Sebagai sebuah pertubuhan NGO di Malaysia ( gabungan Pakar dan Awam ), kami bertanggungjawab ke atas segala yang berkaitan dengan semua usahawan/usahanita Muslim yang baru atau sedang berniaga. Dengan penghasilan produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka, pertubuhan M3 akan memberi segala tunjukajar dan keperluan dari masa ke semasa. Ingin menjadikan M3 sebagai kumpulan Contoh di masa aka
n datang dengan prestasi perkhidmatan yang setaraf ISO atau profesional. Sebagai langkah pertama, pihak kami ingin mengalu-alukan kehadiran tuan/puan yang mempunyai impian serta cita-cita bersama kami bagi mengukuhkan lagi M3 di Malaysia. Bermula kami dari bawah, kami percaya berdikit-dikit lama-lama jadi bukit itulah yang akan menjadi pemberi semangat sepanjang masa. Dengan sifat saling bantu membantu di antara setiap ahli, dapatlah mewujudkan serta mengeratkan Silaturrahim sesama insan di atas muka bumi Allah. Di samping menjana pendapatan serta meluaskan rangkaiannya, kami ingin berkali-kali sepanjang hayat M3 untuk memberi sedekah Jariah/Sumbangan/Zakat/Wakaf dan sebagainya kepada pihak-pihak tertentu sebagai bekalan kami di akhirat kelak. Mohon doa kalian bagi membantu perjalanan kami sampai ke destinasi yang di tuju dengan baik serta di Rahmati Allah SWT.