27/07/2026
KURSUS KENEGARAAN MALAUSIA MADANI KOMUNITI VETERAN MAYC WILAYAH PERSEKUTUAN
Tarik: 24 - 26 Julai 2026
Lokasi: Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau, Pulau Pinang
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayah-Nya, Kursus Kenegaraan Madani Komuniti Veteran MAYC di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLK) Balik Pulau ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
1) Pihak Pengurusan PLK Balik Pulau atas fasiliti dan kemudahan yang amat baik sepanjang keberadaan kami di sini.
2) Barisan Penceramah dan Fasilitator yang telah berkongsi ilmu, pengalaman, dan pemikiran berharga mengenai aspirasi Malaysia Madani
3) Seluruh Peserta Veteran MAYC yang memberikan komitmen, semangat, dan kerjasama yang sangat luar biasa dari awal hingga akhir kursus.
Sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kekhilafan, atau ketidakselesaan sepanjang program ini berlangsung. Sama ada dari segi penginapan, sajian makanan, atur cara, mahupun tutur kata dan perlakuan kami pihak penganjur — kami warga jawatankuasa/urusetia VMAYC WP mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Kami mendoakan agar seluruh rakan peserta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dilindungi Allah SWT. Semoga segala ilmu, kesedaran kenegaraan, dan ukhuwah yang kita bina di PLK Balik Pulau ini memberikan manfaat yang berterusan untuk diri kita, persatuan, dan negara yang kita cintai.
Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Menjalankan Tugas,
Pengerusi, SUK & AJK
Veteran MAYC WP