Eagle Rovers Gombak

Eagle Rovers Gombak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Eagle Rovers Gombak, Youth Organization, LOT 314 Jalan Laksamana 2, Kampung Laksamana, Batu Caves.

Pasukan Pengakap Kelana E Gombak
Eagle Rovers Gombak

Berdaftar dibawah Persekutuan Pengakap Malaysia :- M.9973 (25.06.2007)

https://www.instagram.com/eagleroverscrew/

Assalamualaikum & Salam Pengakap.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli Pengakap Kelana krew E Gombak ...
20/08/2026

Assalamualaikum & Salam Pengakap.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli Pengakap Kelana krew E Gombak yang telah membantu menjayakan Kem Lencana Kemahiran Pengakap Remaja di SK Desa Amanpuri pada 7โ€“9 Ogos 2026. ๐Ÿ•๏ธโšœ๏ธ

Terima kasih atas komitmen, tenaga, masa dan kerjasama yang diberikan sepanjang program. Sumbangan anda semua amat bermakna dan banyak membantu memastikan program berjalan lancar.

Semoga semangat berkhidmat, kerjasama dan persaudaraan Pengakap terus kukuh.

Terima kasih & syabas semua!



Assalamualaikum & Salam Pengakap.Terima kasih buat Setiausaha Krew, saudara Vincent dan rakannya atas bantuan mengajar b...
25/07/2026

Assalamualaikum & Salam Pengakap.

Terima kasih buat Setiausaha Krew, saudara Vincent dan rakannya atas bantuan mengajar beberapa sesi kawad di SK Kuang pada Julai ini.

Teruskan berkhidmat disamping mengumpul pengalaman indah dalam dunia kepengakapan.



Assalamualaikum & Salam Pengakap.Seramai 5 orang ahli Pengakap Kelana E Gombak termasuk penolong ketua krew, Nursam hadi...
25/07/2026

Assalamualaikum & Salam Pengakap.

Seramai 5 orang ahli Pengakap Kelana E Gombak termasuk penolong ketua krew, Nursam hadir berkhidmat di Kem Lencana Pengakap Muda (Usaha, Maju & Jaya) bertempat di SK Desa Amanpuri pada 10-12 Julai 2026.

Semoga terus berkhidmat dalam komuniti & menjadi ahli pengakap yang sukses.



Assalamualaikum dan selamat sejahteraKMK P-1 UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK DAN PENGAKAP REMAJA 2026.๐Ÿ“†Tarikh : 31 Julai - 2 O...
21/07/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
KMK P-1 UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK DAN PENGAKAP REMAJA 2026.

๐Ÿ“†Tarikh : 31 Julai - 2 Ogos 2026
๐Ÿ˜๏ธTempat : SK Sungai Serai Kuang.
๐Ÿ’ฐYuran : RM100
๐Ÿ“ฑLink pendaftaran :
https://forms.gle/3kDna4Vt1sWFBqTn7

โ€ผ๏ธTarikh tutup pendaftaran :
25 Julai 2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera &Salam Pengakap Pasukan Pengakap Kelana E Gombak akan menganjurkan **Program Nadi Waris...
08/07/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera &
Salam Pengakap

Pasukan Pengakap Kelana E Gombak akan menganjurkan **Program Nadi Warisan Utara 2026** bagi melengkapkan **Lencana Pengembaraan** sebagai salah satu syarat ke **Anugerah BP (BP Award)**.

๐Ÿ“… **Tarikh:** 29 Ogos โ€“ 1 September 2026
๐Ÿ“ **Lokasi:** Perlis, Kedah & Pulau Pinang
๐Ÿš— **Pengangkutan:** Kenderaan kereta
๐Ÿ’ฐ **Yuran Penyertaan:** RM250 sahaja

Program ini memberi peluang kepada peserta untuk:

โ€ข Melengkapkan Lencana Pengembaraan
โ€ข Menjelajah warisan, budaya & keunikan Utara
โ€ข Menghasilkan dokumentasi pengembaraan

**Nadi Warisan Utara โ€” menyusuri sejarah, mencipta pengalaman.**

Sebarang pertanyaan & pendaftaran sila hubungi:

**Pengarah Program:**
Saudari Nursam Samsudin
๐Ÿ“ž 018-2082383

Sekian, terima kasih.

Pasukan Pengakap Kelana E Gombak




Assalamualaikum & salam pengakap.Krew E Gombak mendapat Anugerah Pengakap Gombak atas pencapaian cemerlang kategori Peng...
22/06/2026

Assalamualaikum & salam pengakap.

Krew E Gombak mendapat Anugerah Pengakap Gombak atas pencapaian cemerlang kategori Penglibatan Aktif Unit Pengakap Kelana - Tempat Pertama.

Terima kasih kepada yg terlibat secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih atas sokongan & kerjasama semua kelana E.

Teruskan aktif & memberi sokongan terhadap krew anda. Semoga hubungan antara kita semua kelana E Gombak semakin akrab.


๐ŸŒ™โœจ Salam Awal Muharam 1448H โœจ๐ŸŒ™Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini membawa sinar harapan, keberkatan rezeki, kesiha...
17/06/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Awal Muharam 1448H โœจ๐ŸŒ™

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini membawa sinar harapan, keberkatan rezeki, kesihatan yang baik serta ketenangan dalam kehidupan kita semua. Marilah kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik, memperbaiki diri, memperkukuhkan iman dan memperbanyakkan amalan soleh.

๐Ÿ’š Semoga setiap langkah yang diambil diberkati Allah SWT, setiap usaha dipermudahkan, dan setiap doa dimakbulkan.

๐ŸŒน Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H. "Hijrah membentuk perubahan, perubahan membawa kejayaan."

Ikhlas daripada Pasukan Pengakap Kelana E Gombak.
๐ŸŒŸ๐Ÿ•Œ๐ŸŒ™


Assalamualaikum & Salam Pengakap!๐Ÿ“Tanjong Karang, ๐Ÿ—“25 April 2026 Seramai 3 orang ahli Pengakap Kelana daripada Daerah Go...
27/05/2026

Assalamualaikum & Salam Pengakap!

๐Ÿ“Tanjong Karang, ๐Ÿ—“25 April 2026

Seramai 3 orang ahli Pengakap Kelana daripada Daerah Gombak telah menyertai program Pelihara Paya Bakau Kita yang telah dianjurkan oleh UiTM Shah Alam dengan kerjasama Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia (PPRM) Negeri Selangor dan Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor (SPKNg Selangor). Antaranya ialah Vincent daripada Krew E, Harundin daripada Krew A dan Shahzwan daripada Krew C.


๐ŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H โœจDi kesempatan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan,...
27/05/2026

๐ŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H โœจ

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan yang menjadi inti pati sambutan Hari Raya Aidiladha. Semoga setiap amalan, ibadah korban serta segala kebaikan yang dilakukan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Semoga Aidiladha kali ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan keluarga, sahabat serta seluruh warga pengakap. Jadikan semangat pengorbanan sebagai inspirasi untuk terus berbakti, membantu masyarakat dan menjadi insan yang lebih baik.

Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin. ๐ŸŒ™๐Ÿ‘

Ikhlas daripada
Pasukan Pengakap Kelana E Gombak


Assalamualaikum & Salam Pengakap.Pada 11 April 2026, Pasukan Pengakap Kelana E Gombak Eagle Rovers Gombak telah menghadi...
13/04/2026

Assalamualaikum & Salam Pengakap.

Pada 11 April 2026, Pasukan Pengakap Kelana E Gombak Eagle Rovers Gombak telah menghadiri jemputan ke Kelana Bersekutu Gombak Raya Open House anjuran Sekretariat Pengakap Kelana Daerah Gombak (SPKDG) bertempat di Dewan Terbuka Padang Awam Batu Caves.

Semoga ukhuwah terjalin erat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.



Address

LOT 314 Jalan Laksamana 2, Kampung Laksamana
Batu Caves
68100

Telephone

+601164227193

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eagle Rovers Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Eagle Rovers Gombak:

Shortcuts

Share