Directions Website Contact the organization

GPTD Pertubuhan NGO belia yang meneladani sejarah jatuh bangun sesebuah tamadun melalui aktiviti penjejakan tempat bersejarah dan kembara.

MISI
Meneladani kegemilangan tamadun dunia melalui jaringan antarabangsa dan khidmat sosial. VISI
Membina kepimpinan belia berjiwa besar dalam memperkasa masyarakat madani

Innalillahiwainnailaihirojiun..😭Dengan rasa sebak dan hiba, kami menuturkan salam takziah buat Tun Dr. Mahathir Mohamad ...
28/09/2026

Innalillahiwainnailaihirojiun..😭

Dengan rasa sebak dan hiba, kami menuturkan salam takziah buat Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian insan yang dikasihi, Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

​Budi, kelembutan, dan pengorbanan Almarhumah akan selamanya terpahat dalam ingatan. Hilangnya beliau meninggalkan ruang kosong yang takkan berganti.

​Semoga Allah SWT melapangkan kuburnya, menerangi perjalanannya dan menempatkan rohnya di syurga Firdaus bersama golongan yang beriman.

​Salam takziah daripada kami,
Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) & seluruh warga kerja GPTD.

Sedang bersiaran langsung
25/09/2026

Sedang bersiaran langsung

Jejak Islam di China Siri 4

𝗧𝗮𝗵𝘂𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮, 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝘀𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗕𝘂𝗺𝗶 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮? 🕌🇨🇳Ramai yang tahu tentang Laksamana Cheng Ho, tapi berapa ra...
24/09/2026

𝗧𝗮𝗵𝘂𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮, 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝘀𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗕𝘂𝗺𝗶 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮? 🕌🇨🇳

Ramai yang tahu tentang Laksamana Cheng Ho, tapi berapa ramai yang tahu tentang Jejak Islam yang ditinggalkannya?

Mari kita singkap sejarah yang jarang dibicarakan. Bukan sekadar kisah pelayaran, tetapi satu tamadun yang menghubungkan dakwah, perdagangan, dan warisan yang masih kekal sehingga hari ini.

📌 𝙆𝙐𝙇𝙄𝘼𝙃 𝙎𝙀𝙅𝘼𝙍𝘼𝙃 𝘾𝙄𝙉𝘼 (𝙎𝙄𝙍𝙄 4)
𝙅𝙀𝙅𝘼𝙆 𝙄𝙎𝙇𝘼𝙈 𝘿𝙄 𝘽𝙐𝙈𝙄 𝘾𝙃𝙄𝙉𝘼: 𝘿𝙖𝙧𝙞 𝙇𝙖𝙪𝙩𝙖𝙣 𝙠𝙚 𝙏𝙖𝙢𝙖𝙙𝙪𝙣

Bersama penceramah jemputan yang sangat berpengalaman:

🎙️ EN. SUHAIL AHMAD
(Penyelidik Sejarah & Penjejak Tamadun Dunia - GPTD)

Beliau akan membawa kita mengupas kesinambungan dakwah era Cheng Ho dan kesannya terhadap dunia hari ini.

🗓️ Tarikh: Jumaat, 25 September 2026
⏰ Masa: 9.00 Malam
📍 Lokasi: HQ Safwah, Bandar Puteri Bangi, Kajang

✅ KEMASUKAN PERCUMA!
Semua dijemput hadir. Jangan lepaskan peluang menimba ilmu yang jarang ditemui ini.

👉 Tag kawan anda yang minat sejarah! Jumpa di sana!

Isi RSPV di bawah:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeX1n5AZT2hxDdrW5_w1cBGaPrct1ORXjxBzZn1lMiKVm7n_g/viewform?usp=dialog

Sekalung tahniah dan selamat berkhidmat kami ucapkan kepada pengasas GPTD, Dato' Ahmad Azam bin Ab Rahman. Semoga dengan...
10/09/2026

Sekalung tahniah dan selamat berkhidmat kami ucapkan kepada pengasas GPTD, Dato' Ahmad Azam bin Ab Rahman. Semoga dengan pelantikan ini menjadi wadah beliau untuk terus menabur jasa untuk dunia akademia.

- Hebahan Program Kolaborasi GPTD X Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, FPI UKM -  𝗙𝗢𝗥𝗨𝗠 𝗨𝗠𝗠𝗔𝗛: 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗠𝗜𝗦𝗧𝗘...
21/06/2026

- Hebahan Program Kolaborasi GPTD X Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, FPI UKM -
𝗙𝗢𝗥𝗨𝗠 𝗨𝗠𝗠𝗔𝗛: 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗠𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗖𝗛𝗘𝗡𝗚 𝗛𝗢 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗘 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

🌊 Pernahkah anda terfikir apakah rahsia di sebalik pelayaran agung Laksamana Cheng Ho ke Alam Melayu? Bagaimanakah ekspedisi beliau berjaya membina hubungan diplomatik, perdagangan dan peradaban yang memberi kesan besar kepada sejarah rantau ini?

✨ Sehubungan itu, seluruh mahasiswa dan mahasiswi dijemput untuk menyertai Program Forum Ummah: Mengungkap Misteri Pelayaran Laksamana Cheng Ho dan Strateginya ke Alam Melayu anjuran Lajnah Kesenian dan Sejarah Islam, Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) pada :

📅 *Tarikh: 21 Jun 2026 (Ahad)*
🕰️ *Masa: 8.30 malam*
📍 *Platform: Microsoft Teams*
🖇️ *Pautan:* https://forms.gle/VjJGUEQ7WGBGS91D6

📖 Sertailah forum ini untuk:
✅ Menyingkap sejarah dan misteri pelayaran Cheng Ho
✅ Memahami strategi diplomasi dan hubungan antarabangsa era silam
✅ Menelusuri hubungan Alam Melayu dan China dari perspektif sejarah dan tamadun
✅ Menambah ilmu serta memperluas kefahaman tentang warisan peradaban dunia

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menghayati khazanah sejarah yang sarat dengan pengajaran dan nilai peradaban.

"Mengenali sejarah bukan sekadar memahami masa lalu, tetapi membina hikmah untuk masa hadapan."

Ayuh sertai kami‼️

====================

*_“MEMPERKASA BAHASA, MENELUSURI TAMADUN”_*

*LAJNAH KESENIAN DAN SEJARAH ISLAM*
*KELAB MAHASISWA* *PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM (NAHDAH)*
*FAKULTI PENGAJIAN ISLAM*
*UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA*
*SESI 2025/2026*

📲 Facebook
https://www.facebook.com/nahdahukm/

📲 Instagram
https://instagram.com/arabic_ukm

Sedutan program semalam. Jumpa lagi untuk siri yang kedua! Menjejak Islam di bumi China.Dibawakan bersama Safwah Travel ...
13/06/2026

Sedutan program semalam. Jumpa lagi untuk siri yang kedua! Menjejak Islam di bumi China.
Dibawakan bersama Safwah Travel & Tours Sdn Bhd yang turut menyediakan pakej pengembaraan ke sana.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi nombor tertera di dalam poster.

Terima kasih.

✈️ PERNAHKAH ANDA BAYANGKAN JEJAK ISLAM DI BUMI TEMBOK BESI?Islam dan tamadun China telah lama bertaut dalam sejarah. Bu...
11/06/2026

✈️ PERNAHKAH ANDA BAYANGKAN JEJAK ISLAM DI BUMI TEMBOK BESI?

Islam dan tamadun China telah lama bertaut dalam sejarah. Bukan sekadar perdagangan, tetapi juga peradaban, ilmu, dan seni yang saling mempengaruhi.

Satu kuliah khas akan membawa anda menyusuri Laluan Sutera, menyingkap bagaimana Islam berkembang di sebalik keagungan Dinasti Tang, Ming, hingga ke masjid-masjid tersembunyi di Yunnan dan Xi'an.

🗓️ Tarikh: 12 JUN 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8:00 MLM
📍 Sesi Bersemuka - HQ Safwah Travel & Tours Sdn Bhd, Bandar Puteri Bangi
🎥 Sesi Online – Dari rumah sahaja!
🎙️ Penceramah Jemputan:
Bro Suhail Ahmad
Pengkaji Sejarah Islam China | GPTD

🔥 Apa yang anda akan dapat:
✅ Sejarah Islam di China yang jarang didedahkan
✅ Hubungan Laluan Sutera dengan peradaban dunia
✅ Tamadun China dari lensa Islam
✅ Inspirasi kembara ke Xi'an & Yunnan

🎁 Bonus:
Dua destinasi kembara ilmu & tamadun akan dikupas –
📍 KEMBARA XI'AN – menyusuri kota silam
📍 KEMBARA YUNNAN – keindahan alam & warisan Islam

📲 Pendaftaran & maklumat:
011-31681247 (En. Amir)

> Tempat terhad. Interaktif & santai.
> Sesi ini untuk mereka yang haus akan ilmu bermanfaat.

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua 😁.Anda beraya di mana tahun ni?
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua 😁.

Anda beraya di mana tahun ni?

Address

Batu Caves Centre Point, 54-G, Jalan 2, Taman Industri Bolton
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Friday 09:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GPTD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to GPTD:

Shortcuts

Share