Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor

Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor
Info dan aktiviti dipaparkan di page ini.

03/08/2026

03 Ogos 2026 - Isnin

Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Hulu Selangor Tahun 2026 ✅

Antara petikan kata-kata aluan daripada Tuan Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor Tuan Mohamad Firdaus Bin Shir Mohd.

Terima kasih Tuan Pengerusi atas kepercayaan yang diberikan kepada barisan pemimpin pelapis dalam melancarkan lagi perjalanan setiap program di bawah anjuran MBD Husel.

Segala ilmu dan pengalaman yang diturunkan akan dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis yang berwibawa serta mempunyai daya tahan yang tinggi dalam menguruskan pertubuhan ke arah yang lebih cemerlang.

20 Julai 2026 - IsninRoad to Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Hulu Selangor 2026.Tarikh : 03 Ogos 2026 (...
20/07/2026

20 Julai 2026 - Isnin

Road to Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Hulu Selangor 2026.

Tarikh : 03 Ogos 2026 (Isnin)

Tempat : Bilik Mesyuarat Sri Kubu , Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor

Semoga dipermudahkan segala urusan.

16/07/2026

15 Julai 2026 | Rabu

Pada sebelah pagi, Saudara Juddin (Naib Pengerusi 1 MBSDHS) telah bertemu dengan En. Saiful (Wakil Pegawai PPD Hulu Selangor) bagi membincangkan berkaitan Program Fun Run yang akan dilaksanakan pada 12 September 2026 kelak. Poster program akan kita war-warkan dalam masa terdekat.

Perjumpaan kali ini juga turut membincangkan berkaitan Program Kem Belia Peringkat Daerah Hulu Selangor yang dijadualkan akan dilaksanakan pada 22-24 September 2026 sekiranya tiada aral melintang dengan penglibatan peserta seramai 50 orang daripada seluruh sekolah menengah di sekitar Daerah Hulu Selangor.

Sebelah petang, team dariada Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor iaitu saudara Hafiz Psmm , Alyaa Amirah dan Kelab belia jatidiri felda gugusan sungai dusun iaitu saudara Muzammir Haikal dan fendy telah mengadakan perbincangan bersama En. Tassim Zainal (Pengurus Standco Pendidikan Negeri Selangor, Pengarah Jabatan Pendidikan Yayasan Selangor) bagi memohon kerjasama untuk pelaksanaan program Kem Belia Peringkat Daerah Hulu Selangor yang akan dilaksanakan di Kem Bina Semangat Kuala Kubu Bharu.

Terima kasih buat saudara Mohammad Zulhamka Abdullah selaku videographer sepanjang siri-siri perjumpaan kali ini.

07/07/2026

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Adakah anda jaguh snooker yang kami cari ? 🎱​Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama 9 Snooker memba...
24/06/2026

Adakah anda jaguh snooker yang kami cari ? 🎱

​Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama 9 Snooker membawakan Kejohanan Liga Snooker Daerah Hulu Selangor. Ini adalah peluang terbaik untuk anda menguji kemahiran, merebut kejuaraan, dan membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan!

​Sila rujuk gambar untuk maklumat lengkap :

​🗓 Tarikh: 5 Julai 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 9.00 Pagi - Selesai
📍 Tempat: 9 Snooker Batang Kali

💰 Yuran Penyertaan: RM50 sahaja (Tiada bayaran meja dikenakan!)

​🏆 Hadiah Menarik:
🥇 Juara: RM1500 + Trofi + Hamper
🥈 Naib Juara: RM700 + Trofi + Hamper
🥉 Separuh Akhir: RM250 + Trofi + Hamper

‼️Beginner Level and Under ‼️

​⚠️ PENTING : Penyertaan adalah TERHAD kepada 32 pemain sahaja! Siapa cepat, dia dapat.

​📞 Untuk pendaftaran/pertanyaan, hubungi:
​Amer : 011-72753294
​Apong : 011-74460427

​Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jom daftar sekarang dan buktikan anda yang terbaik di atas meja hijau!

23/06/2026
20/06/2026

🩺 BOOTH SARINGAN KESIHATAN

Poliklinik Medi Ihsan Soeharto dengan sukacitanya menjemput seluruh komuniti untuk hadir dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan serta khidmat nasihat daripada pasukan kami .

📅 Tarikh: 21 Jun 2026
⏰ Masa : 9.00AM-2.00PM
📍 Tempat: Dewan Komuniti Felda Soeharto, Hulu Selangor

✅ Saringan Kesihatan
✅ Konsultasi Doktor
✅ Semakan Kelayakan *PEKA B40*
✅ Perkhidmatan *Skim Perubatan MADANI* bagi yang layak

Ayuh bersama-sama membudayakan amalan pemeriksaan kesihatan secara berkala demi kesejahteraan diri dan keluarga.

“Poliklinik Medi Ihsan, Perubatan Terunggul Anda.” ❤️🩺

Address

NO 32-1 Jalan Gapi 1A/2 Antara Gapi 48200 Serendah
Batang Kali
44300

Telephone

+60360814042

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor:

Shortcuts

Share