Media Batu Pahat

Media Batu Pahat Halaman Rasmi UMNO Bahagian Batu Pahat 2023/2026

Bukti kerja buat Ketua Umno Bahagian Batu Pahat hasil permintaan dan harapan masyarakat.Satu Lagi Perjuangan Demi Kebaji...
12/02/2026

Bukti kerja buat Ketua Umno Bahagian Batu Pahat hasil permintaan dan harapan masyarakat.Satu Lagi Perjuangan Demi Kebajikan Rakya

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. En. Zaidi Japar, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat merangkap Ketua Whip MPBP, atas komitmen berterusan dalam memperjuangkan keselamatan serta kebajikan rakyat
Beliau telah berjaya memohon dan memperoleh kelulusan bagi projek pemasangan baru lampu jalan melibatkan:
• Laluan sepanjang Jalan Parit Bilal hingga ke Bukit Pasir Fasa 1 dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00; dan
• Laluan Jalan Bukit Pasir / Jalan Bakau Condong hingga ke Rumah Kilat dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00.

Untuk makluman, laluan-laluan tersebut merupakan antara kawasan yang kerap berlaku kemalangan, khususnya pada waktu malam. Pelaksanaan projek pemasangan lampu jalan ini dijangka dapat meningkatkan tahap pencahayaan, seterusnya memperkukuh keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
Selain itu, kelulusan bagi Fasa 2 turut diperoleh daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), melibatkan sambungan dari kawasan selepas Honda Parit Bilal hingga ke Jambatan Bindu, termasuk pemasangan di bahu jalan kiri dan kanan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM500,000.00.

InsyaAllah, kerja-kerja pemasangan akan dilaksanakan dalam masa terdekat demi manfaat dan kesejahteraan penduduk serta pengguna jalan raya di kawasan terlibat. UMNOJohorOfficial


KPKT, YDP & MPBP

12/02/2026
12/02/2026
12/02/2026
29/01/2026

‎لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

Menjunjung kasih DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang mengizinkan patik mengiringi Tuanku ke Makkah Al-Mukarramah.

Semoga rakyat Johor dan Malaysia sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

26/01/2026
Ketua Umno Bahagian Batu Pahat dan saf kepimpinan Umno Bahagian Batu Pahat menganggap amaran wakil Parti Amanah sebagai ...
26/01/2026

Ketua Umno Bahagian Batu Pahat dan saf kepimpinan Umno Bahagian Batu Pahat menganggap amaran wakil Parti Amanah sebagai omongan kosong dan tidak berpijak kepada realiti politik semasa. Umno Bahagian Batu Pahat menggesa semua kepimpinan parti perpaduan menghormati dasar dan prasyarat gabungan yang menentapkan secara ekslusif iaitu:
1.Parti yang memenangi satu kawasan DUN atau Parlimen pada PRN/PRU lepas akan terus bertanding di kawasan tersebut
2.Jika dua-dua parti gabungan Kerajaan Perpaduan kalah di satu-satu kawasan maka parti yang mempunyai undi kedua tertinggi harus bertanding di kawasan kalah itu
3.Hasil perbincangan untuk PRN/PRU akan datang ialah siapa lebih kuat jentera dan siapa lebih berpotensi tumbangkan pihak lawan.

UMNO Bahagian Batu Pahat menegaskan Kepimpinan BN tidak perlu tunduk kepada desakan mana-mana pihak yang berasa sangat kuat kononnya tetapi tidak menghormati konsensus yang telah dimeterai sementalah menganggu gugat kerusi milik BN di Johor yang dimenangi sekarang yang jelas terbukti berjaya melaksanakan pentadbiran cekap dan ekonomi cemerlang hasil stabilnya iklim politik di bawah pentadbiran UMNO/BN. Jika konsensus ini dilanggar , Umno Bahagian Batu Pahat sedia berjuang habis-habisan bersama Kepimpinan Umno Johor jika perlu bergerak solo dan kami pasti rakyat Johor terus mengekalkan Kerajaan BN Johor yang mantap dibawah kepimpinan YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Barisan Exconya. Jangan bermain api.

Zaidi Japar
Ketua Umno Bahagian Batu Pahat
& Saf Kepimpinan Umno Bahagian Batu Pahat

25/01/2026

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, semua langkah yang diambil itu bukan hanya bersifat reaktif tetapi bersasar dan berstruktur.

Address

Jalan Sultanah , Bandar Penggaram
Batu Pahat
83000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share