Rahmat Care

Rahmat Care Islam, Rahmat Untuk Semua

🌙✨ Selamat Hari Raya Eidul Adha 1447H ✨🌙Ikhlas dalam pengorbanan, luhur dalam keimanan.Semoga Eidul Adha kali ini membaw...
27/05/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Eidul Adha 1447H ✨🌙

Ikhlas dalam pengorbanan, luhur dalam keimanan.
Semoga Eidul Adha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.

“Tagabbalallahu minna wa minkum”
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah dan pengorbanan kita.

Daripada kami,
RAHMAT CARE
“Rahmat Untuk Semua”

🤍 Maaf Zahir & Batin

Kunjungan balas Harmoni Prihatin Malaysia - HPM    pejabat Rahmat Care dan pertemuan bersama Ikhlas Care.Terima kasih ab...
09/05/2026

Kunjungan balas Harmoni Prihatin Malaysia - HPM pejabat Rahmat Care dan pertemuan bersama Ikhlas Care.

Terima kasih abg lawyer Jamil, Khairul Iman Hussin dan team HPM yang sudi bertandang. Hubungan akan lebih erat dengan kekeraoam pertemuan & misi² kemanusiaan yang sedang dijangka, pasca korban nanti yang terdekat Kiulu, Tuaran, kita susun, rancang & kasi jadi!

Moga dipermudahkan segala urusan.




06/05/2026
KENYATAAN RASMIPertubuhan Rahmat Untuk Semua (RAHMAT CARE)01 Mei 2026---*KECAM KERAS: ISRAEL — PENGGANAS BERTARAF NEGARA...
01/05/2026

KENYATAAN RASMI
Pertubuhan Rahmat Untuk Semua (RAHMAT CARE)
01 Mei 2026

---

*KECAM KERAS: ISRAEL — PENGGANAS BERTARAF NEGARA, ANCAMAN KEAMANAN SEBENAR DUNIA*

---

Rahmat Care mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab dan tidak bertamadun rejim Zionis Israel yang telah menyerang dan menculik anak-anak kapal Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) di perairan antarabangsa pada 30 April 2026.

*Ini bukan pelanggaran undang-undang biasa. Ini adalah terorisme negara — dilakukan secara terbuka, di hadapan mata dunia.*

Sehingga jam 1 tengahari waktu Malaysia, *22 kapal dirampas secara haram. 10 warga Malaysia diculik.* Mereka bukan ancaman. Mereka adalah manusia bermaruah yang menjunjung kebenaran.

---

*ISRAEL ADALAH PENGGANAS — BUKAN NEGARA BERTAMADUN*

Rejim ini telah terbukti secara sistematik membunuh lebih 50,000 rakyat awam Gaza, memusnahkan hospital dan sekolah, mengepung bantuan kemanusiaan, dan kini merompak kapal di lautan bebas seperti lanun. *Dunia tidak boleh terus menyebutnya "konflik". Ini jenayah perang.*

---

*RAHMAT CARE MENUNTUT:*

*1.* Bebaskan semua anak kapal **serta-merta dan tanpa syarat.*

*2.* Kerajaan Malaysia *bertindak segera* — bukan sekadar kecam, tapi tekan secara diplomatik di setiap peringkat antarabangsa.

*3.* OIC, ASEAN dan PBB *berhenti jadi penonton.* Diam adalah kesukarelaan kepada kezaliman.

*4.* Rakyat Malaysia — *penuhi media sosial anda dengan kecaman kepada tindakan ganas dan bantahan atas perilaku tidak bertamadun.* Setiap hari. Tanpa henti. Sebarkan. Lantangkan. Jangan biarkan dunia lupa. Setiap suara anda adalah tekanan kepada rejim yang berharap dunia berpaling. Bersatu suara dengan berani:

> Israel adalah pengganas. Israel adalah ancaman keamanan sebenar dunia. Selagi rejim ini tidak dihentikan, tiada sudut dunia yang selamat.

---

*KEPADA WARGA MALAYSIA YANG DITAHAN:*

Kalian tidak berseorangan. Kalian adalah wira kemanusiaan. Doa kami tidak putus.

---

*"Dan mengapa kamu tidak mahu berperang pada jalan Allah dan membela orang-orang yang lemah?"*
*— Al-Quran, Surah An-Nisa': 75*

*Diam bukan pilihan. Berdiri dengan berani.*



---

*Mohammad bin Ibrahim*
Pengerusi,
Pertubuhan Rahmat Untuk Semua (RAHMAT CARE)
01 Mei 2026

---

̇ne

22/03/2026
Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka, maka baginya pahala sepert...
14/03/2026

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka.”

Berpegang kepada kelebihan ini, Alhamdulillah hasil sumbangan daripada KNK Catering, wakil Rahmat Care telah mengedarkan juadah iftar kepada penduduk di sekitar DUN Sungai Tua sebagai usaha kecil menyantuni masyarakat setempat sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Program ini bukan sekadar menyampaikan juadah berbuka, bahkan menjadi medium untuk menyemai nilai kasih sayang, mengeratkan ukhuwah serta menzahirkan semangat kebersamaan dalam komuniti.

Semoga setiap pemberian ini menjadi amal jariah yang diterima Allah SWT dan mengundang rahmat serta keberkatan buat semua yang terlibat.


12/03/2026

Antara ziarah yang sempat dilakukan oleh pihak Rahmat Care sepanjang Ramadan ini adalah menziarahi Pakcik Osman bin Daud, seorang pesakit kronik yang menetap di Kampung Nakhoda.

Keadaan kesihatan beliau yang semakin uzur menjadikan kehidupan hariannya sangat mencabar dan beliau antara yang amat memerlukan perhatian serta bantuan daripada kita semua. Ziarah ini sedikit sebanyak untuk menyampaikan sumbangan serta memberi sokongan moral agar beliau terus kuat menghadapi ujian yang Allah berikan.

Kami memohon kepada semua sahabat-sahabat yang berkelapangan untuk turut sama berinfak, agar lebih banyak bantuan dapat disalurkan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Sama-sama kita juga mendoakan Pakcik Osman bin Daud agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini serta dipermudahkan segala urusan beliau.


ZIARAH KASIH RAMADHAN🤍Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, Pengerusi Rahmat Care bersama wakil Ahli Ja...
12/03/2026

ZIARAH KASIH RAMADHAN🤍

Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, Pengerusi Rahmat Care bersama wakil Ahli Jawatankuasa Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana dan Kampung Sungai Tua telah berkesempatan menziarahi beberapa buah rumah melibatkan pesakit kronik serta keluarga asnaf yang sedang diuji dengan kesusahan dan kesakitan.

Dalam ziarah ini, pihak Rahmat Care turut menyampaikan sumbangan Bakul Ramadan hasil daripada infak dan sumbangan orang ramai. Setiap kunjungan bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi juga membawa doa, semangat dan kasih sayang agar mereka yang diuji tidak merasa sendirian.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar mereka yang sedang diuji ini dikurniakan kesembuhan, kekuatan dan kesabaran, serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

Di saat detik-detik akhir Ramadan ini, peluang untuk menambah pahala masih terbuka luas.
Kami menyeru kepada semua yang berkelapangan untuk terus berinfak dan menyumbang, agar lebih ramai lagi saudara kita yang dapat disantuni dan diberikan sinar harapan.

✨ Kadang-kadang, sedikit yang kita hulurkan… menjadi sangat besar maknanya bagi mereka yang sedang berjuang dalam diam.

Semoga setiap infak yang diberikan menjadi saksi kebaikan di hadapan Allah dan bekalan menuju akhirat.




12/03/2026

TAUJIHAD AKHIR RAMADHAN OLEH PENGERUSI RAHMAT CAREP

12/03/2026

TAUJIHAD AKHIR RAMADHAN OLEH PENGERUSI RAHMAT CARE

Address

117 & 118, Jalan Prima SG 4, Prima Sri Gombak
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rahmat Care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rahmat Care:

Share