Ekowi

Ekowi Persatuan Eko untuk semua wanita yang berminat utk menggerakkan aktiviti penjagaan alam sekitar

21/06/2026

Roundtable Discussion: Safer Disposal & Safer Women in Malaysia

Program ini telah berjaya dianjurkan pada 9 April 2026 (Khamis) oleh UN-Habitat dengan kerjasama Persatuan Eko Wanita Berinisiatif (EkoWI) sebagai co-organizer, serta dihoskan oleh Indah Water Konsortium (IWK) di ASTRICE, Bukit Jalil.

Sesi ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan untuk berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan isu sanitasi dan pengurusan sisa, serta meneroka solusi ke arah sistem yang lebih selamat, inklusif dan mampan.

Perbincangan ini turut membuka ruang kolaborasi antara sektor dalam memperkukuh usaha ke arah sistem sanitasi yang lebih responsif kepada keperluan semua.

*Selamat Hari Guru*Guru bukan sekadar mengajar,tetapi membentuk impian, akhlak dan masa depan generasi. ✨Terima kasih at...
15/05/2026

*Selamat Hari Guru*

Guru bukan sekadar mengajar,
tetapi membentuk impian, akhlak dan masa depan generasi. ✨

Terima kasih atas setiap ilmu, sabar dan pengorbanan yang tidak ternilai.

_Guru Bitara, Nadi Negara_

Ikhlas daripada
Persatuan Eko Wanita Berinisiatif 💚

_“Bersama membina generasi prihatin, komuniti lestari, negara harmoni”_

ENGAGEMENT SESSION: BAJA ORGANIK DARI BIOSOLID 🌱Persatuan Eko Wanita Berinisiatif (EkoWI) bersama Indah Water Konsortium...
21/04/2026

ENGAGEMENT SESSION: BAJA ORGANIK DARI BIOSOLID 🌱

Persatuan Eko Wanita Berinisiatif (EkoWI) bersama Indah Water Konsortium (IWK) telah mengadakan sesi perkongsian berkaitan potensi baja organik daripada biosolid (sisa terawat dari loji rawatan kumbahan / STP).

Ringkasnya, apa yang kita anggap “buangan”, sebenarnya boleh diproses jadi baja yang selamat, berguna dan bernilai komersial 🌿

Baja ini:
✔️ Berasaskan sumber organik
✔️ Melalui proses rawatan yang selamat
✔️ Sesuai untuk kegunaan landskap & pertanian
✔️ Ada potensi untuk dikomersialkan

Dari sisa → jadi baja.
Dari masalah → jadi peluang.

Sesi ini membuka ruang kolaborasi ke arah solusi yang lebih lestari dan praktikal untuk masa depan 💚

Roundtable Discussion: Safer Disposal & Safer Women in MalaysiaProgram ini telah berjaya dianjurkan oleh UN-Habitat deng...
10/04/2026

Roundtable Discussion: Safer Disposal & Safer Women in Malaysia

Program ini telah berjaya dianjurkan oleh UN-Habitat dengan kerjasama Eco Women Association (EkoWI) dan Indah Water Konsortium (IWK) pada 9 April 2026 pada 2 pm - 5 pm di ASTRICE, Bukit Jalil.

Sepanjang program, para panel dan jemputan telah berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan isu sanitasi dan pengurusan sisa, termasuk cabaran semasa dan pendekatan yang lebih praktikal ke arah sistem yang lebih selamat dan inklusif.

Sesi ini turut membuka ruang kepada perbincangan dan pertukaran idea antara pelbagai pihak ke arah memperkukuh usaha bersama di Malaysia.

Salam Aidilfitri ✨Maaf Zahir & Batinتقبل الله منا ومنكممن العائدين والفائزينSemoga segala amalan diterimadan kita terus ...
20/03/2026

Salam Aidilfitri ✨
Maaf Zahir & Batin

تقبل الله منا ومنكم
من العائدين والفائزين

Semoga segala amalan diterima
dan kita terus menuju kehidupan yang lebih lestari 🌿

Ikhlas daripada
Persatuan Eko Wanita Berinisiatif (EkoWI)

*Program Bersama Masyarakat Orang Asli*🌙Persatuan Eko Wanita Berinisiatif (EkoWI) bersama Kiosk Amal dan IKRAM Gombak me...
15/03/2026

*Program Bersama Masyarakat Orang Asli*🌙

Persatuan Eko Wanita Berinisiatif (EkoWI) bersama Kiosk Amal dan IKRAM Gombak menganjurkan program komuniti di Surau Al Hidayah Bukit Kala, Bt 12 Gombak pada 14/3/2026 dari 10 pagi hingga 11:30 pagi.

Program ini menghimpunkan masyarakat setempat bersama komuniti Orang Asli melalui aktiviti:

✨ Ceramah Ramadan Lestari
✨ Tahsin Al-Fatihah
✨ Free Market berasaskan amalan 5R (Reduce, Reuse, Recycle, Repair, Refuse)
✨ Agihan Pek Lauk Iftar Kiosk Amal untuk keluarga terpilih (petang)
✨ Sumbangan pek duit Raya dan pek Raya ( kerepek , biskut dan cokelat)

Peserta juga berpeluang menang hadiah menarik sempena Kuiz Ramadan Lestari .

Semoga inisiatif kecil ini dapat mengeratkan ukhuwah, berkongsi rezeki dan menyemarakkan semangat Ramadan dalam komuniti.

Jom sebarkan kebaikan, ringankan beban mereka dan luaskan keberkatan kita. 🤲✨






Program Lestari @ SMK Lembah KeramatPada 10 Mac 2026, telah berlangsung Program Lestari bersama pelajar Tingkatan 1, 2 d...
11/03/2026

Program Lestari @ SMK Lembah Keramat

Pada 10 Mac 2026, telah berlangsung Program Lestari bersama pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 di SMK Lembah Keramat dari 8:30 pagi hingga 9:30 pagi.

Program ini diadakan hasil kerjasama Puan Rosmayana Abu Rahim, Ahli Majlis JKP Zon 3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya bersama EkoWI.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Ts.Sarifah Yaacob, Pengerusi EkoWI yang berkongsi tentang climate change dan tindakan yang boleh diambil oleh kita semua, termasuk langkah-langkah kecil yang boleh dimulakan oleh pelajar dalam kehidupan seharian.

Seronok melihat pelajar begitu aktif dan berminat bila bercakap tentang menjaga alam sekitar dan masa depan bumi 🌏✨
Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadi lebih peka terhadap isu kelestarian.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini 💚.

Alhamdulillah, Dr Aishah, setiausaha Ekowi, berpeluang membentangkan inisiatif EkoWI di peringkat antarabangsa pada 4/3/...
04/03/2026

Alhamdulillah, Dr Aishah, setiausaha Ekowi, berpeluang membentangkan inisiatif EkoWI di peringkat antarabangsa pada 4/3/2026 di Bangkok, Thailand.

Kami memperkenalkan model komuniti dipacu wanita dalam pengurusan sisa dan ekonomi kitaran, dengan Kebun Komuniti Taman Gombak sebagai Circular Economy Hub, iaitu pusat setempat bagi pengasingan sisa, kitar semula kreatif dan pengkomposan organik.

Pendekatan ini menunjukkan bagaimana hub komuniti boleh menjadi platform pelaksanaan dasar di peringkat akar umbi, sejajar dengan agenda Circular Economy Roadmap 2030.

Dari komuniti, untuk dasar.




*BAG OF RAHMAH 2026* 🤲💚28 Februari 2026Dewan Masyarakat Taman GombakDengan penuh rasa syukur, Persatuan Eko Wanita Berin...
02/03/2026

*BAG OF RAHMAH 2026* 🤲💚
28 Februari 2026
Dewan Masyarakat Taman Gombak

Dengan penuh rasa syukur, Persatuan Eko Wanita Berinisiatif (EkoWI) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menyumbang melalui Sweet Charity 9.0.

Setiap ringgit, setiap sumbangan yang dihulurkan bukan sekadar “bag sayur”,
tetapi tanda kasih, tanda peduli, dan bukti bahawa kita masih ada hati untuk berkongsi rezeki.

Melalui program “Bag of Rahmah”, sumbangan ini telah sampai kepada golongan yang memerlukan.
Program ini telah dilaksanakan oleh JK Khidmat Masyarakat IKRAM Kawasan Gombak dengan kerjasama Yayasan IKRAM Malaysia, EkoWI, JKP Zon 3 MPS, Kelab Kebun Komuniti Gombak Utara serta Kelas English “Yes You Can!" Sesi 2025 Wanita IKRAM Gombak.

Terima kasih kerana percaya.
Terima kasih kerana bersama.
Terima kasih kerana memilih untuk menjadi sebab orang lain tersenyum bahagia.

Semoga setiap kebaikan yang disemai dibalas dengan keberkatan dan ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT. 🤲✨

Ikhlas daripada kami,
EkoWI 💚

Alhamdulillah,Program pengagihan Bag of Rahmah telah berjaya dilaksanakan pagi ini di Dewan Taman Gombak dihadiri oleh 6...
28/02/2026

Alhamdulillah,
Program pengagihan Bag of Rahmah telah berjaya dilaksanakan pagi ini di Dewan Taman Gombak dihadiri oleh 60 orang penerima sumbangan dan lebih dari 20 orang ajk penganjur serta sukarelawan.
Taklimat bertajuk " Ramadan Lestari" telah disampaikan oleh Pengerusi Ekowi , Puan Sarifah Yaacob bagi meningkatkan kesedaran untuk mempraktikkan amalan lestari sepanjang bulan Ramadan dan menjadikan budaya hidup termasuklah mengelakkan pembaziran makanan, mengurangkan plastik sekali guna, menjimatkan air, letrik dan bahan api. Isu pemanasan global dan perubahan iklim juga turut dikongsikan.
Jom bersama amalkan cara hidup lestari demi menjaga bumi untuk cucu-cicit kita.





Address

Jalan Samudra Utara 1
Batu Caves
68100

Telephone

+60192634232

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ekowi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ekowi:

Shortcuts

Share