18/03/2026
Apa itu MOTAC & apa itu MaTeX⁉️
▪️MaTeX
Merupakan "PENSIJILAN" bertaraf industri bagi produk dan perkhidmatan pelancongan di Malaysia. Ia merangkumi enam (6) piawaian utama yang dibangunkan khusus untuk
•Syarikat Agensi Pelancongan (TAC)
•Pengendali Pelancongan Pengembaraan (ATO)
•Pengendali/Pemilik Produk atau Tapak (PSO)
•Syarikat Pengurusan Acara (EMC)
•Tempat Acara Perniagaan (BEV)
•Pemilik/Pengendali Inap Desa & Kampung (HKO)
Setiap piawaian mengandungi sekitar 100 hingga 180 kriteria atau keperluan yang perlu dipatuhi oleh syarikat bagi melayakkan mereka menerima pensijilan MaTEx.
Program MaTEx yang melibatkan latihan, bimbingan serta penilaian ini diwujudkan untuk membantu pemain industri pelancongan berkembang ke tahap yang lebih tinggi. Ia bukan sahaja meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan, malah turut memperkukuh keyakinan dan kepercayaan pelancong terhadap penawaran pelancongan Malaysia.
Dalam masa yang sama, MaTEx juga berperanan sebagai satu bentuk pengiktirafan rasmi kepada produk dan perkhidmatan pelancongan yang mencapai standard kualiti yang tinggi.
-------------------------------------------------
▪️MOTAC
Merupakan "LESEN PERNIAGAAN" yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia kepada syarikat yang menjalankan aktiviti pelancongan sama ada dalam atau luar negara.
Lesen ini berfungsi sebagai kebenaran rasmi di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) dan ia adalah mandatori bagi memastikan semua syarikat dalam industri pelancongan mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan.
Jenis Lesen
•Lesen Pengendali Pelancongan
•Lesen Agensi Pengembaraan
Tujuan Lesen
•Memastikan hanya syarikat yang berdaftar dan
berlesen dibenarkan beroperasi
•Menjamin pematuhan kepada undang-undang
pelancongan
•Melindungi kepentingan pengguna dan pelancong
Kelayakan terbuka kepada syarikat yang ingin menjalankan perniagaan pelancongan dalam negara (domestik) & luar negara (inbound & outbound)
Lesen ini dikeluarkan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Sekadar perkongsian sesama.