15/01/2026
Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Mohd Nor Azhar bin Haji Hamzah, yang lebih dikenali sebagai Usu, telah kembali ke rahmatullah pada 15hb Januari 2026.
Allahyarham merupakan penerbit serta salah seorang pengasas Radio TV Batu Kurau (RTVBK) bersama Tok Zaini, DJ Salim, DJ Awang dan DJ Bani.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Changkat Gombak selepas waktu Asar tadi.
Pihak kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham serta ahli-ahli kelab RTVBK.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.