10/05/2026
10Mei2026, Taman Rekreasi Madani, Taman Tanjak , Batu Gajah Perak | Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan penganjur, Majlis Daerah Batu Gajah serta rakan strategik, Kemas Parlimen Gopeng, Perkim Caw Batu Gajah dan Kolej Komuniti Batu Gajah yang telah memberikan komitmen, kerjasama, sokongan dan sumbangan yang amat bermakna dalam menjayakan Program Generasi Hijau Sempena Hari Bumi 2026 Tahun ini.
Kerjasama erat yang terjalin ini mencerminkan semangat kebersamaan, tanggungjawab sosial dan komitmen bersama dalam usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta kelestarian bumi untuk generasi akan datang.
Sesungguhnya, kejayaan program ini adalah hasil usaha kolektif semua pihak yang berganding bahu, berkongsi kepakaran, tenaga dan idea demi merealisasikan matlamat melahirkan komuniti yang lebih prihatin terhadap alam sekitar, selari dengan aspirasi pembangunan mampan.
Semoga jalinan kerjasama strategik ini akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan demi melaksanakan lebih banyak inisiatif hijau yang memberi manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar. π
EarthDay.org Global Environment Centre Majlis Daerah Batu Gajah JPS Negeri Perak Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS Pejabat Perpaduan Daerah Kinta JPNIN Perak Jabatan KEMAS Gopeng Perkim Batu Gajah