Alternative Riding Club (ARC) Pemuda PAS Gombak

Alternative Riding Club (ARC) Pemuda PAS Gombak Alternative Riding Club Gombak (ARC GOMBAK) Jom ramai-ramai sertai ARC Gombak.

Alhamdulillah, ARC Gombak pada hari ini berkesempatan mengadakan ziarah ukhuwah serta menyampaikan sumbangan kepada KOMT...
10/05/2026

Alhamdulillah, ARC Gombak pada hari ini berkesempatan mengadakan ziarah ukhuwah serta menyampaikan sumbangan kepada KOMTAQ, Kerdau, Pahang — sebuah institusi yang diasaskan oleh YB Ustaz Kamal Ashaari, Ahli Parlimen Kuala Krau.

Syukur ke hadrat Allah SWT, seluruh delegasi ARC Gombak selamat tiba dan kembali ke destinasi masing-masing dengan baik. Walaupun perjalanan ini diuji dengan sedikit kerosakan motosikal, namun ia bukanlah suatu beban yang melemahkan semangat. Bahkan, ujian kecil itu menjadi bukti bahawa nilai persaudaraan dan ukhwah yang dibina sentiasa menuntut kita untuk saling membantu, memahami dan melengkapi antara satu sama lain.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Geng Motor Surau Al-Kahfi, ARC Kawasan Kota Raja, ARC Kawasan Hulu Langat serta ARC Kawasan Bangi atas kebersamaan dan komitmen sepanjang program ini berlangsung. Ucapan terima kasih juga kepada ARC Temerloh dan ARC Pahang yang telah menyambut kehadiran kami dengan penuh mesra, menunjukkan laluan perjalanan serta meraikan rombongan kami dengan layanan yang amat baik.

Inilah nilai sebenar sebuah ukhwah yang dibina atas dasar iman dan perjuangan. Pertemuan yang bermula dengan minat dan hobi yang sama akhirnya menjadi jambatan kepada pengukuhan silaturahim, medan kebajikan serta ruang memperkukuhkan kasih sayang sesama sahabat.

Di penghujung program, kami berpisah dengan penuh rasa syukur dan kasih dalam ukhwah. Pelukan persaudaraan yang terjalin menjadi simbol bahawa setiap pertemuan dan perpisahan ini dilakukan semata-mata kerana Allah SWT.

Mudah-mudahan setiap langkah, setiap perjalanan dan setiap pengorbanan kecil dalam program ini dihitung sebagai amal kebaikan di sisi Allah.

Walaupun bermula dengan hobi bermotor, biarlah ia terus menjadi wasilah yang membawa hati-hati ini semakin dekat kepada reda Allah SWT.

10/05/2026

“Kita tak dapat pahala atas apa yang berlaku, tapi kita dapat pahala atas apa yang kita usahakan.”

— YB Ustaz Tuan Haji Kamal bin Ashaari

Kata-kata nasihat dan taujihad penuh bermakna daripada YB Ustaz Tuan Haji Kamal bin Ashaari kepada ARC Gombak sempena program Ride Mahabbah to KOMTAQ, Kerdau, Pahang.

Sebuah peringatan bahawa setiap usaha, pengorbanan dan keikhlasan yang dilakukan di jalan perjuangan pasti mempunyai nilai di sisi Allah SWT.

Usrah Raya ARC Gombak: Mengikat Ukhwah, Menyubur Semangat PerjuanganUsrah Raya ARC Gombak pada kali ini telah berlangsun...
17/04/2026

Usrah Raya ARC Gombak: Mengikat Ukhwah, Menyubur Semangat Perjuangan

Usrah Raya ARC Gombak pada kali ini telah berlangsung dengan penuh bermakna di kediaman Ustaz Hasbullah Ridzwan, Timbalan Yang Dipertua PAS Gombak. Suasana yang harmoni dan mesra jelas terpancar sejak awal program, menghimpunkan ahli dalam satu ikatan ukhwah yang erat.

Majlis dimulakan dengan kata aluan serta taujihad yang sarat dengan pengisian tentang erti perjuangan, menyuntik semangat dan kesedaran dalam kalangan hadirin. Seterusnya, Ketua Pemuda PAS Gombak turut menyampaikan nasihat yang membina, penuh hikmah dan menyentuh jiwa, sebagai panduan dalam meneruskan langkah perjuangan.

Kemuncak suasana diraikan dengan hidangan potluck yang pelbagai, hasil sumbangan ahli yang hadir. Kemeriahan jelas terasa, bukan sekadar pada juadah yang tersedia, tetapi pada keakraban dan kebersamaan yang terjalin.

Di penghujung Syawal ini, Usrah Raya menjadi medan terbaik untuk terus mengikat dan memperkukuh ukhwah sesama ahli ARC Gombak — membuktikan bahawa hubungan yang dibina atas dasar perjuangan tidak pernah terlerai, malah terus mekar dan bertaut erat.

SINGGAH SAHUR ARC GOMBAK: MENYANTUNI MASYARAKAT WAKTU MALAM.Malam ini, ARC Gombak dengan kerjasama Syabab Care Malaysia ...
28/02/2026

SINGGAH SAHUR ARC GOMBAK: MENYANTUNI MASYARAKAT WAKTU MALAM.

Malam ini, ARC Gombak dengan kerjasama Syabab Care Malaysia turun menyantuni golongan front liner dan para pekerja 24 jam menerusi program tahunan Singgah Sahur.

Hampir 200 bungkus makanan sahur telah diagihkan kepada anggota polis, bomba serta pekerja yang masih bertugas ketika majoriti masyarakat sedang berehat. Penghargaan ini dizahirkan sebagai tanda terima kasih atas komitmen dan pengorbanan mereka yang memastikan keselamatan serta kelangsungan urusan harian sentiasa terpelihara.

Edaran sahur meliputi sekitar Sri Gombak Prima, kawasan UIA, BMI, serta premis-premis perniagaan di sepanjang Jalan Batu 6, Gombak termasuk balai polis dan balai bomba berhampiran.

Program ini merupakan inisiatif tahunan setiap kali Ramadan menjelang tiba — menyantuni mereka yang bekerja ketika orang lain sedang tidur, menghulurkan sokongan moral serta mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

Semoga usaha ini menjadi asbab keberkatan dan mengukuhkan lagi hubungan ukhuwah antara masyarakat dan para petugas barisan hadapan.

ARC Gombak — Terus Prihatin, Terus Berkhidmat.

ZIARAH PRIHATIN ARC GOMBAKAlhamdulillah, ARC Gombak melalui Lajnah Kebajikan telah melaksanakan ziarah kebajikan kepada ...
27/02/2026

ZIARAH PRIHATIN ARC GOMBAK

Alhamdulillah, ARC Gombak melalui Lajnah Kebajikan telah melaksanakan ziarah kebajikan kepada Ustaz Farshi yang sedang diuji dengan kemalangan sehingga memerlukan pembedahan kecil pada kaki.

Ziarah ini bukan sekadar kunjungan, tetapi tanda solidariti, sokongan moral dan doa daripada sahabat-sahabat seperjuangan agar beliau diberikan kesembuhan yang segera serta kekuatan menghadapi ujian ini.

Turut bersama dalam ziarah tersebut ialah wakil ARC Selangor, sebagai manifestasi kesatuan dan kebersamaan dalam mengangkat nilai kebajikan serta keprihatinan sesama anggota masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua para penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan melalui ARC Gombak untuk diserahkan kepada Ustaz Farshi. Setiap ringgit yang disumbangkan adalah bukti kasih sayang dan keikhlasan yang amat bermakna dalam saat-saat getir sebegini.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna buat Ustaz Farshi, mempermudahkan segala urusan rawatan, serta membalas segala kebaikan para penyumbang dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

Kebajikan Diperkasa, Ukhwah Dipelihara.

Pujangga lama pernah berpesan:“If you fail to plan, you plan to fail.”Berpegang pada hikmah itu, kami susun perancangan ...
19/11/2025

Pujangga lama pernah berpesan:

“If you fail to plan, you plan to fail.”

Berpegang pada hikmah itu, kami susun perancangan rapi untuk konvoi kali ini.

ARC dari 3 kawasan berkolaberasi untuk jayakan konvoi ni, iaitu ARC Gombak, ARC Kota Raja dan ARC Kuala Langat.

ARC Kota Raja dan Kuala Langat memang kental.
Sanggup turun ke Gombak semata-mata nak pastikan konvoi ni berjalan lancar.

Yang dari Kuala Langat tu lagi dahsyat lebih dua marhalah jauhnya. Lumayan ganjaran olehNya buat kalian.

Program kali ini, cadangan destinasi adalah sebuah pusat pengajian Islam di Pantai Timur.

Sengaja pilih bumi para alim, tempat anak muda menuntut ilmu — kerana itu bumi barakah.

Dapat lepaskan gian ride, dalam masa yang sama kumpul bekal akhirat.

Pegangan ARC mudah:
“Dalam hobi, kita kutip pahala.”

Asasnya, kita sebagai lelaki memang perlukan aktiviti yang berfokus, mencabar dan berisiko untuk seimbangkan mental dan fizikal — memang begitu ‘setting’ yang Allah bagi.

Dan kita tahu, masyarakat sebenarnya bukan benci orang minat motor, tetapi
mereka cuma anti budak-budak yang bising tak tentu hala dan membahayakan pengguna jalan raya.

Kalau kau s**a ride, tapi mahu circle yang berdisiplin, beradab dan baik,
Alternative Riding Club memang tempatnya.

Stay tuned — untuk yang nak join konvoi, kami akan buka penyertaan tak lama lagi.

ARC KONSISTEN BERSOLIDARITI BERSAMA FALESTEEN!ARC Gombak diberi amanah mengetuai konvoi ARC Selangor ke Himpunan Solidar...
22/10/2025

ARC KONSISTEN BERSOLIDARITI BERSAMA FALESTEEN!

ARC Gombak diberi amanah mengetuai konvoi ARC Selangor ke Himpunan Solidariti Sumud Nusantara dan memperingati 2 tahun Taufan Al-Aqsa di KUIZM, Taman Melewar, Gombak.

Lebih 50 buah motosikal berarak dengan penuh disiplin, teratur dan sistematik, membawa mesej yang jelas, ARC berdiri teguh bersama Palestin!

Menariknya, keahlian ARC bukan sahaja terbuka kepada kapasiti enjin 'open cc', namun juga terbuka kepada semua kaum mahupun latar belakang.

Jom sertai kami. Kita beriadah, berukhwah dan berdakwah cara kita.

14/10/2025
Malam ni TTS ARC Gombak berjalan dengan penuh meriah! Bermula dengan ucapan perasmian Penasihat ARC Gombak Ustaz Rashidi...
02/10/2025

Malam ni TTS ARC Gombak berjalan dengan penuh meriah! Bermula dengan ucapan perasmian Penasihat ARC Gombak Ustaz Rashidi Rantisi, kemudian disusuli dengan pelancaran Baju ARC Gombak edisi ke-3 yang terus dapat sambutan hangat daripada semua ahli ARC Gombak yang sudah siap tempah. Memang gempak!

Turut sama turun memeriahkan, Pengarah ARC Selangor, Sdr Ali Ismail dari Sungai Buloh. Kehadiran beliau menambahkan lagi seri suasana TTS malam ni. Terima kasih atas sokongan padu yang tuan pengarah berikan! 🙌

Anggaran lebih 30 ahli ARC yang hadir — suasana santai, penuh ukhwah, siap dengan cabutan bertuah dengan hadiah yang bukan keleng-kaleng.

Perjumpaan ini bukan saja sekadar berkumpul biasa, tapi kita sentiasa raikan persahabatan yang terjalin kerana minat kami semua yang sama.

Inilah ARC Gombak. Walau datang dari pelbagai latar belakang, ada juga dari group motor yang berbeza, kita tetap bersatu dengan satu hobi: RIDE. Insya-Allah, jumpa lagi dalam program ARC Gombak yang akan datang. Stay tuned! ✨

🔥 USRAH ARC GOMBAK – Majlis Ilmu, Jiwa Semakin Padu! 🔥Alhamdulillah, Usrah ARC Gombak malam ini berlangsung penuh semang...
08/08/2025

🔥 USRAH ARC GOMBAK – Majlis Ilmu, Jiwa Semakin Padu! 🔥

Alhamdulillah, Usrah ARC Gombak malam ini berlangsung penuh semangat bersama naqib jemputan, Dr. Md Nor Hussin, Ketua Dewan Ulama PAS Gombak. Perkongsian beliau benar-benar membuka minda dan menguatkan jiwa perjuangan.

Usrah adalah antara rutin aktiviti bulanan ARC Gombak bagi mengukuhkan ukhuwah dan memperkasa pemikiran ahli. Tajuk usrah kali ini, “Perjuangan Haraki”, memberi penekanan bagaimana nilai dan prinsip perjuangan ini perlu diterapkan serta diamalkan dalam dunia pemotoran yang menjadi medan utama ARC Gombak.

Terima kasih setulusnya kepada tuan rumah, Encik Zahir, atas kesudian menyediakan ruang selesa untuk kami berusrah dan berkongsi ilmu.

Address

No. 83c, Jalan SG 3/10, Pusat Bandar Seri Gombak
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alternative Riding Club (ARC) Pemuda PAS Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Alternative Riding Club (ARC) Pemuda PAS Gombak:

Share