AKRAB MPS

Directions

AKRAB MPS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AKRAB MPS, Non-Governmental Organization (NGO), Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, Batu Caves.

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam AKRAB MPS dianggotai oleh kakitangan sektor awam yang terlatih serta telah ditauliahkan oleh (JPA) untuk membantu kakitangan MPS khususnya yang berada dalam keadaan psikologi yang kurang sihat kepada yang lebih baik.

13/10/2026
08/10/2026

๐Ÿ’ก Banyak idea, banyak cadangan, tapi kalau seorang saja yang buatโ€ฆ sampai bila?
Kerja secara berkumpulan bukan sekadar berkongsi idea, tapi sama-sama turun padang, bahagi tugas dan gerakkan usaha sampai jadi kenyataan. Jangan hanya pandai mencadangkan, tenaga dan komitmen pun kena sama-sama dicurahkan. ๐Ÿค

Biar ramai yang menyumbang, bukan seorang yang terbeban.

๐Ÿ” Setuju? Repost, reshare, like & komen tanda setuju! ๐Ÿ™Œ๐Ÿป๐Ÿ’ฏ




30/09/2026
28/09/2026

NAMPAK FUNGSI, TAPI DALAM KEPALA SEDANG BERPERANG.

Dia masih datang kerja tepat pada waktunya.
Masih senyum di kaunter.
Masih siapkan laporan sebelum deadline.
Masih reply mesej kerja malam-malam.

Dari luar, nampak sihat dan 'functioning'.
Tetapi di dalam, dia mungkin sedang terlalu lelah dan bertahan senyap-senyap.

Dapatan saringan MyPsyD menunjukkan 55,169 penjawat awam (4.6%) dikategorikan berisiko tinggi bagi kesihatan mental, manakala lebih 421,000 lagi berada dalam kategori risiko sederhana.

Tetapi ini bukan sekadar angka atau data laporan.

Ini adalah peringatan penting buat setiap organisasi dan majikanโ€”sama ada di sektor awam mahupun swasta:

๐Ÿ“Œ Risiko tinggi bukan bermaksud hilang keupayaan, tetapi isyarat awal perlunya sokongan dan intervensi.
๐Ÿ“Œ Kesihatan mental tempat kerja bukan isu individu sahaja, tetapi soal persekitaran dan keperihatinan rakan sekerja.

Sebelum menuntut KPI dan hasil kerja, tanyakan soalan paling asas:
"Kawan sebelah meja kita hari ini, betul-betul okay ke?"

Tag rakan sekerja anda atau kongsikan peringatan ini di Feed anda.

24/09/2026
23/07/2026

๐—”๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ผ๐—ฐ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ: ๐—ฃ๐˜‚๐—ป๐—ฐ๐—ฎ, ๐—›๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ, ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป, ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด

Kebocoran data peribadi daripada penyedia perkhidmatan seperti syarikat telekomunikasi dan institusi perbankan kebanyakannya berlaku akibat kelemahan keselamatan siber, serangan godaman, atau ralat manusia. Penjenayah siber sentiasa mengeksploitasi celah pada sistem keselamatan menerusi perisian tebusan (๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ด๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ธ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ) dan taktik pancingan data (๐˜ฑ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ด๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ) untuk mencuri maklumat sensitif seperti nombor kad pengenalan, alamat, serta butiran akaun bank. Selain serangan luar, kebocoran ini juga sering tercetus daripada kecuaian pekerja yang tidak mematuhi protokol keselamatan maklumat, ataupun tindakan culas pihak dalaman yang sengaja menjual data pengguna demi keuntungan peribadi.

Sebagai pengguna di Malaysia, anda mempunyai hak di bawah ๐—”๐—ธ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ (pindaan) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ24 (๐—”๐—ฃ๐——๐—ฃ) untuk mengetahui bagaimana data anda dikumpul, digunakan, serta berhak meminta data tersebut dikemas kini atau dipadamkan jika tidak lagi diperlukan. Untuk melindungi diri, anda perlu mempertingkat keselamatan akaun secara kendiri dengan mengaktifkan pengesahan dua faktor (2FA), menggunakan kata laluan yang kuat serta berbeza bagi setiap akaun, dan mengelak daripada menekan pautan yang mencurigakan. Anda juga disarankan untuk sentiasa menyemak penyata kewangan secara berkala serta menyekat atau melaporkan dengan pantas kepada pihak bank dan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sekiranya mengesan sebarang aktiviti yang tidak diiktiraf.

Mana-mana individu atau organisasi yang didapati bersalah membocorkan, menyalahgunakan, atau menjual data peribadi tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan undang-undang yang tegas di bawah APDP (pindaan) 2024 serta akta berkaitan seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pesalah boleh berdepan dengan hukuman denda mencecah ratusan ribu ringgit, hukuman penjara sehingga beberapa tahun, atau kedua-duanya sekali mengikut tahap keseriusan pencerobohan tersebut. Tindakan undang-undang yang ketat ini bertujuan memastikan setiap penyedia perkhidmatan sentiasa memikul tanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga integriti dan kerahsiaan data pelanggan mereka.

Address

Persiaran 3, Bandar Baru Selayang
Batu Caves
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKRAB MPS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share