20/10/2026
Orang selalu kata, kalau kita nak berjaya dalam sesuatu bidang, dekatilah mereka yang dah menempa kejayaan dalam bidang tersebut. Belajar daripada pengalaman mereka, dengar perkongsian mereka dan ambil sebanyak mungkin ilmu yang boleh dimanfaatkan.
Alhamdulillah, berpeluang meluangkan masa lebih sejam bersama Boss Atsky, Sdra Ali Ikhwan dan PU Rahmat, aktivis kemanusiaan Sumud Nusantara. Dua insan dengan pengalaman dan perjalanan tersendiri dalam bidang masing-masing.
Dalam pertemuan itu, Ikhlas Care memilih untuk lebih banyak mendengar daripada bercakap. Mendengar pengalaman, memahami jatuh bangun perjalanan mereka, meneliti pendekatan yang digunakan untuk berjaya serta mengambil pengajaran daripada setiap perkongsian.
Bagi kami, pertemuan seperti ini bukan sekadar mencari ilmu untuk kemajuan diri sendiri. Lebih besar daripada itu, bagaimana ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk membantu lebih ramai orang.
Insya-Allah, segala input yang dikutip akan dijadikan bekalan untuk memperkemaskan lagi gerak kerja Ikhlas Care dalam melaksanakan pelbagai program dakwah, kebajikan dan kemanusiaan sama ada dalam mahupun di luar negara.
Kerana dalam perjuangan membantu umat, kita tidak mampu bergerak bersendirian. Kita perlukan sahabat, kita perlukan kerjasama dan kita perlu saling menguatkan antara satu sama lain.
Apabila kelebihan masing-masing disatukan dengan niat yang ikhlas, insya-Allah lebih ramai insan dapat dibantu dan lebih luas manfaat dapat disebarkan.
Semoga Allah swt memberkati setiap pertemuan, menghubungkan hati-hati yang ikhlas dan menjadikan usaha kecil kita sebahagian daripada jalan untuk membawa kebaikan kepada umat. π€²