Conserve The Nature: Love The River

Conserve The Nature: Love The River Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Conserve The Nature: Love The River, Community Organization, Faculty of Civil Engineering and Built Environment, Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

🌿 River Rangers @ UTHM 🌿
πŸ’§ Mendidik, menginspirasi & membimbing generasi muda mencintai alam.
πŸ” Modul: Bioindikator | Penapisan Air | Air Larian Permukaan | Herbarium
🌍 Bersama melahirkan Eco Leaders untuk masa depan hijau.

πŸ’§πŸŒΏ Program Kembara Ilmu KESSA 2025 πŸŒΏπŸ’§Pasukan kami berpeluang turut serta dalam Program Kembara Ilmu KESSA 2025 dianjurka...
23/09/2025

πŸ’§πŸŒΏ Program Kembara Ilmu KESSA 2025 πŸŒΏπŸ’§

Pasukan kami berpeluang turut serta dalam Program Kembara Ilmu KESSA 2025 dianjurkan oleh Bahagian Sistem Pengurusan Lembangan Air Negara (NAWABS), JPS Malaysia bersama Pusat Kejuruteraan Sungai & Pantai (PKSP) dan pelbagai pusat pengajian dari UTM.

Bagi siri pertama di Johor, pasukan kami telah membawa Modul Penapis Air πŸ§ͺπŸ’§. Peserta diberi pendedahan melalui:

πŸ“– Taklimat ringkas mengenai jenis dan fungsi setiap bahan penapis.
πŸ”„ Aktiviti suai padan bahan penapis dengan fungsi sebenar.
πŸ”¬ Demonstrasi hasil akhir air tapisan yang telah dijalankan di makmal.

Melalui pendekatan ini, peserta bukan sahaja memahami konsep asas penapisan air, malah dapat menilai sendiri keberkesanan kualiti air tapisan berdasarkan perubahan fizikal yang dapat dilihat (warna, kekeruhan, bau). Kaedah praktikal ini membolehkan peserta lebih mudah menghubungkan teori dengan aplikasi sebenar. sekaligus menyemai kesedaran tentang kepentingan inovasi penapisan dalam menjamin kelestarian sumber air bersih. πŸŒπŸ’¦

🌿✨ Terima kasih diucapkan! ✨🌿Setinggi-tinggi penghargaan kepada Humid Tropics Centre Kuala Lumpur yang sudi hadir dan me...
19/09/2025

🌿✨ Terima kasih diucapkan! ✨🌿

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Humid Tropics Centre Kuala Lumpur yang sudi hadir dan menjadi juri penilai bagi sesi Walkabout serta ke majlis perasmian penutupan Program Eco Leaders @ Iskandar Puteri πŸŒπŸ’š

Program ini adalah hasil inisiatif MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri – melalui Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 5.0. Usaha ini bukan sekadar program, tetapi juga langkah nyata dalam menyokong aspirasi MBIP serta menyahut Pelan Strategik UNESCO IHP Fasa 9.

Doakan agar usaha kecil ini terus berkembang, memberi manfaat kepada komuniti, dan melahirkan lebih ramai Eco Leaders generasi akan datang 🌱✨

🌿✨ Salute to Our Eco Leaders Dream Team! ✨🌿Program Eco Leaders @ Iskandar Puteri 2025 takkan jadi realiti tanpa tenaga, ...
19/09/2025

🌿✨ Salute to Our Eco Leaders Dream Team! ✨🌿

Program Eco Leaders @ Iskandar Puteri 2025 takkan jadi realiti tanpa tenaga, idea & semangat luar biasa daripada semua yang terlibat πŸ’š

πŸ™ Terima kasih buat:
πŸ”Ή Penggerak utama – Dr. Siti Hidayah, Ir. Dr. Salleh Abustan & Ir. Ts. Dr. Ariff Ahmad Nazri.
πŸ”Ή Pembangun modul bersama dari UTAR FEGT Page & Hbp Usm Broadcast – Ts. Dr. Nor Faiza & Ts. Dr. Noor Halizah.
πŸ”Ή Ketua penjurian dari FKAAB UTHM & Ketua fasilitator dari Eco-Hytech Research Centre FKAAB – Ir. Dr. Hartini & PM Ir. Dr. Siti Nazahiyah.
πŸ”Ή Urusetia protokol & khas – Pn. Jalilah, Pn. Nur Aishah & Tc. Nurul Adila.
πŸ”Ή Barisan fasilitator – pegawai, pembantu penyelidik & pelajar pascasiswazah ✨

πŸ‘ Anda semua adalah nadi kejayaan program ini! Semoga semangat & kerjasama ini terus melahirkan generasi Eco Leaders yang berwawasan 🌍🌱

✨ Lokasi akhir dipilih dengan penuh pertimbangan! ✨Sebelum Hutan Bandar Mutiara Rini dipilih sebagai lokasi utama progra...
19/09/2025

✨ Lokasi akhir dipilih dengan penuh pertimbangan! ✨

Sebelum Hutan Bandar Mutiara Rini dipilih sebagai lokasi utama program Eco Leaders @ Iskandar Puteri, beberapa taman dan kawasan rekreasi di sekitar Iskandar Puteri telah dilawati lebih awal. Antara yang turut dipertimbangkan ialah Emerald Lake View Park, Edible Park, Heritage Forest Park dan Sireh Park.

Hutan Bandar Mutiara Rini akhirnya dipilih kerana menawarkan keunikan yang tersendiri. Gabungan elemen semulajadi, kemudahan yang kondusif dan suasana yang sesuai dengan pengisian modul-modul Eco Leaders di bawah Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 5.0. Faktor utama pemilihan juga adalah hasil kerjasama erat bersama Jabatan Landskap MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang banyak membantu memastikan lokasi ini mampu menyokong pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman.

🌿 Dengan landskap yang kaya dengan biodiversiti, lokasi ini bukan sahaja mendekatkan peserta dengan alam sekitar, malah menyokong matlamat program untuk melahirkan generasi eco leaders yang memahami kepentingan keseimbangan ekosistem serta konsep sponge city yang lebih lestari.

Pilihan lokasi ini membuktikan bahawa perancangan rapi, jaringan kerjasama dan kesesuaian modul yang ditawarkan dapat digabungkan bagi memberikan impak maksimum kepada peserta dan komuniti.

🀝 Perbincangan Awal Bersama PPD Johor Bahru 🀝Satu pertemuan dan perbincangan awalan telah diadakan bersama Pegawai Pendi...
18/09/2025

🀝 Perbincangan Awal Bersama PPD Johor Bahru 🀝

Satu pertemuan dan perbincangan awalan telah diadakan bersama Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru, Tuan Hj. Saliman bin Selamat bagi membincangkan penglibatan pelajar dan guru dalam Program Eco Leaders @ Iskandar Puteri yang dipacu oleh Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 5.0.

Pertemuan ini merupakan pertemuan kedua bersama pihak PPDJB selepas kejayaan penganjuran Program River Rangers @ Iskandar Puteri 2024, yang pada ketika itu memberi fokus kepada pendidikan dan kesedaran awam tentang kelestarian sumber air serta kepentingan sungai kepada komuniti.

🌱 Eco Leaders @ Iskandar Puteri 2025 p**a membawa misi yang lebih menyeluruh bukan sahaja memperkukuh kesedaran tentang air, tetapi juga melatih dan membimbing pelajar sekolah menengah melalui pendekatan modul berstruktur. Sasaran tahun ini melibatkan penyertaan 6 buah sekolah terpilih sekitar Iskandar Puteri, Johor Bahru dengan penglibatan aktif guru sebagai pembimbing utama kepada peserta.

Antara perkara penting yang turut dibincangkan bersama ialah:
βœ… Keperluan penyelarasan dengan pihak sekolah dan guru penasihat/pengiring.
βœ… Pengurusan logistik serta masa agar tidak mengganggu jadual akademik pelajar.
βœ… Peranan guru dalam membimbing pelajar sepanjang modul berlangsung.
βœ… Kepentingan program ini dalam menyokong pendidikan berteraskan kelestarian, kepimpinan, dan nilai komuniti.

Kerjasama erat dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru amatlah penting bagi memastikan program ini tidak sekadar berjalan lancar, tetapi benar-benar memberi impak positif kepada pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan generasi muda.

✨ Dengan sokongan padu daripada pelbagai pihak, matlamat melahirkan eco leaders sedari bangku sekolah semakin hampir direalisasikan πŸ’ͺ

Team kami River Rangers turut dijemput bagi menyertai program ini. Terima kasih MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ...
18/09/2025

Team kami River Rangers turut dijemput bagi menyertai program ini. Terima kasih MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri atas jemputan πŸ₯°

πŸŽ‰ Walkabout Presentation – Hasil Dapatan Eco Leaders @ Iskandar Puteri πŸŽ‰Selepas melalui ketiga-tiga modul yang penuh ilm...
18/09/2025

πŸŽ‰ Walkabout Presentation – Hasil Dapatan Eco Leaders @ Iskandar Puteri πŸŽ‰

Selepas melalui ketiga-tiga modul yang penuh ilmu dan pengalaman, tibalah masa untuk peserta mempamerkan hasil kreativiti serta dapatan mereka! πŸŒΏπŸ’§πŸŒ±

Kali ini, sesi pembentangan dibuat dalam bentuk β€˜walkabout’ – setiap kump**an menampilkan wakil terbaik mereka untuk menerangkan buku skrap, idea serta refleksi hasil daripada Modul 1, Modul 2 dan Modul 3. Apa yang menarik, bukan sahaja isi yang mantap, tetapi juga cara persembahan yang pelbagai, kreatif dan penuh gaya ✨

Para penilai terdiri daripada jemputan khas serta pengetua sekolah turut hadir menilai, menjadikan suasana lebih bermakna. Persaingan sihat ini jelas menunjukkan kecerdikan, keyakinan dan kepimpinan peserta. Ini bertepatan dengan matlamat program melahirkan eco leaders sejak di bangku sekolah lagi! πŸŒπŸ’‘

Syabas kepada semua peserta dan sekolah di bawah jajahan kawasan MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang bukan sahaja berani berkongsi, tetapi juga membuktikan bahawa kepimpinan boleh dipupuk melalui pengalaman, kolaborasi dan semangat untuk kelestarian menerusi geran komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 5.0. πŸ‘πŸ‘

Terima kasih Jabatan Landskap MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri atas kerjasama yang diberikan 🫢 bersama menyokong ...
17/09/2025

Terima kasih Jabatan Landskap MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri atas kerjasama yang diberikan 🫢 bersama menyokong usaha Iskandar Puteri Rendah Karbon

🌱 Menyelusuri Peranan Tumbuhan dalam Kelestarian Air 🌱Selepas Modul 1 dan Modul 2 yang memberi fokus kepada pengurusan s...
17/09/2025

🌱 Menyelusuri Peranan Tumbuhan dalam Kelestarian Air 🌱

Selepas Modul 1 dan Modul 2 yang memberi fokus kepada pengurusan sumber air, kali ini buat pertama kalinya pasukan kami memperkenalkan Modul Herbarium kepada peserta. Jika sebelum ini aktiviti lebih tertumpu kepada elemen air, Modul 3 membawa dimensi baharu dengan mengetengahkan peranan tumbuhan dalam pengurusan air yang lebih lestari dan semulajadi. πŸŒΏπŸ’§

Melalui aktiviti herbarium ini, peserta didedahkan kepada kaedah pencerapaan dan pendokumentasian tumbuhan, di samping memahami bagaimana flora memainkan peranan penting dalam membentuk konsep Sponge City, sebuah pendekatan bandar lestari yang mampu menyerap, menapis, dan menyimpan air hujan secara semula jadi.

Usaha ini seiring dengan aspirasi MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri untuk menuju ke arah bandar 'sponge city' yang lebih mampan, bukan sekadar menyampaikan ilmu kepada peserta tetapi juga memperluas kefahaman bahawa air dan tumbuhan tidak boleh dipisahkan dalam memastikan kelestarian ekosistem bandar.

✨ Modul 3 ini sekali lagi mengukuhkan matlamat program untuk melahirkan generasi eco leaders yang mampu memimpin perubahan ke arah masa depan yang hijau, lestari dan berdaya tahan.

🌿 Modul 3: Herbarium 🌿Modul ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik Jabatan Landskap MBIP, menggabungkan silang kema...
17/09/2025

🌿 Modul 3: Herbarium 🌿

Modul ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik Jabatan Landskap MBIP, menggabungkan silang kemahiran antara pembangun modul dan staf berpengalaman MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Sinergi ini berjaya memberikan impak pembelajaran yang lebih menyeluruh kepada para peserta.

Peserta yang telah dibahagikan kepada 6 kump**an (mengikut sekolah masing-masing) ditempatkan di check point tertentu untuk menjalankan aktiviti pencerapaan spesimen tumbuhan. Setiap sampel herbarium yang dikumpulkan kemudiannya didokumentasikan di dewan utama bagi memastikan hasil pembelajaran menepati objektif yang telah digariskan dalam Modul 3 ini.

Melalui aktiviti ini, peserta bukan sahaja mempelajari kaedah saintifik pengurusan biodiversiti tumbuhan, malah mengaitkan peranan tumbuhan dalam membentuk konsep Sponge City sebagaimana yang disarankan penerapannya oleh panel penilai geram Iskandar Puteri Rendah Karbon 5.0 iaitu landskap lestari yang berfungsi menyerap, menapis dan menyimpan air hujan secara semula jadi.

Dengan kesinambungan daripada Modul 1 dan Modul 2, pelaksanaan Modul 3 ini mengukuhkan lagi matlamat program untuk melahirkan eco leaders yang berwawasan, celik alam sekitar, serta mampu menghubungkan ilmu, amalan dan inovasi ke arah kelestarian bandar. 🌱✨

🌿🏑 Venue Eksklusif Program Eco Leaders @ Iskandar Puteri 🏑🌿Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kep...
16/09/2025

🌿🏑 Venue Eksklusif Program Eco Leaders @ Iskandar Puteri 🏑🌿

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Jabatan Landskap MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang telah berbesar hati membenarkan penggunaan Rumah Limas di Hutan Bandar Mutiara Rini sebagai lokasi rasmi program kali ini.

Keindahan seni bina tradisional yang berpadu dengan landskap semula jadi di sekitar Rumah Limas ini benar-benar memberikan suasana yang harmoni dan kondusif untuk pengisian ilmu. 🌳✨

Lebih istimewa, kesesuaian venue ini amat serasi dengan garapan tiga modul utama yang diketengahkan dalam program:
πŸ’§ Modul Air Larian Permukaan
πŸ’§ Modul Penapis Air
πŸƒ Modul Herbarium

Dengan ruang yang luas, persekitaran yang segar dan kedudukan bersebelahan tasik, setiap aktiviti dapat dijalankan dengan lancar serta memberi pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna kepada para peserta.

Sekali lagi, terima kasih kepada Jabatan Landskap MBIP atas sokongan, layanan mesra dan kepercayaan yang diberikan. Semoga kerjasama ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak inisiatif bersama demi kelestarian alam sekitar dan pembangunan generasi muda yang berdaya saing. πŸŒπŸ’š

Address

Faculty Of Civil Engineering And Built Environment, Universiti Tun Hussein Onn
Batu Pahat
86400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 16:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Conserve The Nature: Love The River posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share