Kampung Rasa Sayang Batu Feringghi Pulau Pinang

Kampung Rasa Sayang Batu Feringghi Pulau Pinang Kampung Rasa Sayang adalah satu-satunya kampung dengan status tanah persendirian. Terletak di atas lot41 seksyen 1 Bandar Batu Ferringhi.

Selamat menyambut Aidiladha. Semoga setiap kurban menjadi saksi keikhlasan hati anda.Ikhlas dari - Persatuan Penduduk Ka...
26/05/2026

Selamat menyambut Aidiladha. Semoga setiap kurban menjadi saksi keikhlasan hati anda.

Ikhlas dari
- Persatuan Penduduk Kampung Rasa Sayang

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهالحمدللهSebagaimana semua maklum penduduk KRS telah kehilangan seorang ahli keluarga KRS ...
09/05/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله
Sebagaimana semua maklum penduduk KRS telah kehilangan seorang ahli keluarga KRS iaitu *Allahyarham Zaidi bin Hamidon (Didi)* pada tempoh hari.

Sebagai tanda prihatin kepada keluarga mereka dan semangat kejiranan, AJK Persatuan KRS dengan rasa rendah hati telah membuat kutipan *Tabung Sumbangan* Ikhlas untuk keluarga tersebut.

Sumbangan ikhlas untuk keluarga telah disampaikan oleh wakil Persatuan Penduduk Kampung Rasa Sayang.

Mudah-mudahan sumbangan Tuan/Puan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga Allahyarham.

Pihak Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan Tuan&Puan.

Mohon maaf 🙏🏽pada keluarga Allahyarham di atas kelewatan menyampaikan sumbangan

Untuk Makluman seluruh warga KRS dan Batu Feringgi
28/04/2026

Untuk Makluman seluruh warga KRS dan Batu Feringgi

(Admin)

🔈🔈Jualan Rahmah Kasih Sayang kini akan langsung pada :

Tarikh : 3 Mei 2026 (Ahad)
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Dataran Datuk Sri Ahmad Ismail (Kpg Melayu Tg. Bunga)

Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Hadapan Pangsapuri Warisan Tanjong

Tarikh: 17 Mei 2026 (Ahad)
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Perkarangan Masjid Ar-Rahman, Batu Ferringgi

Jom ramai-ramai pi beli barangan dapur.. terdapat pelbagai barangan keperluan dapur… ada beras, minyak masak, milo, ayam dan banyak lagi dengan harga Rahmah! Jommmm..

🥔🧅🍳🥬🥕

Tauke hotel Shangri-La Rasa Sayang yang bagi tanah untuk penduduk Kampung Rasa Sayang Batu Feringghi Pulau Pinang pada t...
16/04/2026

Tauke hotel Shangri-La Rasa Sayang yang bagi tanah untuk penduduk Kampung Rasa Sayang Batu Feringghi Pulau Pinang pada tahun 1973.

Singapura: Gabungan kekayaan 50 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus kepada AS$116 bilion (RM458.2 bilion) pada 2026, berbanding AS$90 bilion (RM355.5 bilion) setahun sebelumnya, didorong pertumbuhan ekonomi, pengukuhan ringgit dan pasar...

Al Fatihah Dukacita di maklumkan Zaidi Hamidon (adik Siti Zaleha) baru saja kembali ke Pencipta nya (16 April2026). Jena...
16/04/2026

Al Fatihah Dukacita di maklumkan Zaidi Hamidon (adik Siti Zaleha) baru saja kembali ke Pencipta nya (16 April2026). Jenazah berada di rumah Siti Zaleha.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهالحمدللهSebagaimana semua maklum penduduk KRS telah kehilangan seorang ahli keluarga KRS ...
06/04/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله
Sebagaimana semua maklum penduduk KRS telah kehilangan seorang ahli keluarga KRS iaitu *Allahyarham Farizan bin Ahmad* pada tempoh hari.

Sebagai tanda prihatin kepada keluarga mereka dan semangat kejiranan, AJK Persatuan KRS dengan rasa rendah hati telah membuat kutipan *Tabung Sumbangan* Ikhlas untuk keluarga tersebut.

Sumbangan ikhlas untuk keluarga telah disampaikan oleh wakil Persatuan Penduduk Kampung Rasa Sayang.

Mudah-mudahan sumbangan Tuan/Puan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga Allahyarham.

Pihak Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan Tuan&Puan.

Mohon maaf 🙏🏽pada keluarga Allahyarham di atas kelewatan menyampaikan sumbangan

Alhamdulillah, Kampung Rasa Sayang Batu Feringghi Pulau Pinang  telah menerima 3 set kerusi meja batu sumbangan Ahli Maj...
06/04/2026

Alhamdulillah, Kampung Rasa Sayang Batu Feringghi Pulau Pinang telah menerima 3 set kerusi meja batu sumbangan Ahli Majlis MPBB (Majlis Bandaraya Pulau Pinang) sebentar tadi.(Isnin /6 April 2026)

Persatuan Penduduk Kampung Rasa Sayang mengucapkan terima kasih kepada Tuan Lee Seng Hwai, Ahli Majlis MBPP Pulau Pinang di atas sumbangan ini.

Semoga, dengan sumbangan ini, dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan kebaikkan di masa akan datang.

السلام عليكمإنا لله وإنا إليه رجعون Sebagaimana semua maklum penduduk KRS telah kehilangan seorang lagi ahli keluarga ia...
30/03/2026

السلام عليكم

إنا لله وإنا إليه رجعون

Sebagaimana semua maklum penduduk KRS telah kehilangan seorang lagi ahli keluarga iaitu *Allahyarham Farizan Bin Ahmad* pada Jumaat lepas.

Sebagai tanda prihatin kepada keluarga Allahyarham dan semangat kejiranan, AJK Persatuan KRS dengan rasa rendah hati ingin membuat kutipan *Tabung Sumbangan Ikhlas* untuk Keluarga Allahyarham.

Bagi Penduduk KRS yang ingin menyumbang bolehlah diserahkan kepada *Faiz, atau Cikgu Romlah* selewat-lewatnya pada hari *Ahad (05/04/2026)* bagi tujuan pengumpulan.

Mudah-mudahan sumbangan Tuan/Puan itu nanti dapat meringankan sedikit bebanan yg ditanggung oleh keluarga Allahyarham. Pihak Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan Tuan/Puan itu.

Sekian terima kasih & والسلام.

Mentari pagi menyinar ceria,Takbir bergema di pagi raya,Syawal tiba membawa bahagia,Maaf dipinta dengan setia.Ketupat da...
20/03/2026

Mentari pagi menyinar ceria,
Takbir bergema di pagi raya,
Syawal tiba membawa bahagia,
Maaf dipinta dengan setia.

Ketupat dan rendang sudah tersedia,
Harum semerbak memenuhi ruang,
Sanak saudara bersama gembira,
Silaturrahim bertambah sayang.

Baju baharu warna sedondon,
Dipakai indah di pagi mulia,
Salam dihulur penuh sopan,
Maaf zahir dan batin dipinta.

Pulang ke desa hati berbunga,
Rindu pada ibu dan ayah,
Bertemu saudara tersenyum mesra,
Indahnya Syawal tak dapat disanggah.

Langit malam dihiasi bintang,
Doa dipohon penuh rendah diri,
Aidilfitri membawa senang,
Moga hidup diberkati Ilahi.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh Penduduk Kampung Rasa Sayang dan followers fb Kampung Rasa Sayang Batu Feringghi Pulau Pinang

Ikhlas daripada Persatuan Penduduk Kampung Rasa Sayang, Batu Feringgi, Pulau Pinang

Bunga seroja bunga melati,Bunga dahlia di atas dahan.Mari sucikan jiwa sucikan hati,Di bulan penuh berkah, Ramadan.Pergi...
18/02/2026

Bunga seroja bunga melati,
Bunga dahlia di atas dahan.
Mari sucikan jiwa sucikan hati,
Di bulan penuh berkah, Ramadan.

Pergi ke pasar beli ketan,
Ramadhan tiba hati riang.
Mohon maaf lahir dan batin,
Semoga puasa penuh kenangan.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua warga Kampung Rasa Sayang Batu Feringghi Pulau Pinang

Address

Lot 41 Seksyen 1
Batu Ferringhi
11100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Rasa Sayang Batu Feringghi Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share