Pusat Dakwah Serantau - P.D.S

Pusat Dakwah Serantau - P.D.S PDS adalah sebuah pusat pengajian yang melatih serta membentuk pendakwah/mubaligh Islam di rantau ASEAN.

Di sini, para pelatih dakwah diberi penekanan pendekatan "dakwah bil hal". Selain pengajian Islam, mereka turut dibekalkan dengan kemahiran dakwah, pengubatan Islam, pertanian dan pendidikan pra-sekolah demi membangunkan masyarakat dengan ilmu.

05/06/2026

[AGIHAN DAGING QURBAN KE KG. SALANGAN, SABUR & MALIGU]

Alhamdulillah, daging korban berjaya diagihkan kepada penduduk kampung.

Semoga setiap pengorbanan, sumbangan dan tenaga yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima di sisi Allah SWT.
Jangan lupa follow kami

05/06/2026

Bila kita jaga hak Allah, Allah akan jaga urusan kita.

Kadang kita penat cari jalan keluar, padahal kunci segala pintu ada pada sejadah. Jaga hubungan dengan-Nya, selebihnya biar Dia yang susun. 🀍✨

🌿 INFAQ JUMAAT: PELABURAN YANG TIDAK PERNAH RUGI 🌿Hari Jumaat bukan sekadar penghulu segala hari, malah merupakan peluan...
05/06/2026

🌿 INFAQ JUMAAT: PELABURAN YANG TIDAK PERNAH RUGI 🌿

Hari Jumaat bukan sekadar penghulu segala hari, malah merupakan peluang terbaik untuk menambah bekalan amal menuju akhirat.

Setiap sumbangan yang diberikan membantu usaha melahirkan generasi daie yang akan menyebarkan ilmu, membimbing masyarakat dan meneruskan perjuangan dakwah. Insya-Allah, pahala kebaikan itu terus mengalir selagi manfaatnya berterusan.

🀍 Sedikit bagi kita, besar maknanya bagi mereka.

Jom manfaatkan keberkatan hari Jumaat ini dengan berinfaq.
πŸ”— https://toyyibpay.com/Bina-Daie-Nusantara

Maybank
5624 3253 8078
Ref: infaqds

DakwahUntukUmmah

04/06/2026

[KENDURI RAKYAT BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG]
Selepas selesai ibadah korban, para relawan & penduduk kampung bersama-sama menikmati kenduri rakyat dalam suasana penuh kesyukuran dan ukhuwah.

Alhamdulillah atas segala nikmat dan kemudahan yang Allah SWT kurniakan. Semoga keberkatan terus mengiringi kita semua.

04/06/2026

[UCAPAN PENGHARGAAN WAKIL PENDUDUK KG. SALANGAN]

Senyuman dan penghargaan daripada penduduk Kampung Salangan menjadi hadiah paling bermakna buat kami. 🀲

Terima kasih kepada semua relawan amal & penduduk kampung yang menjayakan ibadah korban tahun ini.



Korban1447H KampungSalangan Syukur

03/06/2026

Mereka tidak meminta mainan yang mahal…
tidak juga kehidupan yang mewah…

Cukup sekadar peluang untuk mengenal Allah 🀍
untuk belajar Solat , membaca al-Quran
dan memahami asas agama yang mungkin kita ambil mudah.

Mari bersama kami membantu mereka terus belajar,
dengan ilmu, kasih sayang dan bimbingan 🀲

Klik untuk menyumbang:
πŸ”— https://toyyibpay.com/Bina-Daie-Nusantara

Atau melalui akaun:
🐯 Maybank
5624 3253 8078
Ref: TadikaAmal

Semoga setiap sumbangan menjadi asbab pahala yang berpanjangan 🀍

[ IKHLAS itu bagaikan akar pokok ]Buatlah kebaikan sampai kita sendiri 'lupa' yang kita pernah buat baik. Itulah tanda i...
03/06/2026

[ IKHLAS itu bagaikan akar pokok ]

Buatlah kebaikan sampai kita sendiri 'lupa' yang kita pernah buat baik. Itulah tanda ikhlas yang paling indah. ✨

Tak perlu pujian manusia, cukup sekadar Allah reda. Teruskan berbakti, teruskan memberi.

Selamat beramal semua! Jangan lupa niat kerana-Nya.

02/06/2026

🐐 Dari Hati Untuk Ummah
🀲 🀲 Alhamdulillah Daie Lapangan dan Penduduk Pulau Banggi Berganding Bahu melaksanakan Program Ibadah Korban dengan izin Allah SWT.

❀️ Terima kasih kepada semua penyumbang dan pihak yang terlibat menjayakan program ini.

✨ Semoga segala pengorbanan dan sumbangan diberkati serta diterima sebagai amal soleh.

[ πƒπ€πŠπ–π€π‡ πƒπˆ ππ„πƒπ€π‹π€πŒπ€π ] Dakwah bukan sekadar pada kata-kata, tetapi pada langkah yang membawa rahmah.Melalui ziarah maha...
02/06/2026

[ πƒπ€πŠπ–π€π‡ πƒπˆ ππ„πƒπ€π‹π€πŒπ€π ]

Dakwah bukan sekadar pada kata-kata, tetapi pada langkah yang membawa rahmah.

Melalui ziarah mahabbah, para daie hadir bukan untuk mengajar semata-mata, tetapi untuk menyantuni, berkongsi kasih sayang dan mengeratkan ukhuwah yang merentasi perbezaan.

Kerana kadangkala, satu senyuman yang ikhlas mampu menyentuh hati lebih daripada seribu kata-kata.

Bantu kami meneruskan usaha dakwah di pedalaman.

πŸ”— [https://toyyibpay.com/Bina-Daie-Nusantara](https://toyyibpay.com/Bina-Daie-Nusantara)

Atau melalui akaun:
🐯 Maybank
5624 3253 8078
Ref: Tabung Dakwah

daie

[SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2026]10 ZULHIJJAH 1447HAidiladha adalah lambang ketaatan dan pengorbanan yang tulus. Firma...
26/05/2026

[SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2026]

10 ZULHIJJAH 1447H

Aidiladha adalah lambang ketaatan dan pengorbanan yang tulus. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj, ayat 37:

β€œDaging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas daripada kamu.”

Semoga ibadah dan pengorbanan kita pada tahun ini diterima oleh Allah SWT, dan menjadikan kita insan yang lebih bermanfaat kepada orang lain.

Salam Aidil Adha. 🀍

Ikhlas,
Daripada warga Pusat Dakwah Serantau.

Address

Kampung Labuhan Dagang
Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389280660

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Dakwah Serantau - P.D.S posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Dakwah Serantau - P.D.S:

Share