Japerun Pengkalan Batu - N15

Japerun Pengkalan Batu - N15 Jawatankuasa Penyelaras & Pembangunan Kawasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Pengkalan Batu - N15

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Jom sertai Sukan Melaka peringkat DUN Pengkalan Batu 2026. ๐ŸŽ‰Sila hubungi Penger...
09/06/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Jom sertai Sukan Melaka peringkat DUN Pengkalan Batu 2026. ๐ŸŽ‰

Sila hubungi Pengerusi Sukan bagi setiap sukan untuk penyertaan dan maklumat lanjut.



๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐ž๐’๐‘๐š ๐‹๐„๐’๐„๐ ๐Œ๐Ž๐“๐Ž๐’๐ˆ๐Š๐€๐‹ (๐๐Ÿ) ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Kerajaan Negeri Melaka membuka peluang kepada rakyat khususnya golongan b...
26/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐ž๐’๐‘๐š ๐‹๐„๐’๐„๐ ๐Œ๐Ž๐“๐Ž๐’๐ˆ๐Š๐€๐‹ (๐๐Ÿ) ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Kerajaan Negeri Melaka membuka peluang kepada rakyat khususnya golongan belia dan B40 untuk mendapatkan Lesen Motosikal (B2) secara percuma menerusi Program MeSRa Fasa 2 Tahun 2026.

๐Ÿ“… Permohonan dibuka mulai 22 Mei 2026 hingga 19 Jun 2026
๐Ÿ“ Borang boleh didapati di JAPERUN berhampiran

Syarat Permohonan:
โœ… Warganegara Malaysia
โœ… Berumur 16 tahun ke atas
โœ… Kategori B40 dan menetap di Melaka
โœ… Sihat fizikal dan mental
โœ… Belum memiliki apa-apa lesen
โœ… Bebas senarai hitam JPJ / PDRM / Mahkamah

Jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki lesen motosikal secara sah demi masa depan dan perjalanan yang lebih selamat.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, ๐Ÿ“ฃ Anda nak kemaskini alamat Kampung Digital? Atau nak tukar dan kemaskini kad penge...
13/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

๐Ÿ“ฃ Anda nak kemaskini alamat Kampung Digital? Atau nak tukar dan kemaskini kad pengenalan? Atau nak kemaskini alamat tempat mengundi?

Jom hadir ke Program Pertukaran Alamat Kampung Digital dan Urusan Kad Pengenalan bersama JPN dan SPR Negeri Melaka pada :

๐Ÿ—“ Tarikh : 15 Mei 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•˜ Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
๐Ÿ“ Tempat : Kompleks Japerun Pengkalan Batu - N15

๐Ÿ”ด Cepat, Mudah dan Efisien ๐Ÿ”ด

๐Ÿ”น Pertukaran Alamat Kampung Digital adalah PERCUMA
Pemohon hanya perlu membawa 1 salinan surat alamat Kampung Digital bagi setiap keluarga.

๐Ÿ”น Pertukaran alamat IC untuk tujuan mengundi dikenakan bayaran RM10.
Pemohon perlu membawa bil air mengikut alamat yang ingin ditukarkan.

๐Ÿ”น Pihak JPN akan menyediakan Van Mekar JPN sepanjang program berlangsung.

๐Ÿ”น IC baharu hanya boleh diambil di Pejabat JPN kerana van tidak menyediakan kemudahan cetakan IC.

๐Ÿ”น Bagi urusan pertukaran tempat mengundi, pihak SPR hanya memerlukan:
โ€ข IC terkini; atau
โ€ข salinan surat pengesahan pertukaran alamat daripada JPN.



๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐’๐€๐˜๐€๐๐† ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - DUN Pengkalan Batu.Dengan rasa besar hati dan sempena mera...
05/04/2026

๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐’๐€๐˜๐€๐๐† ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - DUN Pengkalan Batu.

Dengan rasa besar hati dan sempena meraikan Syawal yang mulia ini, kami ingin menjemput anda semua untuk hadir beramai-ramai ke ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ DUN Pengkalan Batu pada :

๐Ÿ“† 11 April 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•˜ 12.00 tengahari - 4.00 petang
๐Ÿก Kompleks Japerun Pengkalan Batu, Melaka

Kuih raya tersusun rapi,
Air balang sejuk tersedia,
Rumah terbuka kami menanti,
Ayuh hadir bersama keluarga tercinta.

Semoga dengan kehadiran YAB/YB/YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datoโ€™/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari dapat memeriahkan lagi majlis ini di samping memperkukuh jalinan silaturahim dalam suasana Syawal yang penuh keberkatan.

๐—๐—ผ๐—บ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ-๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ! โœจ๐ŸŒ™




28/02/2026
28/02/2026
28/02/2026

IBRAH JUZUK 9

Sifat orang beriman: Tersentuh hati ketika mengingati Allah dan bacaan al-Quran akan menambah iman mereka

Surah Al-Anfaal : Ayat 2








28/02/2026

๐Ÿ“ข JUALAN RAHMAH MADANI BERGERAK
DUN PENGKALAN BATU

Jom datang beramai-ramai!
Peluang keemasan untuk orang ramai mendapatkan barangan keperluan harian pada harga jauh lebih murah sempena Program Jualan Rahmah Madani Bergerak.

๐Ÿ“… 28 Februari 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•ฃ 8.30 pagi hingga selesai
๐Ÿ“ Tapak Parkir, Perkarangan Hadapan Masjid Ar-Razzaq, Bachang

Pelbagai barangan asas menanti anda "ayam, daging, sayur-sayuran segar, rempah ratus dan barangan dapur harian" semuanya harga Rahmah dan jimat sehingga 30%, selagi stok masih ada.

Ayuh kita manfaatkan peluang ini dan bersama-sama menyokong inisiatif murni demi meringankan beban rakyat.
Jumpa anda di sana!




Address

Batu Berendam
75350

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Japerun Pengkalan Batu - N15 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share