Pertubuhan Amal Jaringan Perpaduan

Pertubuhan Amal Jaringan Perpaduan Pertubuhan Amal Jaringan Perpaduan (PAJP) didaftar pada tahun 2018. Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan kemasyarakatan

Selamat menyambut Maulidur Rasul 25 OGOS 2026 ~ 12 RABILUAWAL 1448HRasulullah SAW adalah rahmat kepada seluruh alam. Mar...
24/08/2026

Selamat menyambut Maulidur Rasul 25 OGOS 2026 ~ 12 RABILUAWAL 1448H
Rasulullah SAW adalah rahmat kepada seluruh alam. Marilah kita sama-sama menghidupkan semangat kasih sayang, kesederhanaan dan keikhlasan yang Baginda ajarkan. Semoga tahun ini membawa lebih banyak kebaikan dan ketenangan buat kita semua.

Iklas Daripada Kami :
PERTUBUHAN AMAL JARINGAN PERPADUAN MALAYSIA.
PERTUBUHAN AMAL AMANAH BERSEDIA SEJIWA.
GERAK SEJIWA.

**ALHAMDULILLAH**Paduka Utama Tok Ayah telah selamat dikebumikan.Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, kami sekeluar...
21/06/2026

**ALHAMDULILLAH**

Paduka Utama Tok Ayah telah selamat dikebumikan.

Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, kami sekeluarga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga, ahli baiah, sahabat handai, jiran tetangga, rakan-rakan serta para kenalan yang hadir menziarahi, mengiringi jenazah, menyampaikan ucapan takziah, serta menghulurkan sumbangan tenaga, doa dan wang ringgit sepanjang urusan pengurusan dan pengebumian arwah.

**Allahyarham Mohamed Jaffar Bin Botok**
**Paduka Utama Tok Ayah Jaffar**
**Tok Kuningan Sakti**

* Ahli Majlis Syura Bendahara Malaysia
* Pengerusi Pertubuhan Amal Jaringan Perpaduan Malaysia
* Pengerusi Pertubuhan Nusantara Bendahara Malaysia
* Penasihat Pertubuhan Amal Amanah Bersedia Malaysia
* Penasihat Gerak Sejiwa

📅 **09 Jun 1948 – 19 Jun 2026**
🗓️ **22 Syaaban 1367H – 04 Muharram 1448H**

Semoga segala kebaikan, bantuan dan doa yang diberikan kepada arwah serta keluarga kami dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

Kami juga memohon agar Allah SWT mengampunkan segala dosa dan kesilapan arwah, melimpahkan rahmat-Nya, meluaskan kuburnya, menerangi alam barzakh beliau serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman, beramal soleh dan beroleh syurga-Nya.

**Al-Fatihah buat Allahyarham.**

*"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali."*
**إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ**

Tanah Perkuburan Bukit Taman Permata Gombak
Lot : 3343

Tentatif:7 pagi :Jenazah akan dibawa ke Masjid Jamek Amaniah untuk pengurusan jenazah9 pagi : Solat Jenazah10 pagi : Ber...
19/06/2026

Tentatif:

7 pagi :
Jenazah akan dibawa ke Masjid Jamek Amaniah untuk pengurusan jenazah

9 pagi : Solat Jenazah

10 pagi : Bertolak ke tanah perkuburan Bukit Permata Gombak

PADUKA UTAMA TOK AYAH JAFFAR

SEMOGA DI PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN PADUKA UTAMA TOK AJPInfo semasa DR cakap kondisi TOK AJP makin melemahDr tak dapat k...
19/06/2026

SEMOGA DI PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN PADUKA UTAMA TOK AJP

Info semasa DR cakap kondisi TOK AJP makin melemah

Dr tak dapat kesan penyakit yang sebenarnya lagi.

Selain jantung, usus, prostat mungkin ada kuman kat darah yang masih belum check.

Sekarang masih menunggu Dr lain datang.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran 🎊🎂 TOKABAH Yang Ke 78tahun Semoga Di Permudahkan Segala Urusan Dunia Akhirat.Semoga ALLAH ...
09/06/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran 🎊🎂 TOKABAH Yang Ke 78tahun Semoga Di Permudahkan Segala Urusan Dunia Akhirat.

Semoga ALLAH angkat penyakit dan sembuh seperti sedia kala AMIIIN.

Info
Masih menunggu keputusan nak buat pembedahan (usus bengkak) ♻️

MASIH DI ZON KUNING

26/05/2026

Semoga Aidiladha ini mengingatkan kita tentang keikhlasan, ketaatan dan pengorbanan dalam meraih keredaan Allah SWT.
Semoga ibadah korban kita diterima dan membawa
keberkatan kepada semua.

"Bukan daging dan darah korban yang sampai kepada
Allah, tetapi ketakwaan hamba-Nya."
- Surah Al-Hajj, 22:37

IKLAS DARI KAMI

⬇️⬇️⬇️PERUTUSAN⬇️⬇️⬇️Pengasas Pertubuhan Amal Jaringan Perpaduan MalaysiaPaduka Utama Tok Ayah Jaffar Putri @ TOK AJPKin...
22/04/2026

⬇️⬇️⬇️PERUTUSAN⬇️⬇️⬇️

Pengasas Pertubuhan Amal Jaringan Perpaduan Malaysia

Paduka Utama Tok Ayah Jaffar Putri @ TOK AJP

Kini di masukkan ke Hospital Ampang WAD 5D Katil 7

Asbab Kencing Berdarah Sejak Bulan Puasa
Punca Penyakit Masih Menunggu Dr Bagi Jawapan

Waktu Melawat
Isnin-Jumaat
12.30pm-2.30pm
Sabtu-Ahad
4.30pm-7.00pm

Rabu
21/4/2026

20/03/2026
18/02/2026

Address

Jalan Raintree Utama
Batu Caves

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Amal Jaringan Perpaduan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Amal Jaringan Perpaduan:

Shortcuts

Share