20/10/2026
SMOTRICH TERANG-TERANG MAHU RAMPAS GAZA DAN USIR RAKYAT PALESTIN! 😡😡😡
Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, mengeluarkan kenyataan mengenai penduduk Gaza yang sangat membimbangkan.
Dia kata penduduk Gaza telah dididik untuk membenci Israel. Atas alasan itu, katanya, harapan mereka perlu diputuskan dengan mengambil alih wilayah Gaza dan secara beransur-ansur mendorong penduduknya meninggalkan Palestin.
Lebih licik, dia mahu tindakan itu tidak disebut sebagai penghijrahan paksa, sebaliknya dibungkus dengan istilah “menyelesaikan dan memulihkan masalah pelarian” selepas 78 tahun.
Nampak tak permainan mereka dan juga istilah bahasa yang digunakan?
USIR RAKYAT DARIPADA TANAH AIR SENDIRI, KEMUDIAN NAMAKAN IA PENYELESAIAN MASALAH PELARIAN!
Sejak Nakbah 1948, rakyat Palestin telah menanggung kehilangan tanah, rumah dan hak untuk kembali. Kini, idea untuk mendorong penduduk Gaza keluar dari tanah mereka sekali lagi dibicarakan secara terbuka oleh seorang menteri kanan Israel.
Persoalannya, bagaimana pengusiran boleh dianggap sebagai penyelesaian, sedangkan hak rakyat Palestin untuk hidup di tanah air sendiri terus dipertaruhkan?
PALESTIN BUKAN MILIK KALIAN WAHAI K3R4!
BANYAK LAGI INFO DI :
t.me/Asrikhalid