15/06/2026
5 Jun 2026 | Pantai Teluk Senangin, Lumut Perak.
PROGRAM RAKAN BUMI SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2026 🌱🏝️🌊
Program Rakan Muda@Rakan Bumi Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2026 telah berjaya dilaksanakan. Majlis Belia Hindu Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan, Majlis Belia Malaysia dan ADTEC JTM Kampus Ipoh telah melaksanakan gotong royong pembersihan sekitar Kawasan pantai tersebut.
Antara Aktiviti yang telah dilaksanakan adalah gotong-royong pembersihan kawasan pantai, pengasingan bahan Kitar semula, timbang bahan kitar semula, Explorace Alam dan kesedaran kepentingan alam sekitar.
Majlis Penutup program telah dirasmikan oleh Tuan Naim Al Amin Bin Dato Saharudin Pengerusi Tetap MBM merangkap Presiden MBN Perak. Turut hadir memeriahkan Wakil JBSN Perak En. Azlan Bin Hussain, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Manjung, En Ahmad Nazrin Shah, Timbalan Presiden MBN Perak dan En Anwar Azwan, Pengerusi MBD Manjung.
Majlis Belia Hindu Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan, rakan strategik, agensi terlibat serta komuniti setempat yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
“Service Above Self”