Official-Silat Lincah

Official-Silat Lincah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Official-Silat Lincah, Non-Governmental Organization (NGO), Dewan KLMO , Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, 16 Jalan TIB 1/1, Taman Industri Bolton, Batu Caves.

Salam Maulidur Rasul 1448H.Rasulullah SAW, adalah pemimpin, penjamin bagi sekalian umat.  Contoh peradaban yang mulia da...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H.

Rasulullah SAW, adalah pemimpin, penjamin bagi sekalian umat. Contoh peradaban yang mulia dan terpuji, menjadi asbab mengapa mahkluk dan alam ini diciptakan. Membawa Rahmat Allah SWT, yang tersebar ke seluruh pelusuk alam. Raikanlah cinta ini, cinta kepada kekasih yang menjadi kekasih Allah SWT.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YANG MULIA MAHAGURU MUDADATUK SERI HAJI MEGAT ZULKARNAIN TAN SRI OMARDIN...
24/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada

YANG MULIA MAHAGURU MUDA
DATUK SERI HAJI MEGAT ZULKARNAIN TAN SRI OMARDIN

Di atas penganugerahan DARJAH GEMILANG SERI MELAKA ( DGSM )

Yang membawa gelaran
DATUK SERI

Sempena ulangtahun kelahiran yang ke-77 TYT Tun Seri Setia Panglima (PSSLM) Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam

Yang Dipertua Negeri Melaka.

SETINGGI - TINGGI UCAPAN TAHNIAHDiucapkan kepada TUAN YANG TERUTAMA TUN SERI SETIA DR HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAMTUAN ...
24/08/2026

SETINGGI - TINGGI UCAPAN TAHNIAH

Diucapkan kepada TUAN YANG TERUTAMA TUN SERI SETIA DR HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM

TUAN YANG SIPERTUA NEGERI MELAKA

Sempena ulangtahun kelahiran yang ke-77

Pada 24 Ogos 2026 bersamaan 11 Rabiulawal 1448H.

Semoga Allah SWT memberikan Hidayah dan Petunjuk Nya serta segala kebaikan yang ada di dunia dan akhirat, memelihara dan memberikan kekuatan kepada TYT Tun untuk terus mentadbir dan memakmurkan negeri Melaka.

- DATUK WIRA HAJI MEGAT ZULKARNAIN TAN SRI OMARDIN

MAHAGURU MUDA PSSLM
SERTA SELURUH KEPIMPINAN DAN AHLI PSSLM





29/06/2026

𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗣𝗦𝗦𝗟𝗠 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛

148 𝗣𝗲𝘀𝗶𝗹𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗿𝗶𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗹𝗮𝘁 𝗟𝗶𝗻𝗰𝗮𝗵 𝗪𝗜𝗣𝗘𝗥𝗦 𝗪𝗮𝗿𝗿𝗶𝗼𝗿𝘀 𝗖𝗵𝗮𝗹𝗹𝗲𝗻𝗴𝗲 2026

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥, 29 Jun – Seramai 148 pesilat menyertai Pertandingan Seni Silat Street Fighter Lincah WIPERS Warriors Challenge 2026 yang berlangsung di Medan MARA, Ibu Pejabat MARA sempena PERAK GEN Showcase X 2026 pada 27 Jun yang lalu.

Pertandingan bermula pada pukul 8.00 pagi itu mempertandingkan dua kategori iaitu Silat Tanding dan Silat Seni, sekali gus menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu, mengasah kemahiran serta memperkenalkan Seni Silat Lincah kepada pengunjung yang hadir. Upacara pembukaan gelanggang pertandingan disempurnakan oleh Cikgu Faisal Nahar dan bacaan doa selamat dipimpin oleh Cikgu Nik Ahmad Nusuki Nik Jaafar bagi memohon keberkatan.

Sepanjang pertandingan peserta mempamerkan aksi-aksi yang mendebarkan dalam setiap kategori yang dipertandingkan. Sorakan penyokong serta semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua peserta turut menyemarakkan suasana, sekali gus menyerlahkan keindahan Seni Silat Lincah.

Pada sebelah petang, Anugerah Pesilat Tanding Terbaik disampaikan oleh Puan Yuhaniz Mohamad Padil sebagai penghargaan kepada pesilat yang menunjukkan prestasi cemerlang. Majlis penutup disempurnakan oleh Cikgu Megat Khairul Anuar Tan Sri Omardin yang merakamkan penghargaan kepada semua peserta, jurulatih, wasit pertandingan dan urus setia atas komitmen yang diberikan.

Pertandingan tersebut dikendalikan oleh Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) Wilayah Persekutuan sebagai pengelola pertandingan. Penganjuran itu bukan sahaja berjaya menyediakan persaingan yang sihat dalam kalangan pesilat, malah dapat mempromosi dan memartabatkan seni Silat Lincah dalam usaha menzahirkan generasi muda yang berdisplin dan berintergriti melalui platform persilatan - MEDIA PSSLM WILAYAH

*HIJRAH* Pada bahasa, ia memberi maksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia lebih kepada gerakan fizika...
16/06/2026

*HIJRAH* Pada bahasa, ia memberi maksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia lebih kepada gerakan fizikal. Kemudian, Rasulullah SAW menukarkan makna fizikal kepada maknawi seperti sabda Baginda yang bermaksud: _“Orang yang berhijrah itu adalah dengan meninggalkan larangan Allah SWT.”_

--------------------------------

*SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU HIJRAH 1448.* Semoga kita kekal beriltizam untuk menjadikan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Semoga kita kekal istiqamah dalam beramal dan kehidupan beribadah demi Redha dan Kasih Sayang Allah SWT.

*-Datuk Wira Hj Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Mahaguru Muda*
*-Guru-guru Muda, Kepimpinan Tertinggi, Jurulatih-jurulatih dan Ahli-ahli*
*PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA*

"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"




1.  Doa Akhir Tahun (Dibaca 3 Kali)- Waktu: Selepas Asar, sebelum waktu Maghrib pada hari terakhir tahun Hijrah - Tujuan...
16/06/2026

1. Doa Akhir Tahun (Dibaca 3 Kali)

- Waktu: Selepas Asar, sebelum waktu Maghrib pada hari terakhir tahun Hijrah
- Tujuan: Memohon keampunan atas dosa sepanjang tahun yang lalu.

2. Doa Awal Tahun (Dibaca 3 Kali)

- Waktu: Selepas masuk waktu Maghrib (bermulanya 1 Muharram).
- Tujuan: Memohon perlindungan daripada syaitan dan memohon petunjuk di tahun baharu.




Setiap wanita berhak berasa selamat. Seni bela diri bukan tentang berlawan, tetapi tentang ilmu, disiplin dan keyakinan ...
01/06/2026

Setiap wanita berhak berasa selamat. Seni bela diri bukan tentang berlawan, tetapi tentang ilmu, disiplin dan keyakinan untuk menghadapi dunia dengan lebih yakin.

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan keafiatan, kesejahteraan dan keberkatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memayungi rakyat dan negara dengan penuh hikmah, kebijaksanaan dan kasih sayang.

Daulat Tuanku.



30 Mei 2026 | Mesyuarat kejurulatihan PSSLM Negeri Kedah, dipengerusikan oleh YBhg Ustaz Haji Mohd. Kamil, Ketua Jurulat...
30/05/2026

30 Mei 2026 | Mesyuarat kejurulatihan PSSLM Negeri Kedah, dipengerusikan oleh YBhg Ustaz Haji Mohd. Kamil, Ketua Jurulatih Kanan PSSLM Negeri Kedah

Address

Dewan KLMO , Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, 16 Jalan TIB 1/1, Taman Industri Bolton
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Official-Silat Lincah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share