20/09/2026
Program Kembara Musafir: Kuasai Solat Jamak dan Qasar.
Tarikh : 30 Ogos 2026 (Ahad)
Masa : 2.00 - 5.00 ptg
Tempat : Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat
Penceramah : As-Syeikh Haji Mohd Fauzi bin Bachok (Tuan Kadi Batu Pahat)
Alhamdulillah, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan pengisian yang memberi fokus kepada kefahaman berkaitan Solat Jamak. Ceramah yang disampaikan oleh Tuan Kadi telah menghuraikan syarat, kaedah pelaksanaan serta situasi sebenar yang sering dihadapi ketika bermusafir. Turut diadakan sesi soal jawab bagi merungkai kekeliruan peserta dan meningkatkan keyakinan dalam melaksanakan ibadah dengan betul. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian serta menjadi panduan ketika bermusafir. Tahniah semua SK yang hadir menimba ilmu.