UMI Care Gombak

Call Directions Contact the organization

UMI Care Gombak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UMI Care Gombak, Non-Governmental Organization (NGO), taman perwira, Batu Caves.

Pertubuhan Kasih UMI Gombak (UMICare) diasaskan bertujuan untuk menyantuni masyarakat yang berkeperluan, terutama dalam keadaan negara kita yang telah dan masih dilanda wabak Pandemik COVID-19.

SELAMAT MENYAMBUTHARI KEMERDEKAAN KE-6931 OGOS 2026MERDEKA ITU BUKAN SEKADAR BEBAS,TETAPI BERSAMA MEMBINA, MENYANTUNI DA...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT

HARI KEMERDEKAAN KE-69

31 OGOS 2026

MERDEKA ITU BUKAN SEKADAR BEBAS,
TETAPI BERSAMA MEMBINA, MENYANTUNI DAN PEDULI.

Sempena Hari Kemerdekaan ini,
marilah kita menyemai semangat perpaduan, kasih sayang dan kepedulian dalam setiap langkah.

Kerana sebuah negara yang hebat
bukan hanya dibina dengan pembangunan,
tetapi juga dengan rakyat yang saling menjaga.

Bersama UMI Care,
menyantuni insan, menyebarkan kasih, membina masa depan.

UMI Care — Prihatin, Menyantuni, Berkongsi.

SALAM MAAL HIJRAH 1448hSemoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa dan kekuatan untuk terus melan...
16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448h

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa dan kekuatan untuk terus melangkah dengan penuh keikhlasan.

Marilah kita menyemai kasih sayang, memperkukuh ukhuwah dan memperbanyakkan amal kebajikan demi kesejahteraan ummah.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa.”
(Surah Al-Ma’idah: 2)

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الأَعْمَال

“Semoga Allah menerima amal soleh kita semua.”

UMI CARE GOMBAK

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 🌙✨Selamat Hari Raya Aidilfitridaripada UMI Care GombakTaqabbalallahu minna wa minkum 🤲🏻Semo...
20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 🌙✨

Selamat Hari Raya Aidilfitri
daripada UMI Care Gombak

Taqabbalallahu minna wa minkum 🤲🏻

Semoga Syawal yang tiba ini membawa rahmat dan keberkatan,
menyucikan hati, serta menguatkan semangat untuk terus menyantuni dan membantu mereka yang memerlukan.

Aidilfitri adalah saat untuk kita kembali kepada fitrah,
menghulurkan kemaafan, menyemai kasih sayang,
dan memperkukuh ikatan ukhuwah dalam masyarakat.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa bersama UMI Care Gombak dalam usaha kebajikan ini.
Semoga setiap sumbangan dan kebaikan menjadi asbab keberkatan hidup.

Maaf Zahir & Batin 🌙
Bersama Menyantuni Ummah

Alhamdulillah, Program 3R (Remaja Rai Ramadan) telah berlangsung dengan lancar dan penuh pengisian bermakna.Program anju...
16/03/2026

Alhamdulillah, Program 3R (Remaja Rai Ramadan) telah berlangsung dengan lancar dan penuh pengisian bermakna.

Program anjuran bersama UMI Care dan Masjid Sungai Chinchin ini berjaya menghimpunkan para remaja dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan. Melalui pengisian seperti ice breaking, tahsin Al-Quran, LDK Al-Quran serta LDK solat, para peserta berpeluang menambah ilmu, memperbaiki bacaan Al-Quran dan memperkukuh kefahaman ibadah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Masjid Sungai Chinchin atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada para fasilitator, urus setia serta semua peserta yang hadir dengan penuh semangat untuk menimba ilmu.

UMI Care juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberikan sumbangan dan kepercayaan untuk disalurkan melalui UMI Care bagi menjayakan program ini. Sumbangan yang diberikan amat bermakna dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan baik serta memberi manfaat kepada para remaja.

Semoga segala sumbangan, usaha dan penglibatan semua pihak menjadi amal jariah yang diberkati, serta terus menyemai semangat mencintai ilmu dan menghidupkan Ramadan dalam kalangan generasi muda.

🌙 Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙Semoga kehadiran bulan yang mulia ini membawa keberkatan, keampunan dan rahmat d...
18/02/2026

🌙 Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙

Semoga kehadiran bulan yang mulia ini membawa keberkatan, keampunan dan rahmat daripada Allah SWT buat kita semua.

Rasulullah SAW bersabda:
“Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kalian berpuasa pada bulan itu. Di bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan setan-setan dibelenggu…”
(HR. Ahmad dan An-Nasa’i)

Marilah kita manfaatkan Ramadan ini dengan memperbanyakkan ibadah, memperbaiki diri, serta mengeratkan ukhuwah sesama kita. Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita insan yang lebih bertakwa dan lebih dekat kepada Allah SWT. 🤲✨

Terima kasih kepada para penyumbang yang sudi menyumbang melalui UMI CARE Gombak. Semoga Allah membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda. Teruskan menyokong usaha kebajikan UMI CARE Gombak sepanjang Ramadan ini. Insya-Allah, sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk program menyantuni golongan dhuafa dan golongan yang memerlukan.

Ramadan Kareem & Selamat Berpuasa!

PROGRAM BACK TO SCHOOL | UMI CARE × MASJID GOMBAK UTARAAlhamdulillah, UMI Care diberi peluang untuk turut serta dalam Pr...
21/12/2025

PROGRAM BACK TO SCHOOL | UMI CARE × MASJID GOMBAK UTARA

Alhamdulillah, UMI Care diberi peluang untuk turut serta dalam Program Back To School anjuran Masjid Gombak Utara, menerusi penyerahan beg sekolah kepada para peserta yang memerlukan.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Ustaz Abd Fattah Azemi, Pengerusi NGO UMI Care, dengan diiringi oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Gombak Utara. Program ini telah memberi manfaat kepada kira-kira 50 orang peserta yang hadir.

Inisiatif ini mencerminkan semangat kerjasama erat antara NGO dan institusi masjid dalam menyantuni keperluan pendidikan anak-anak, khususnya menjelang sesi persekolahan baharu.

Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan secara berterusan, sekali gus memberi manfaat yang lebih luas kepada masyarakat setempat, insya-Allah.

PROGRAM BERKHATAN UMI CARE × MASJID GOMBAK UTARA | MERIAH & PENUH MAKNAAlhamdulillah, Program Berkhatan kerasama dengan ...
21/12/2025

PROGRAM BERKHATAN UMI CARE × MASJID GOMBAK UTARA | MERIAH & PENUH MAKNA

Alhamdulillah, Program Berkhatan kerasama dengan UMI Care dibawah anjuran Masjid Gombak Utara yang berlangsung hari ini berjalan dengan lancar dan penuh kemeriahan, melibatkan seramai 52 orang peserta khatan.

Program dimulakan dengan aktiviti mandi bomba yang menceriakan suasana serta membantu mengurangkan rasa gementar kanak-kanak. Sementara menunggu giliran berkhatan, AJK UMI Care menyediakan tontonan santai dan kuiz interaktif, menjadikan suasana lebih teratur, ceria dan menyeronokkan untuk para peserta serta ibu bapa.

Turut hadir memeriahkan program ialah Ustaz Abdul Fattah Azemi, Pengerusi UMI Care, yang turut menyampaikan hadiah kepada para peserta. Kehadiran beliau bersama Ustaz Abdul Hadi serta Iqman Iberahim, Ahli Jawatankuasa UMI Care, jelas menyerlahkan semangat kebersamaan dan komitmen kepimpinan dalam menjayakan program ini.

Program ini merupakan tahun ketiga kolaborasi antara UMI Care dan Masjid Gombak Utara, sekali gus membuktikan kerjasama strategik berterusan mampu memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat, khususnya golongan kanak-kanak dan keluarga.

UMI Care sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi, masjid atau organisasi dalam menjayakan program kebajikan, pendidikan dan pembangunan kanak-kanak. Semoga lebih banyak kolaborasi seumpama ini dapat direalisasikan demi kesejahteraan ummah.

PROGRAM 3R: REMAJA RAI RAMADAN ANJURAN UMI CARE GOMBAK TERIMA SAMBUTAN MEMBERANGSANGKANAlhamdulillah, Program 3R: Remaja...
18/03/2025

PROGRAM 3R: REMAJA RAI RAMADAN ANJURAN UMI CARE GOMBAK TERIMA SAMBUTAN MEMBERANGSANGKAN

Alhamdulillah, Program 3R: Remaja Rai Ramadan anjuran UMI Care Gombak dengan kerjasama Masjid Gombak Utara telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai lebih kurang 34 peserta telah menghadiri program ini, yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat bagi mengisi cuti sempena Nuzul Al-Quran pada hari ini.

Program sebegini amat diperlukan dalam membentuk generasi yang lebih memahami erti sebenar Nuzul Al-Quran, mencintai kalam Allah, serta mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya. Dengan inisiatif seperti ini, kita dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja menghargai tetapi juga menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup, selari dengan mukjizat yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan kekal relevan sepanjang zaman.

Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi menghantar anak-anak mereka untuk turut serta dalam program ini. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

🔰REMAJA RAI RAMADAN 2025 KEMBALI LAGI!!! 🥳Dah masuk Ramadan ni, baca Al-Quran pun rasa tak lancar 🥲Masih ada ke program ...
13/03/2025

🔰REMAJA RAI RAMADAN 2025 KEMBALI LAGI!!! 🥳

Dah masuk Ramadan ni, baca Al-Quran pun rasa tak lancar 🥲
Masih ada ke program Tahsin Quran? 🧐
Teringin la nak betulkan bacaan Al-Quran🥺

Haa, mestilah ADA.. Jom sertai program 3R (Remaja Rai Ramadan!)

Pertubuhan Kasih Umi Gombak dengan kerjasama Masjid Gombak Utara ingin mengajak semua remaja kariah surau dan yang berdekatan untuk bersama-sama menyertai program REMAJA RAI RAMADAN 2025.

🔖Butiran program adalah seperti berikut:-
🏷️Tarikh : 18 Mac 2025 (Selasa)
🏷️Waktu : 8.00 pagi - 2:00 petang
🏷️Umur : 7 - 17 tahun

Antara aktivti-aktiviti menarik untuk generasi muda :
🎤 Forum Tadabbur Al-Quran,
👳🏼‍♀️ Tahsin Al-Quran,
📗 Smart Solat

🤩 HANYA RM10 SAHAJA 😍

JOM sama-sama kita mendaftar di link berikut:

https://forms.gle/h545ozb73Ky1Kq9D7

Jom daftar segera!

📎Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Mustaqim: 014 8023465


🌙 Salam Ramadan dari UMI CARE GombakSabda Rasulullah SAW:  "Telah datang kepada kamu Ramadan, bulan yang diberkati. Alla...
01/03/2025

🌙 Salam Ramadan dari UMI CARE Gombak

Sabda Rasulullah SAW:
"Telah datang kepada kamu Ramadan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan ke atas kamu berpuasa padanya. Pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu..."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Ramadan adalah bulan keberkatan, bulan mendidik jiwa dan menyucikan hati. Manfaatkan setiap detik dengan ibadah, memperbanyakkan doa, serta mempertingkatkan amal kebaikan.

💖 Perbanyakkan Sedekah
Di bulan yang penuh rahmat ini, marilah kita berlumba-lumba dalam bersedekah. Rasulullah SAW sendiri adalah insan paling pemurah, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan. Sekecil mana pun pemberian kita, ia besar di sisi Allah.

Semoga Ramadan ini menjadi medan untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meraih keampunan serta keberkatan.

Ikhlas daripada:
AJK UMI CARE Gombak

Address

Taman Perwira
Batu Caves
68100

Telephone

+601162242055

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMI Care Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UMI Care Gombak:

Shortcuts

Share