASA ISYARAT MUKIM SEGAMAT

Persatuan Orang Pekak Johor (SDJO) telah berjaya menganjurkan Program Cipta Bahasa Isyarat Mukim Segamat pada 16 Ogos 2026 (Ahad) bertempat di Homestay Segamat Villa Seri Villa. Program ini merupakan satu inisiatif strategik yang dijayakan melalui jalinan kerjasama erat bersama Persatuan Orang Pekak Batu Pahat (SDBP), Persatuan Orang Pekak Muar (SDMR), dan Persatuan Orang Pekak Kota Tinggi (SDKT).

Menerusi program ini, ahli-ahli Persatuan Orang Pekak Segamat berpeluang untuk berkongsi idea serta menyumbang kepakaran bersama pihak SDJO. Tumpuan utama sesi perbincangan adalah untuk merangka dan mencipta Bahasa Isyarat yang khusus dan bersesuaian bagi 11 buah mukim di dalam daerah Segamat. Langkah ini amat penting bagi memastikan setiap lokaliti mempunyai identiti pengenalan yang seragam dan tepat.

Adalah menjadi harapan penganjur agar usaha perintis ini dapat diteruskan pada masa akan datang, sekali gus memberikan manfaat yang signifikan kepada komuniti Orang Pekak, khususnya di daerah Segamat. Sokongan dan kerjasama antara persatuan-persatuan Orang Pekak di seluruh negeri Johor diharap akan terus utuh dan berkembang maju demi memperkasakan lagi penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Jemputan Mesyuarat Agung Tahunan SDMRExco Persatuan Orang Pekak Batu Pahat dan Persatuan Orang Pekak Johor (SDJO) telah ...
17/06/2026

Jemputan Mesyuarat Agung Tahunan SDMR

Exco Persatuan Orang Pekak Batu Pahat dan Persatuan Orang Pekak Johor (SDJO) telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Pekak Muar (SDMR) yang telah berlangsung pada 7 Jun 2026 (Ahad) bertempat di Dewan Surau Kenangan Tanjung Agas Muar.

Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) SDMR yang baharu. Tahniah juga diucapkan kepada Puan Nazilah binti Abu Bakar atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi SDMR.

Semoga SDMR terus maju, cemerlang, dan berjaya dalam memperkasakan komuniti orang pekak serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ahlinya.

Program Belajar Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)Pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pagoh telah m...
14/06/2026

Program Belajar Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)

Pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pagoh telah menganjurkan Program Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Batu Pahat pada 7 Jun 2026 (Ahad) bertempat di UiTM Pagoh, Muar, Johor.

Alhamdulillah, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) serta berkongsi ilmu, pengalaman dan kefahaman tentang komuniti Orang Pekak.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan serta menjadi langkah ke arah meningkatkan kesedaran, komunikasi dan hubungan yang lebih baik antara masyarakat dengan komuniti Orang Pekak.

Terima kasih kepada pihak UiTM Pagoh atas jemputan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

🌙 Selamat Hari Raya Aidil Adha 1447 H🌙🕋Semoga pengorbanan kita diterima, doa dimakbulkan dan hati kita dikurniakan keten...
27/05/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidil Adha 1447 H🌙🕋

Semoga pengorbanan kita diterima, doa dimakbulkan dan hati kita dikurniakan ketenangan serta keberkatan. Berkongsi kasih, menyemai ukhuwah, membina harmoni dalam setiap langkah.

Ikhlas daripada
PERSATUAN ORANG PEKAK BATU PAHAT(SDBP)

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN ORANG PEKAK BATU PAHAT 2026Mesyuarat Agung Persatuan Orang Pekak Batu Pahat (SDBP) bagi tahun ...
06/05/2026

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN ORANG PEKAK BATU PAHAT 2026

Mesyuarat Agung Persatuan Orang Pekak Batu Pahat (SDBP) bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Mei 2026 (Ahad) bertempat di Pekarangan Persatuan Orang Pekak Batu Pahat.

Pihak persatuan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu bagi sesi 2026–2028 dan menzahirkan penghargaan buat barisan AJK terdahulu atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan.

Kerjasama padu daripada semua ahli yang hadir amat dihargai dalam memastikan proses pemilihan jawatankuasa berjalan dengan teratur serta lancar mengikut protokol yang ditetapkan.

SDBP turut merakamkan penghargaan ikhlas atas kehadiran tetamu jemputan daripada pelbagai persatuan yang sudi menyaksikan pembentangan laporan Mesyuarat Agung kali ini, iaitu Persatuan Orang Pekak Johor (SDJO), Persatuan Orang Pekak Islam Johor (JDIA), Persatuan Sukan Orang Pekak Johor (JSDEAF), Persatuan Orang Pekak Kota Tinggi (SDKT), Persatuan Orang Pekak Pontian (SDP), dan Persatuan Orang Pekak Muar (SDMR).

Terima kasih kepada seluruh warga Orang Pekak Batu Pahat atas sokongan berterusan yang diberikan.

Semoga SDBP terus proaktif dan komited dalam memacu kecemerlangan serta memperkasakan komuniti pada masa hadapan.

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KOMUNITI PEKAK JOHOR 2026Alhamdulillah, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Komuniti Pekak...
28/04/2026

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KOMUNITI PEKAK JOHOR 2026

Alhamdulillah, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Komuniti Pekak Johor 2026 anjuran Persatuan Orang Pekak Johor (SDJO), Persatuan Orang Pekak Islam Johor (JDIA) dan Persatuan Sukan Orang Pekak Johor (JSDEAF) dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Batu Pahat (SDBP) telah diadakan pada 19 April 2026 di Homestay Anjung Desa S69, Semerah, Batu Pahat.

Majlis ini menghimpunkan komuniti orang pekak daripada pelbagai latar belakang serta berjaya mengeratkan silaturahim sempena sambutan Aidilfitri.

Antara pengisian program ialah pertandingan pakaian tradisional Melayu bertemakan era 1960-an dan pertandingan anyaman ketupat.

Para tetamu turut disajikan dengan hidangan seperti nasi minyak serta pelbagai juadah tradisional.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Orang Pekak Johor-SDJO
Orang Pekak Islam Johor-JDIA
Sukan Orang Pekak Johor-JSDEAF

✨🌙Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙Persatuan Orang Pekak Batu Pahat (POPBP) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf...
20/03/2026

✨🌙Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙

Persatuan Orang Pekak Batu Pahat (POPBP) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua ahli, rakan-rakan serta masyarakat.

Semoga Syawal ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. 💚

Ikhlas daripada,
Persatuan Orang Pekak Batu Pahat (POPBP)

15 Mac 2026 - AhadPihak Persatuan Orang Pekak Batu Pahat (POPBP) telah mengadakan ziarah kasih ke atas Pn Nora binti Mas...
19/03/2026

15 Mac 2026 - Ahad

Pihak Persatuan Orang Pekak Batu Pahat (POPBP) telah mengadakan ziarah kasih ke atas Pn Nora binti Maslan yang kini sedang diuji dengan sakit "Angin Ahmar Ringan" (Mild Stroke).
Pihak POPBP telah menyampaikan sumbangan berupa makanan kering sebagai tanda keprihatinan dan sokngan semangat kami kepada ahli-ahli yang disahkan kurang sihat.

Sumbangan ikhlas ini adalah daripada ahli-ahli Persatuan orang pekak Batu Pahat sendiri. Kami juga turut berkunjung ke rumah En. Husin b. Adon (Stroke), Pn. Zaharah bt. Mahmood (Sakit jantung) dan Pn. Hawwa Khirulnissak (Demam campak).
Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi semangat kepada Pn Nora, En. Hussin, Pn. Zaharah dan Pn. Hawwa Khirulnissak untuk terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini.
Pihak POPBP juga mendoakan agar semua penerima diberikan kesembuhan dan pulih sepenuhnya serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Aamiinn 🤲🏼.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang prihatin dan sudi menyumbang bagi menjayakan program kali ini.
Semoga Allah SWT panjangkan umur yang barokah, murahkan rezeki, sihatkan tubuh badan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kalian. Aamiinn 🤲🏼...

Program Ihya Ramadan dan Sambutan Tahun Baru CinaPersatuan Orang Pekak Batu Pahat (POPBP) telah menganjurkan Program Ihy...
18/03/2026

Program Ihya Ramadan dan Sambutan Tahun Baru Cina

Persatuan Orang Pekak Batu Pahat (POPBP) telah menganjurkan Program Ihya Ramadan dan Sambutan Tahun Baru Cina pada 14 Mac 2026 (Sabtu) bertempat di pekarangan Persatuan Orang Pekak Batu Pahat.

Seramai 65 orang komuniti pekak, termasuk ahli keluarga mereka telah hadir bersama rakan-rakan bukan Islam untuk memeriahkan majlis berbuka puasa ini. Program ini turut mengeratkan hubungan silaturahim antara pelbagai kaum dan agama.

Selain berbuka puasa, turut diadakan moreh dengan pelbagai juadah seperti kuih-muih, takoyaki, pepes ayam dan lain-lain. Terima kasih kepada ahli-ahli yang ikhlas menyumbangkan juadah untuk dikongsi bersama.

Ahli-ahli dalam kalangan kaum Tionghua yang merayakan "Tahun Baru Cina telah memberi doorgift kepada orang pekak serta Ang Pau kepada anak-anak ahli yang hadir sebagai tanda kasih dan sokongan.

Di samping itu, Persatuan Orang Pekak Islam Johor (JDIA) dengan kerjasama JAINJ turut menyumbangkan makanan kering kepada komuniti orang pekak Islam.

Alhamdulillah, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Persatuan Orang Pekak Johor ( SDJO) atas sumbangan sebuah kanopi kepada POPBP. Kemudahan ini amat membantu untuk kegunaan dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh persatuan.

Semoga segala usaha dan sumbangan ini mendapat keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan sesama ahli dalam komuniti, khususnya warga pekak Batu Pahat.
Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan dengan sokongan, bantuan serta sumbangan dari pelbagai pihak yang bermurah hati demi kelangsungan aktiviti warga pekak.
Terima kasih.

# Persatuan Orang Pekak Johor - SDJO
# Persatuan Orang Pekak Islam Johor - JDIA

Address

324-1 Jalan Kelab
Batu Pahat
83000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Orang Pekak Batu Pahat - SDBP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Orang Pekak Batu Pahat - SDBP:

Shortcuts

Share