20/10/2026
📌 MESYUARAT PENYELARASAN AJK KSDK BAGI FAMILY DAY MPS 2026 🎉
Mesyuarat Penyelarasan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab Sukan dan Kebajikan MPS (KSDK) bagi penganjuran Family Day MPS 2026 telah berlangsung pada 19 Oktober 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Kamaruzaman bin Sabri, Timbalan Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan MPS, bagi membincangkan penyelarasan serta persiapan program demi memastikan penganjuran Family Day MPS 2026 berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Semoga segala perancangan dan komitmen semua AJK dapat merealisasikan sebuah program yang meriah, bermakna serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga MPS dan keluarga. ❤️🤝
Bersama Kita Eratkan Ukhwah, Semarakkan Kebersamaan! 🎊