23/04/2026
[AGIHAN SEDEKAH DAGING -GAZA]
Sempena Aidil Adha tahun 2025 lalu, sedekah daging anda untuk saudara Gaza kita telah diagihkan dalam dalam bentuk daging dalam tin. Agihan terakhir telah berjaya memasuki Gaza pada Januari 2026 lalu.
Setiap keluarga menerima 4 tin daging. Manfaat daripada projek ini, mereka bukan sahaja mempunyai sumber makanan malah meperoleh makanan yang mempunyai protein dan nutrisi yang baik.
Sedekah daging dalam tin dipilih kerana lebih tahan lama, mudah diagihkan dan boleh dimakan walaupun dalam keadaan darurat tanpa keperluan memasak yang kompleks.
Dalam keadaan mereka, ini bukan sekadar makanan tapi penyelamat saat terdesak.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang. Semoga setiap kebaikan ini menjadi asbab Allah limpahkan kebaikan buat anda di dunia dan akhirat.