Silat Seni Gayong Malaysia Gelanggang Taman Desa Kelisa

Silat Seni Gayong Malaysia Gelanggang Taman Desa Kelisa Gelanggang Silat Seni Gayong Taman Desa Kelisa, Ulu Yam Bharu. Jumaat 9.00malam - 11.00 malam Assalamualaikum w.b.t sahabat semua. Aamiinn Ya Rabbal A’lamiinn.

Gelanggang ini telah ditubuhkan pada tahun 2003 oleh arwah cikgu haji Shahrul Nizam Bin Dato’ Sharudin atau lebih sinonim dengan panggilan cikgu Boy selaku gurulatih utama Gelanggang Silat Seni Gayong Taman Desa Kelisa Ulu Yam Bharu. Gelanggang Silat Seni Gayong Taman Desa Kelisa kini berdaftar di bawah Kelab KPSKL (Kelab Pembangunan Silat Kuala Lumpur). Tanggal 29 Mei 2019/ 24 Ramadhan 1440h bers

amaan dengan hari Rabu, cikgu haji Shahrul Nizam telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung. Jasa beliau dalam perkembangan PSSGM khususnya di Kuala Lumpur amatlah besar dan beliau pernah memegang jawatan YDP Gayong Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beliau juga merupakan pengasas Kelab Pembangunan Silat Kuala Lumpur (KPSKL). Selepas pemergian arwah cikgu Shahrul Nizam, Gelanggang Silat Seni Gayong Taman Desa Kelisa diambil alih oleh anak murid beliau sendiri iaitu cikgu Muhamad Amli Zawawi. Semoga roh arwah cikgu haji Shahrul Nizam Bin Dato’ Sharudin ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. Semoga segala amalnya diterima Allah swt serta diampunkan segala dosa-dosanya. Jadikanlah kuburnya daripada sebahagian taman2 syurga Ya Allah. Alfatihah(dibaca).

•Gelanggang Silat Seni Gayong Taman Desa Kelisa•

Tempat : Taman Rekreasi Awam, Taman Desa Kelisa, Ulu Yam Bharu (berdekatan Surau al-Jamiyyah)
Latihan : Jumaat 9:00pm - 11:00pm

Kenangan 8 tahun yg lalu.. 💪🏻Gambar kenangan ini diambil sempena majlis mandi minyak dn tahun baharu 2018 di salah sebua...
02/01/2026

Kenangan 8 tahun yg lalu.. 💪🏻
Gambar kenangan ini diambil sempena majlis mandi minyak dn tahun baharu 2018 di salah sebuah gelanggang Silat Seni Gayong di Kuala Lumpur.. Kenangan yg tak dapat dilupakan antara kami ketika ini bermula dari proses kumpul kelapa.. Kemudian bawa sejumlah lebih 100 biji kelapa dari Ulu Yam ke Kuala Lumpur.. Bermula dari proses hidupkan api kira2 selepas zohor sehingga minyak kawah terakhir selesai pada pukul 1.30 pagi.. Tak silap ada 6 kawah semuanya dengan hanya 10 orang dalang yg mengendalikan nya.. Walaupun agak barai tapi kenangan itu ada nilai sentimental yang sangat mendalam antara kami dan allahyarham guru kami.. 🫰🏻

Selamat Tahun Baharu 2026 buat semua anak2 Gayong beraliran Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim..

https://vt.tiktok.com/ZS22FWY1r/
20/08/2024

https://vt.tiktok.com/ZS22FWY1r/

PencakSilat(L/W)SeniOlahraga. | Check out TVS Entertainment LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from TVS Entertainment.

Address

Batang Kali
44300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Silat Seni Gayong Malaysia Gelanggang Taman Desa Kelisa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share