20/08/2026
🌷 ZIARAH KASIH MA’RUF CARE – BUAT KAK NOR
Selasa, 18 Ogos 2026 — Keprihatinan dan kasih sayang kepada mereka yang sedang diuji sentiasa menjadi antara nilai yang kami cuba suburkan melalui gerak kerja kebajikan Ma’ruf Care.
Pada hari ini, satu kunjungan disertai oleh Ustaz Hasbullah, Puan Masita, Mdm Sarojinee dan Puan Yati.
Memandangkan pihak hospital menetapkan jumlah pelawat yang terhad kepada dua orang pada satu-satu masa, ziarah dilaksanakan dengan penuh tertib serta mematuhi peraturan wad.
Dalam kesempatan yang ada, kami menyampaikan doa, kata-kata semangat serta sumbangan sebagai tanda kasih dan keprihatinan. Mudah-mudahan sedikit perhatian ini dapat memberikan kekuatan dan semangat kepada Kak Nor dalam menghadapi ujian kesihatan yang sedang dilalui.
🤲 Ya Allah, kurniakanlah Kak Nor kesembuhan yang sempurna, permudahkan segala urusan rawatan beliau, angkatlah segala kesakitan dan berikanlah kekuatan serta ketabahan kepada beliau dan seluruh keluarga.
Bagi Ma’ruf Care, setiap ziarah bukan sekadar kunjungan. Ia adalah usaha untuk menyampaikan mesej bahawa dalam saat susah dan diuji, kita tidak pernah bersendirian.
❤️ Ma’ruf Care — Menyantuni, Membantu, Membina Harapan.