Persatuan Belia Gemala Pria Rosa - Official

Persatuan Belia Gemala Pria Rosa - Official Since 1969

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1447H 2026 KAMPUNG PARIT HAJI ALIAlhamdulillah, sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat ka...
18/04/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1447H 2026 KAMPUNG PARIT HAJI ALI

Alhamdulillah, sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat kampung telah disambut dengan meriah dan berjalan dengan lancar. Ditambah dengan cuaca yang sangat baik. Terima kasih kepada semua warga kampung dan tetamu yang sama-sama hadir memeriahkan majlis. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga buat semua yang terlibat dalam menjayakannya.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KAMPUNG PARIT HAJI ALI 1447H 2026Tarikh : 17.04.2026Hari : Jumaat (malam Sabtu)Masa : 9.00...
14/04/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KAMPUNG PARIT HAJI ALI 1447H 2026

Tarikh : 17.04.2026
Hari : Jumaat (malam Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dataran Al-Hidayah Parit Haji Ali, Parit Raja

Semua warga Kampung Parit Haji Ali dijemput hadir.

😊😊😊😊

Belia GEMPOR bersama barisan kepimpinan Kampung Parit Haji Ali telah bersama bermesyuarat dalam membincangkan penganjura...
09/04/2026

Belia GEMPOR bersama barisan kepimpinan Kampung Parit Haji Ali telah bersama bermesyuarat dalam membincangkan penganjuran Sambutan Hari Raya peringkat Kampung Parit Haji Ali bagi tahun 1447H 2026. Sambutan tersebut dipersetujui akan diadakan pada 17 April 2026 (Jumaat) jam 8.45 malam di Dataran Al-Hidayah Parit Haji Ali. Semoga perlaksanaannya berjalan dengan lancar.

BATIK FUN RUN 2025Alhamdulillah, Batik Fun Run 2025 telah melabuhkan tirai. Program anjuran pelajar kokurikulum kursus R...
29/12/2025

BATIK FUN RUN 2025

Alhamdulillah, Batik Fun Run 2025 telah melabuhkan tirai. Program anjuran pelajar kokurikulum kursus Rekaan Grafik Berkomputer ini telah berlangsung pada 27 Disember 2025 di Latar Unggahan Parit Haji Ali ini telah dihadiri lebih 300 orang dengan penyertaan larian seramai 170 orang. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Pejabat ADUN Semarang, JPKK Parit Haji Ali, Kemas Parlimen Ayer Hitam, Belia GEMPOR, SWM Batu Pahat, dan KOSPEN Parit Haji Ali. Terima kasih atas sokongan, sumbangan dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam menjayakannya.

πŸƒβ€β™€οΈπŸŽ¨ 5KM BATIK FUN RUN 2025 πŸŽ¨πŸƒβ€β™‚οΈJom join fun run paling berwarna-warni hujung tahun ni! 🌈Bukan sekadar larian, tapi pe...
24/12/2025

πŸƒβ€β™€οΈπŸŽ¨ 5KM BATIK FUN RUN 2025 πŸŽ¨πŸƒβ€β™‚οΈ

Jom join fun run paling berwarna-warni hujung tahun ni! 🌈
Bukan sekadar larian, tapi penuh aktiviti menarik untuk semua 🀍

πŸ“… 27 Disember 2025 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi
πŸ“ Latar Unggahan, Parit Haji Ali, Parit Raja

✨ Aktiviti menanti anda:
🎨 Pertandingan mewarna
πŸ‘— Pakaian beragam
🩺 Pemeriksaan kesihatan
🧡 Gubahan batik
🎁 Cabutan bertuah
πŸ›οΈ Booth jualan
♻️ Kaunter kitar semula
πŸ“Έ Photobooth

Jom ajak kawan, keluarga & geng satu larian!
Datang untuk fun, balik dengan kenangan πŸ’₯

πŸ”₯ Aktiviti menarik MENANTI!!
πŸ“Œ Save the date & jangan lupa tag geng fun run anda!

🧑

Pertandingan Bowling Muhibah Tahun 2025. Edisi kali ini, Belia GEMPOR selaku Juara bertahan gagal bertahan. Piala pusing...
21/12/2025

Pertandingan Bowling Muhibah Tahun 2025. Edisi kali ini, Belia GEMPOR selaku Juara bertahan gagal bertahan. Piala pusingan telah dirampas. Tak mengapa kita dah buat yang terbaik. Alhamdulillah berjaya mendapat ranking ketiga pasukan terbaik. Terima kasih kepada Majlis Belia Daerah Batu Pahat (MBDBP) atas penganjuran yang cukup bermakna. Tahniah kepada semua pemenang!

Alhamdulillah, selesai pertandingan Cabaran Bowling Parit Haji Ali dan Parit Nipah Darat anjuran Belia GEMPOR PHA dan Be...
20/12/2025

Alhamdulillah, selesai pertandingan Cabaran Bowling Parit Haji Ali dan Parit Nipah Darat anjuran Belia GEMPOR PHA dan Belia Semar Maya. Tahniah buat semua pemenang. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberi sokongan kepada kelancaran program ini.

Wan Yumimomo

Menghadiri bengkel pendokumentasian MYKD dan pindaan perlembagaan persatuan belia. Untuk makluman, bermula tahun hadapan...
02/02/2025

Menghadiri bengkel pendokumentasian MYKD dan pindaan perlembagaan persatuan belia. Untuk makluman, bermula tahun hadapan, kepimpinan dan ahli persatuan belia adalah mereka yang berumur bawah 30 tahun. Semoga semua urusan dipermudahkan.

Projek Sejati Madani di bawah pengurusan JPKK Parit Haji Ali. Semoga membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada seluruh...
05/01/2025

Projek Sejati Madani di bawah pengurusan JPKK Parit Haji Ali. Semoga membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada seluruh warga kampung.

Info: Tabung infaq pembangunan Masjid Jamek Al-Hidayah Parit Haji Ali.
20/12/2024

Info: Tabung infaq pembangunan Masjid Jamek Al-Hidayah Parit Haji Ali.

Alhamdulillah syukur, 2 malam penganjuran Pertandingan Badminton Piala Muafakat : Parit Haji Ali - Parit Nipah berjaya d...
09/11/2024

Alhamdulillah syukur, 2 malam penganjuran Pertandingan Badminton Piala Muafakat : Parit Haji Ali - Parit Nipah berjaya dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam (Sdr Mohd Luqman Sufyan Junaidi), MBD Batu Pahat (Sdr Mhd Khairulanuar Noordin), Ketua PDM Parit Haji Ali (Tn Hj Masran Md Roslan), JPKK Parit Nipah (Tn Hj Bakir Siraj), JPKK Parit Haji Ali (Tn Hj Mohd Zahid Ghozali) geng-geng Belia GEMPOR, geng-geng Belia Semar Maya (Sdr Erwan) atas sokongan, sumbangan dan kehadiran ke program yang dianjurkan.

Tahniah kepada semua pemenang! Program santai badminton PDM PHA berjaya capai matlamat penganjurannya, khususnya utk eratkan hubungan belia-belia dari Parit Haji Ali dan Parit Nipah. Semoga ini bukanlah pengakhiran. InsyaAllah akan dirancangkan lagi program-program yang bersesuaian agar potensi belia sentiasa dibangunkan. Mohon maaf andai ada kekurangan.

Undian Badminton Tertutup Piala Muafakat telah berjalan dengan lancar malam ini. Kepada wakil Parit Haji Ali, selamat be...
07/11/2024

Undian Badminton Tertutup Piala Muafakat telah berjalan dengan lancar malam ini. Kepada wakil Parit Haji Ali, selamat bertanding esok dan lusa.

Address

Kampung Parit Haji Ali, Parit Raja
Batu Pahat
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Belia Gemala Pria Rosa - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Belia Gemala Pria Rosa - Official:

Share