Wanita ISMA Gombak

Directions

Wanita ISMA Gombak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wanita ISMA Gombak, Nonprofit Organization, 1C, Jalan SG 3/17, Taman Sri Gombak, Batu Caves Batu Caves (town), Batu Caves.

Slogan:
Perjuangan bermula dari rumah


Visi:
Menjadi gerakan wanita Islam yang dikenali di Malaysia

Misi:
Kami adalah gerakan wanita yang memimpin masyarakat dengan memperkasakan jatidiri wanita untuk menyelamatkan ummah dan memartabatkan Islam.

16/10/2026

BULI: MEMPERKASA KOMUNITI SEBAGAI BENTENG SOSIAL

Mutakhir ini, kita sering dikejutkan dengan kisah buli dalam kalangan pelajar sekolah. Ada kes yang menyebabkan kecederaan serius, malah ada yang berakhir dengan kematian. Apabila tragedi berlaku di sekolah, perhatian masyarakat lazimnya tertumpu kepada sekolah, termasuk kekurangan kamera litar tertutup (CCTV), tahap pengawasan guru dan warden, keberkesanan sistem disiplin, serta pembahasan mengenai hukuman dan rotan.

Ya, semua perkara ini penting dan perlu ditambah baik. Namun, ada satu lagi dimensi yang kurang diberikan perhatian, iaitu keadaan komuniti yang membesarkan anak-anak tersebut sebelum dan selepas mereka berada di sekolah.

Golongan muda hari ini sebahagian besarnya terdiri daripada Generasi Z (Gen Z) dan Generasi Alpha (Gen Alpha). Gen Z secara umum merujuk kepada generasi yang lahir sekitar penghujung 1990-an hingga awal 2010-an, ketika internet, telefon pintar dan media sosial berkembang pesat.

Gen Alpha p**a ialah generasi selepasnya yang sejak kecil membesar bersama skrin, media sosial, permainan dalam talian dan algoritma digital. Sempadan tahun antara generasi ini tidaklah mutlak, tetapi perubahan sosial yang berlaku cukup jelas. Mereka mungkin mempunyai jaringan digital yang sangat luas, tetapi pada masa yang sama semakin kurang ruang untuk berinteraksi secara bersemuka.

Seorang anak mungkin mempunyai ratusan kenalan dalam talian, tetapi belum tentu mengenali jiran yang tinggal tiga buah rumah darinya.

Dahulu Anak Membesar dalam Sebuah Komuniti

Dahulu, seorang anak membesar bukan sahaja dalam sebuah keluarga, tetapi juga dalam sebuah kampung atau komuniti. Komuniti tradisional tentunya bukan sempurna dan kenakalan tetap berlaku. Namun, seorang kanak-kanak biasanya berada dalam suatu jaringan sosial yang lebih luas.

Jiran mengenali ibu bapanya, orang dewasa mengenali anak-anak di kawasan tersebut, manakala surau, masjid, padang, kenduri, gotong-royong dan aktiviti kampung menjadi ruang pertemuan antara generasi.

Jika seorang anak melakukan sesuatu yang keterlaluan, ada mata yang melihat, ada mulut yang menegur dan ada kemungkinan perkara tersebut sampai kepada pengetahuan keluarganya. Pendidikan sosial tidak hanya berlaku melalui ibu bapa dan guru. Komuniti turut menjadi mata, telinga dan suara yang membantu membentuk tingkah laku anak-anak.

Hal ini menunjukkan komuniti yang berorganisasi mempunyai saluran komunikasi, aktiviti gotong-royong, program kebajikan, sukan, kenduri, rondaan keselamatan serta hubungan yang lebih tersusun dengan PBT dan pihak polis boleh menjadi penyelamat kepada anak-anak remaja.

Apabila berlaku kematian, kemalangan atau musibah, masyarakat bergerak membantu. Apabila timbul konflik, ada pihak yang boleh menjadi pengantara. Daripada hubungan sebegini lahir semangat kekitaan, rasa kepunyaan dan tanggungjawab terhadap orang lain.

Inilah antara benteng sosial yang semakin perlu diperkukuhkan.

Tetapi sekarang, sebahagian kawasan perumahan moden hari ini mungkin padat dengan rumah, tetapi semakin longgar hubungan sosialnya. Tanpa persatuan penduduk, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) atau kesatuan komuniti yang aktif, aspek keselamatan lebih banyak menjadi urusan keluarga masing-masing, kebersihan diserahkan kepada individu atau pihak berkuasa tempatan (PBT), konflik menjadi masalah antara dua keluarga dan aktiviti bersama semakin terhad.

Jiran kurang mengenali jiran, apatah lagi mengenali anak-anak dan remaja di kawasan tersebut. Kemudahan seperti padang, taman permainan dan dewan p**a akhirnya hanya menjadi infrastruktur fizikal, bukannya ruang untuk membina hubungan kemasyarakatan.

Pembuli Tidak Tiba-tiba Menjadi Pembuli

Dalam konteks buli, seorang pembuli tidak tiba-tiba menjadi pembuli apabila melangkah masuk ke pagar sekolah. Begitu juga sifat tidak berempati, kecenderungan merendahkan orang lain, menganggap kekerasan sebagai hiburan atau keinginan untuk menunjukkan dominasi tidak terbentuk dalam satu malam.

Tingkah laku manusia berkembang daripada interaksi pelbagai faktor, termasuk keluarga, rakan sebaya, sekolah, pengalaman hidup, dunia digital dan komuniti.

Maka, penyelesaian terhadap isu buli tidak boleh dibebankan kepada sekolah semata-mata. CCTV membantu merakam kejadian, guru disiplin mengambil tindakan dan hukuman boleh menjadi salah satu langkah pencegahan. Namun, semua itu belum mencukupi untuk membentuk manusia.

Komuniti Perlu Diperkasa Semula

Sudah sampai masanya komuniti dilihat sebagai sebahagian daripada ekosistem pendidikan generasi muda. Persatuan penduduk, KRT, masjid, surau, NGO, kelab sukan serta kump**an belia perlu diperkasa supaya bukan sekadar aktif apabila berlaku masalah, tetapi menjadi institusi sosial yang hidup sepanjang tahun.

Melalu platform tersebut, kita dapat melakukan banyak aktiviti yang membawa anak-anak keluar daripada bilik, skrin dan dunia digital kepada kembali berinteraksi dengan manusia dan alam sebenar.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti solat berjemaah, tadabbur alam, kem ibadah serta aktiviti yang membina kesedaran bahawa kehidupan mempunyai nilai, tujuan dan pertanggungjawaban.

Pendidikan moral akan lebih bermakna apabila anak bukan sekadar mengetahui bahawa membuli itu salah, tetapi mempunyai asas dalaman untuk memahami mengapa menzalimi, menghina dan menyakiti manusia lain itu salah.

Pada masa yang sama, komuniti boleh memperbanyakkan aktiviti sebenar seperti perkhemahan, memasak, ikhtiar hidup, mendaki, berkebun, memancing, orientering, pertolongan cemas dan khidmat masyarakat.

Aktiviti seperti ini memerlukan kerjasama, disiplin, kesabaran, kepimpinan serta kebergantungan antara satu sama lain. Anak yang biasa bekerjasama mendirikan khemah, menyediakan makanan untuk kump**an atau membantu rakannya menyelesaikan tugasan memperoleh pengalaman sosial yang sangat berbeza daripada hanya berinteraksi melalui skrin.

Malah, komuniti boleh mula mewujudkan lebih banyak program no gadget, iaitu beberapa jam atau sehari tanpa telefon pintar dan permainan digital. Bukan kerana teknologi itu musuh, tetapi kerana generasi yang hidup dalam dunia digital juga perlu dilatih untuk berbual secara bersemuka, membaca emosi manusia, bertolak ansur, menyelesaikan perselisihan dan menikmati aktiviti tanpa memerlukan rangsangan skrin pada setiap masa.

Bagi meningkatkan tahap kepekaan anak-anak kepada masyarakat, sikap itu boleh dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, ziarah orang sakit, membantu keluarga yang ditimpa musibah, membersihkan kawasan awam, program bersama warga emas dan aktiviti sukarelawan juga sebenarnya mempunyai fungsi pendidikan yang besar.

Di sinilah seorang anak belajar bahawa masyarakat mempunyai golongan yang lebih tua untuk dihormati, golongan yang memerlukan bantuan untuk dibantu, rakan yang perlu dijaga serta kepentingan bersama yang kadangkala perlu didahulukan daripada kehendak diri.

Komuniti yang Kuat Bukan Sekadar WhatsApp Group

Komuniti yang kuat bukan sekadar mempunyai WhatsApp group. Sebaliknya, komuniti yang anggotanya saling mengenali, anak-anak mempunyai ruang untuk membesar bersama, orang dewasa berani menegur dengan hikmah dan masyarakat mempunyai aktiviti bersama yang berterusan.

Sekolah tetap perlu diperkasa. CCTV perlu mencukupi di lokasi berisiko, aduan mesti diambil serius, guru dan warden perlu mempunyai sistem sokongan yang baik, manakala disiplin perlu dilaksanakan secara berkesan.

Namun, kamera hanya boleh merakam kejadian dan hukuman hanya mampu mengawal sebahagian tingkah laku. Pembentukan manusia memerlukan manusia lain.

Jika kita benar-benar mahu menangani buli dalam jangka panjang, usaha itu tidak boleh berhenti di pagar sekolah. Kita perlu membina kembali komuniti yang berfungsi, iaitu komuniti yang berorganisasi, berkomunikasi, beribadah, bekerj bersama, membantu sesama sendiri dan sesekali berani menutup telefon untuk kembali memandang manusia di hadapan mereka.

Sekolah mungkin menjadi tempat sesuatu kes buli berlaku, tetapi pembentukan seorang anak berlaku dalam seluruh ekosistem kehidupannya.

Memperbaiki sekolah adalah penting. Memperkasa keluarga dan menghidupkan kembali komuniti juga merupakan sebahagian daripada penyelesaiannya.

Mohammad Fikri bin Abd Rahim
Naib Yang Dipertua ISMA Alor Setar

16/10/2026
Sedang berlangsung :Kuliah Dhuha Muslimat diteruskan lagi dengan pengajian Siri ke-5  dari buku 40 Hadis Tentang Kemulia...
02/10/2026

Sedang berlangsung :

Kuliah Dhuha Muslimat diteruskan lagi dengan pengajian Siri ke-5 dari buku 40 Hadis Tentang Kemuliaan Warga Emas.

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: Jumaat, 2 Oktober 2026
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 โ€“ 10.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Surau Al-Husna, PPR Seri Semarak

๐Ÿ“– Tajuk:
40 Hadis Tentang Kemuliaan Warga Emas โ€“ Siri 5

๐ŸŽ™๏ธ Penceramah:
Ustazah Junainah Samad
Sarjana Muda Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar


ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽSatu kehilangan buat para wanita.Pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bu...
28/09/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Satu kehilangan buat para wanita.
Pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan insan terdekat, tetapi juga oleh para wanita yang mengenali sumbangan dan keteladanan beliau sepanjang hayat.

Seorang wanita yang telah melalui perjalanan panjang sebagai doktor, ibu, isteri dan tokoh masyarakat, dengan banyak sumbangan dalam bidang kesihatan dan kemasyarakatan.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa, menerima segala amal soleh .

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

ุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽ

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan takziah di atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali, isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, al-Fatihah.

Wanita ISMA Gombak Dekati Komuniti Wanita TAMAN MELEWAR | 16 September 2026 โ€“ Alhamdulillah, Wanita ISMA Gombak turun be...
16/09/2026

Wanita ISMA Gombak Dekati Komuniti Wanita

TAMAN MELEWAR | 16 September 2026 โ€“ Alhamdulillah, Wanita ISMA Gombak turun bersama komuniti wanita di Taman Melewar dalam satu sesi perkongsian dan perbincangan yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh ukhuwah.

Pertemuan ini turut membuka ruang untuk Wanita ISMA Gombak bertukar pandangan bersama komuniti berkaitan perancangan dan pembangunan remaja serta anak-anak di kawasan setempat.

Usaha mendekati komuniti ini diharap menjadi langkah kecil ke arah membina masyarakat yang lebih kuat, saling menyokong serta prihatin terhadap pembangunan generasi akan datang.

Wanita bukan sahaja berperanan dalam keluarga, bahkan mempunyai ruang yang besar dalam membangunkan komuniti dan membentuk generasi.

Bersama wanita, kita bina komuniti.
Bersama komuniti, kita bina generasi. ๐ŸŒท

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia!



Status sudah berkahwin pun bukan bermakna batas pergaulan antara lelaki dan perempuan menjadi longgar.Bahkan, apabila se...
14/09/2026

Status sudah berkahwin pun bukan bermakna batas pergaulan antara lelaki dan perempuan menjadi longgar.

Bahkan, apabila seseorang sudah berumah tangga, menjaga batas itu semakin penting kerana ia bukan sahaja menjaga maruah diri, tetapi juga menjaga hati pasangan dan memelihara keharmonian rumah tangga.


14/09/2026

"Srikandi Tamadun: Mengapa Merdeka Bermula di Tangan Wanita Berilmu"
Oleh: Siti Khairun Nisa binti Tajuddin
Ketua Wanita ISMA Nilai

1. Apabila istilah kemerdekaan disebut dicanang di corong media-media sudah tentu kita merasai bahawa bahang tanggal keramat 31 Ogos yang kian menghampiri. Kita sebagai rakyat Malaysia amat menghargai tarikh tersebut yang merupakan Hari Kemerdekaan tanah air, dan pada tahun ini genaplah 69 tahun kita bebas daripada cengkaman penjajah. Bagaimanapun, memaknai erti kemerdekaan yang sebenar bukan hanya pembebasan penjajahan atau fizikal semata-mata tetapi ruangnya lebih besar dan mendalam. Tokoh pemikir, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas menyatakan kemerdekaan dengan penggunaan istilah ikhtiyar iaitu kebebasan mutlak manusia untuk membuat pilihan demi kebaikan serta kebenaran, sekali gus membebaskan diri daripada belenggu kejahilan dan perhambaan sesama makhluk. Dalan konteks ini, peranan wanita sangat penting kerana mereka merupakan madrasah (sekolah) pertama dalam institusi keluarga. Pembentukan peradaban bermula daripada unit kecil iaitu ahli keluarga asas sebelum melebar kepada pembentukan masyarakat. Pemikiran yang kritis dan sifat berwibawa wanita akan dapat membentuk acuan masa hadapan negara yang akan mengesani dan mencorakkan sebuah peradaban atau tamadun yang hebat.

2. Islam hadir membawa sinar baharu dan mengangkat tinggi darjat dan martabat wanita. Sejarah negara kita menyanggah naratif orientalis Barat menggambarkan wanita Islam sebagai terkongkong, jumut atau pasif. Ketika Eropah masih lagi diselubungi Zaman Kegelapan, tamadun Islam telah melahirkan pakar ilmuan wanita yang hebat. Sebagai contoh, Sutayta al-Mahamili yang hidup pada abad ke-10 di Baghdad merupakan seorang pakar bidang matematik, perundangan dan sastera. Begitu juga Lubna dari Cordoba yang hidup pada abad ke-10 di era Andalusia yang merupakan pakar nahu, penterjemah serta merupakan penyelia Perpustakaan Diraja Cordoba yang menyimpan ribuan manuskrip ilmu. Malah, Ibnu Hajar al-Asqalani merupakan seorang sarjana besar telah memberi pengiktirafan rasmi dalam karya-karya beliau dengan mencatatkan autoriti intelektual dalam kalangan wanita. Lembaran sejarah yang panjang menjadi bukti kukuh bahawa wanita berperanan dan terlibat secara langsung dalam pembinaan sebuah peradaban.

3. Tradisi keilmuan islam yang syumul ini turut mengesani dan memberi kesan yang besar terhadap Tanah Melayu, lalu membentuk pemikiran srikanti wanita tempatan dan merubah struktur masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Sejarah membuktikan bahawa tokoh seperti Ibu Zain dan Tan Sri Aishah Ghani telah bergerak berjuang atas landasan kesedaran beragama serta kekuatan tadisi keilmuan islam. Kefahaman agama yang mendalam memberi mereka kekuatan dan keyakinan bahawa wanita berhak bersuara, belajar, dan memimpin gerakan pembebesan tanah air demi memelihara masyarakat daripada anasir luar.

4. Kini, kita sudah mencapai kemerdekaan, tetapi persoalan besar yang kita perlu renungi adakah status kemerdekaan ini hanya sekadar bebas daripada penjajahan fizikal? Sudah tentu, tidak. Kita perlu berperanan dan memikul amanah dalam membina generasi baharu yang mencintai agama dan dahagakan ilmu pengetahuan sehingga melahirkan jiwa merdeka yang utuh. Jiwa yang tidak tunduk kepada acuan materilisme atau kapitalisme Barat yang sering mengeksploitasi wanita daripada pelbagai sudut. Kita mahukan kemerdekaan yang sebenar dengan mengembalikan martabat wanita berdasarkan ketaqwaan kepada Allah, kekuatan intelek supaya melahirkan generasi yang hebat seperti kehebatan generasi yang terdahulu.

Rujukan
1. Al-Attas, S.M.N. (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: ABIM.
2. Ramlah Adam (2003). Biografi Wanita dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Al-Muhaddithat: The Female Scholars in Islam oleh Mohammad Akram Nadwi.
4. Dinamika Pendidikan Islam: Pengaruh Peradaban Islam dan Ketamadunan Barat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Address

1C, Jalan SG 3/17, Taman Sri Gombak, Batu Caves Batu Caves (town)
Batu Caves
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita ISMA Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share